Chapter 4

Romance Completed 16002

BAB 4

Afiq masih berada dekat dengannya. Biarpun orang ramai yang ada, tidak dihiraukan. Aliya semakin rimas. “Ish, boleh tak you pergi jauh-jauh? I rimaslah!’’ ujar Aliya dengan menepis tangan Afiq yang suka merayap ke pinggangnya.

“B, bila kita kahwin nanti, I nak majlis tu lebih meriah dari ini tau?’’ Afiq merenung wajah gadis yang dicintainya itu. Aliya sekadar mencebik. “Bila masanya I cakap yang I nak kahwin dengan you? Excuse me, I’m not your future wife.’’

Afiq tersengih.

“Iya ke? Tapi you tak boleh kahwin dengan orang lain selain I. Sebab you hanya milik Afiq Firdaus.’’ Kata Afiq lantas mencuit manja hidung Aliya. “Cakap ikut sedap mulut aje.’’ Aliya mengomel. Wajah lelaki itu dipandang dengan penuh rasa geram. Afiq memandangnya dengan penuh makna. Dia bencikan tatapan lelaki itu. Ingin berlalu tangannya kemas berada dalam gemgaman Afiq. Kalau dia bangun sekalipun pasti akan ditarik semula. Aliya tidak tahu sampai bila hubungan ‘cinta’nya dengan Afiq akan begini?

“Amboi.. sweetnya dua pasangan ni,’’ teguran itu membuatkan Aliya menoleh ke arah suara itu.
“Mira, bila sampai?’’ Aliya melihat Amira Nadya yang tampil bergaya dengan baju kurung moden hijau muda. Terus dia menarik tangannya dan bangun mendekati Amira.
“Baru aje, em.. Ikhwan pun ada datang sekali.’’ Ujar Amira. Sengaja suaranya dipelahankan sebaik sahaja nama Ikhwan disebut. Dia tahu Afiq kurang senang dengan hubungan persahabatan Aliya dengan Ikhwan. Aliya tersenyum meleret sebaik mendengar nama Ikhwan. Sedang leka dia berbual dengan Amira, terdengar pula suara Afiq yeng berkali-kali berdehem. Nampak sangat kalau tidak mahu dirinya dipinggirkan.

“You nak pergi mana?’’ soalnya setelah melihat langkah Aliya sudah mahu berlalu pergi.
“Pergi tengok kakak I bersanding lah, tak akan nak berkepit 24 dengan you?’’ balasnya. Afiq membiarkan gadis berdua itu berlalu pergi. Sementara Aliya, hanya membohongi lelaki itu agar dapat menemui Ikhwan.

MASING-masing menyepikan diri. Aku melihatnya lama. Sungguh, aku telah jatuh hati padanya. “Anissa dah makan?’’ suaranya memecah kesunyian kami. “Belum.’’ Balasku.
“Kejap lagi kita makan sama-sama ya?’’ katanya pula. Aku hanya membalas dengan senyuman. Di depan sana orang ramai sibuk mengelilingi pengantin yang baru turun untuk makan beradap. Tiada siapa yang tahu ada pasangan yang sedang bermain mata di hujung sini. Aku semakin resah dengan setiap pandangan Rizal.

“Jom Anissa, kita makan dekat sana.’’ Rizal menunjukan meja kosong di hujung khemah. Tanpa membuang masa aku mengikuti langkahnya ke arah meja yang ditujukan. Aku rasa sesuatu yang lain dalam jiwaku tatkala ini. Makan berduan, dan hanya mata yang berkata-kata. Sungguh mengasyikan!

“Amboi, korang berdua ni, makan tak ingat nak ajak orang..’’ Kak Ros ketawa kecil. Aku hanya tersenyum dengan usikan kak Ros sehinggalah wanita itu pergi. Aku sekali lagi gelisah melihat tatapan mata lelaki itu. Adakah benar aku sudah jatuh cinta padanya? Adakah dia pun merasakan hal yang sama? Ahh.. aku tidak mahu bertepuk sebelah tangan. Bagaimana kalau sebenarnya Rizal sudah memiliki insan lain.

“Bila Anissa nak habis cuti?’’ tanya Rizal pula. Pertanyaan yang kedengaran sedikit hambar seakan-akan merindui kepergianku nanti.
“Lusa dah nak kena balik U.K.’’ balasku. Berat hati untuk meninggalkan Malaysia, tapi entah kenapa rasanya lebih berat untuk meninggalkan Rizal. Ish! Apa yang aku merepek ni?
“Kenapa awal sangat?’’ berkerut dahinya.
“Anis ambil cuti seminggu aje, lagipun dekat sana tu masih banyak lagi kerja-kerja asiggment yang terbengkalai.’’ Balasku.

“Hmm.. mesti Rizal akan rindukan Anissa nanti.’’ Ucapnya perlahan. Aku tergaman mendengarnya. Betulkah apa yang baru kudengar tadi?
“Iya lah tu. Atau saja je nak menyedapkan hati kita..’’ aku sengaja menduga. Lelaki itu diam dalam senyuman. Eish, janganlah buat muka manis macam tu, boleh luruh hatiku tatkala senyuman yang terukir dibibirnya.
“Kalau dah sampai sana nanti jangan lupakan kita pulak,’’ katanya lagi.

Sekali lagi aku berasa lemas. Dr. Rizal, adakah kau sedang menduga perasaanku?
“Anis tak pernah pun lupakan Rizal.’’ Dengan tiba-tiba aku mengucapkannya. Aku menutup mulutku. Ish! Kenapa aku pergi cakap macam tu pulak? Aku melihatnya. Masih lagi tersenyum.
“Janji, kalau Anissa tak akan lupakan Rizal?’’ dia meminta sesuatu yang bagiku kedengaran sangat pelik. Apa maksudnya?

“Kenapa pulak kena berjanji?’’
“Because, from now on.. I’ll become your future husband.’’

Aku ternganga mendengarnya. Bakal suami? Dia tengah bergurau ke ni?
“Eh, jangan nak bergurau dengan Anis time-time macam ni. Okey! That’s so funny.’’ Aku ketawa dengan ketawa yang dibuat-buat.
“Buat apa nak begurau kalau hati berkata jujur, sayang..’’

Zapp!! Aku bagaikan terkena kejutan elektrik. Tersedak aku dibuatnya. Rizal.. tolonglah jangan mengusik hatiku sebegini. Aku terasa panas. Dia masih memandangku. Apa yang patut aku jawab sekarang. Aku sudah kematian kata. Sebaik memandangnya, aku semakin kelu. Pandangan kami menyatu. Akhirnya aku tersenyum. Dia pun turut tersenyum. Ya Allah, hidup ini tidak pernah ku duga seandainya pertemuan semula ini akan membibitkan rasa cinta.

Aku kini kembali ke U.K untuk meneruskan pembelajaranku di sana. Kembali ke University of Manchester Institute Science and Technology. Kisah ‘teman tapi mesra’ antara aku dengan Rizal dirahsiakan dari semua. Ini adalah permintaan aku sendiri. Ia masih lagi baru jadi aku tidak mahu menaruh harapan yang tinggi terhadap hubungan ini. Mungkin setelah tamat pengajian, barulah aku boleh betul-betul fokus terhadap hubungan kami.

Seperti biasa, aku di sini akan ditemani rakan baikku, Suraya. Banyak betul ceritanya setelah seminggu pemergianku. Sekejap-sekejap dia merungut. Aku hanya mampu tersenyum.
“Alaa, mesti kau sunyi kan tak ada aku? habis tu, kenapa kau tak keluar dating dengan Rammu?’’ sengaja aku mengusiknya dengan seorang pelajar yang mukanya ala-ala Shah Rukh Khan gitu. Ramuu ini orangnya memang baik, suka menolong, tapi gatal!

“Rammu tak ada, tapi Rafiq ada. Mahu gila satu kampus dia bila seminggu kau tak ada. Aku rasa mamat tu memang dah sah jatuh cinta dengan kau lah Anis.’’ Balas Suraya pula. Ternganga aku mendengarnya.
“Eish! Tak mahu lah aku. kau ni, suka-suka aje cakap macam tu. Dahlah sesuka hati ‘upload’ gambar aku dengan dia dekat instragram.’’ Aku teringatkan gambar yang dimuat naik oleh Suraya ke dalam instragram. Suraya tersengih kambing .
“Alah, bukan mengaibkan pun. Makan kek sambut hari jadi. Biasalah tu.’’
“Bagi kau, tapi si Akim tu, bukannya nak faham.’’ Kataku. Sebaik sahaja nama Akim disebut terus membuat Suraya membuntang.
“Akim? Adik lelaki kau yang umur 21 tahun tu eh?’’ soalnya, aku sudah memandangnya pelik. Ni apehal, siap ingat umur adik aku lagi ni. Aku mengganguk.
“Anis, adik kau tu kan.. handsome sangat kot. Aku selongkar gambar-gambar di dekat instargram, penuh dengan awek-awek cun. Yang mana satu awek dia pun aku tak tahu’’ Jelas Suraya.

“Dia tu memang sosial sikit. Sebab tu belajar pun biasa-biasa aje. Anak muda Su.’’ Kataku pula.
“By the way, kau memang suka buat kerja macam tu eh?’’ soalku. Suraya memandangku blur.
“Kerja apa?’’
“Selongkar gambar orang?’’ jawabku. Dia tersengih lagi.

ALIYA berjalan beriringan bersama Amira. Hari ini katanya dia ingin menyambut hari jadi Ikhwan. Konon-kononnya nak buat ‘Surprise’ kejap lagi.
“Kita nak kemana dulu?’’ tanya Amira melihat Aliya.
“Hmm.. pergi beli hadiah dulu lah. Lepas tu kau call Ikhwan suruh datang lepas kita beli hadiah tu.’’ Balas Aliya pula.

“Okey.’’ Kata Amira. Dia tahu bagaimana sikap Aliya apabila bercakap mengenai Ikhwan. Dia tahu bagaimana pandangan mata Aliya bila bersama Ikhwan. Mereka sepadan jika bersama. Tapi sayang, masing-masing terikat dengan ikatan percintaan dengan orang lain. Ikhwan masih mempunyai Hardina, sementara Aliya pula masih bersama Afiq. Sampai bila hubungan mereka akan begini?

Aliya menunjukan jam tangan berjema yang kemas tersusun di dalam almari kaca. Akhirnya dia memutuskan untuk menghadiahkan Ikhwan seutas jam. Selesai membeli mereka ke Secret Recipe untuk menunggu kehadiran Ikhwan. Agak lama menunggu akhirnya Ikhwan tiba di situ dengan segak memakai kemeja polo berwarna putih dipadankan dengan seluar jeans biru. Dari jauh lagi lelaki itu sudah mempemerkan senyuman seolah-olah menegur mereka di situ.
“Happy birtday Wan!’’ pekik Amira sebaik sahaja lelaki itu tiba di situ. Agak malu kerana semua orang yang berada di situ seraya memandang ke arahnya. Amira menunduk.

Sedang seronok Aliya dan Amira bersembang, Aliya bagaikan terpaku seketika melihat sekujur tubuh manusia yang berdiri membelakangi Ikhwan. Afiq!
Dia mula mengelabah. Tadi dia membohongi lelaki itu bahawa hari ini dia ada kelas tambahan di sekolah. Wajah lelaki itu kelihatan seperti mahu menelannya di situ. Serta merta lengan Aliya ditarik kasar. Ikhwan sekaligus bangun dan menarik tangan Aliya juga.
“Tak payah lah kau nak kasar dengan perempuan macam ni,’’ ujar Ikhwan.
“Kau lebih baik jangan masuk campur urusan aku. ini antara aku dengan dia.’’ Bidas Afiq.
“Baru aje jadi kekasih dah belagak macam suami.’’ Kata-kata Ikhwan kali ini betul-betul sudah mengundang kemarahan Afiq. Serta merta buku limanya dihalakan ke muka Ikhwan. Hampir tertiarap lelaki itu seketika. Aliya pantas menarik lenggan Afiq supaya berhenti.

Semua orang memandang ke arah mereka. Aliya malu!
“Dah lah tu Fiq! You dah gila ke?!’’ marahnya. Mujur Amira ada untuk membantu Ikhwan.
“Itu belum apa-apa. Lain kali, nak bercakap dengan aku tu, biar berlapik sikit. Sedar sikit kau tu budak sekolah!’’ kata Afiq lagi. Ikhwan menyapu titisan darah yang mengalir dibibirnya akibat pukulan Afiq tadi. Dia tidak mahu membalas tumbukan lelaki itu hanya kerana memikirkan Aliya.

Tangan Aliya di tarik kasar untuk segera pergi dari situ. Setiba di kereta Aliya menarik tangannya semula. Dia begitu sakit hati dengan sikap panas baran lelaki itu.
“Puas?! Puas hati you? Memalukan!’’ marah Aliya. Afiq meraup wajahnya. Wajah Aliya dipandang dengan penuh kesabaran.

“Kalau you tak tipu I, semua ni tak akan berlaku. You jangan fikir you boleh bodohkan I, Liya. Jantan tu, sukakan you. Dari sikap dia selama ni pun, I tahu dia sebenarnya menaruh hati pada you.’’ Kata Afiq. Aliya mendengus kecil.

“Habis, buat apa kita berhubungan kalau you tak percayakan I?’’
Afiq diam membisu.“ I tak pernah kisah you keluar dengan mana-mana perempuan pun, tapi you konkong hidup I macam ni. Lelaki macam apa you ni?’’ air matanya menitis. Afiq pantas mendekati dan memegang kedua-dua belah pipi Aliya.

“Aku sayang kau Liya. Aku cemburu.’’ Dia menyapu titisan air mata yang mengalir itu. Serta merta tanganya menepis tangan Afiq. “Aku benci kau!’’ dia pantas berlalu pergi mendapatkan teksi. Biarpun Afiq mengejar, dia terlebih dahulu masuk ke dalam teksi. “Jalan pak cik.’’ Arahnya setelah melihat pemandu teksi yang tidak mahu bergerak pergi setelah melihat Afiq yang berkali-kali mengetuk cermin kereta itu. Sedikit pun Aliya tidak menoleh ke arah Afiq sehinggalah kereta teksi bergerak pergi.

Hari itu, dia pulang dengan riak yang sayu. Dia tidak tahu sampai bila hidupnya akan dikonkong sebegini selagi dia bersama Afiq. Aliya mengeluh lemah. Sikapnya menimbulkan kerisauan mama. “Liya, kenapa ni? Sejak balik tadi mama tengok Liya muram aje. Kenapa?’’ Mama mula bertanya. Papa, mama, Akim turut memandang ke arah Aliya. Aliya hanya mengetap bibir. Garpu di meja dimain-mainkan dipinggan.

“Eh, kalau tak nak makan simpan aje makanan tu!’’ tegur Akim. Aliya menjeling.
“Dah tak selera nak makan!’’ Aliya terus pergi.
“Tengok apa kamu buat?’’ mama menegur sikap Akim pula.
“Sepatutnya kamu sebagai abang, tanya apa yang tak kena dengan adik kamu tu. Bukan buat dia merajuk macam tu.’’ Kata papa pula.

“Dah dia buat perangai. Akim tegurlah.’’ Akim hanya tersengih. Mama hanya mampu menggeleng dengan sikap anak lelakinya yang satu ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience