Chapter 3

Romance Completed 16002

Bab 3

JAM sudah menunjukkan pukul 8 malam. Para tetamu sudahpun memenuhi ruang tamu dan khemah di halaman. Sememangnya rumah banglo itu mempunyai halaman yang luas. Jadi, khemah yang dipasang tidaklah kelihatan sempit. Suasana keliling rumah kelihatan terang bederang dengan cahaya lampu spotlight dan lampu kelip-kelip. Memang meriah sambutannya. Sekejap lagi selepas sembahyang isyak, rombongan pengantin lelaki akan tiba untuk majlis akad nikah. Aku memakai baju kurung moden berwarna hijau muda. Sewaktu aku mahu ke dapur, aku terpandang ke arah lelaki di sudut yang paling hujung ruang tamu, Rizal. Kelihatan segak dengan baju melayu yang di sesuaikan dengan seluar jeans. Sedang asyik aku memerhatikannya sehingga tidak perasankan kalau dia pun turut memandangku. Tersipu malu aku dibuatnya. Setelah apa yang terjadi siang tadi, lelaki itu lebih berani untuk bermain mata denganku. Pura-pura melarikan pandangan mata ke arah lain tapi tetap curi-curi pandang dia. Apabila saling berpandangan, masing-masing tersenyum sendiri. Tanpa aku duga, kak Ros sudahpun berdiri di belakangku sambil tersenyum. Tersipu-sipu aku dibuatnya.

“Hati-hati.’’ Bisiknya seakan memberi amaran kepadaku. Aku hanya mampu tersenyum kerana tahu itu cuma usikan kak Ros sahaja. Sudah lama mengenali kak Ros, membuatkan aku semakin kenal akan sikapnya. Mujurlah dia sporting orangnya. Walaupun sudah mempunyai dua cahaya mata, tubuhnya masih slim seperti orang yang belum berkahwin.

“Anis nak kahwin dengan Rizal? Tok kadi datang kejap lagi kita buat sekali.’’ Kata kak Ros yang masih mahu mengusik aku. Terlopong aku mendengarnya. “Eish, merepeklah kak Ros ni.’’ balasku sambil tergelak kecil. “Jangan melepas sudah, kang menangis tidak berlagu.’’ Kak Ros bersuara yakin. Aku hanya diam. Kata-kata kak Ros seperti aku ini sudah lama bercinta dengan adiknya itu. Baru sahaja bertentang mata semalam, bibit-bibit cinta pun masih belum berbuih lagi. Lagipun, aku masih belum mengenali Rizal sepenuhnya. Hati ini cuba menyakinkan kalau sekiranya cinta pertama itu dapat kekal sehingga ke detik ini, tidak mustahil cinta itu akan kekal untuk selamanya.

Majlis pernikahan Along dan pasangannya telah selesai dengan selamat. Selesai sahaja menjamu selera, rombongan pengantin lelaki dan para tetamu mula beredar. Aku yang dari tadi berada di dapur kini beralih ke ruang tamu. Di situ ada sedara mara yang masih belum pulang. Mereka asyik bergambar dengan pengantin dan aku pun tidak melepas peluang untuk bergambar sekali. Aku kini menemani Aliya makan di luar rumah, sambil anak mataku meliar mencari kelibat Rizal.

“Kak Anis tengok mat romeo tu, menyampah betul!’’ mata Aliya memandang Afiq yang sedang berborak-borak dengan perempuan, anak-anak dara yang berada di situ. Kedengaran hilai tawa dan gurau senda mereka. Afiq memang begitu, dia pandai mengambil hati dan beramah mesra. Kalau nak marah pun tak jadi. Namun, dia kurang sensetif tentang perasaan orang lain. Itulah kelemahan utama Afiq. Aliya semakin meyampah. Dia melihat ke arah Anissa pula.

“Kak Anis! dengar tak?’’ pekiknya melihat Anissa hanya termenung dan tidak melayaninya di situ. “Hah?! Apa yang Liya cakap tadi?’’ Anissa pula yang kembali bertanya. Aliya sekadar mengeluh. “Itulah.. termenung lagi. Orang cakap, kuat termenung ni cepat jadi tua. Nak sangat jadi tua?’’ Sindir Aliya. Anissa tergelak kecil.

“Siapa nak jadi tua?’’ tanya satu suara. Kedua-duanya menoleh ke belakang. “Haa, abang Rizal. Ni.. kak Anis ni..” “Liya!’’ Anissa menjeling. Aliya menekup mulutnya. “Ops! Sorry.’’ Bisiknya perlahan. Rizal sudahpun mengambil tempat di sisi Anissa. Aliya terus berlalu untuk mencuci tangan. Tinggalkan kedua pasangan itu di meja makan. Selesai itu, dia terserempak pula dengan Afiq. Makin membuatnya rasa cuak.

“Liya, kenapa ni? Anything wrong?’’ tanya Afiq menghampirinya. Aliya sengaja. Sengaja tidak mahu melayani raja playboy ini. “B.. please, apa salah I? janganlah senyap aje macam ni sayang…’’ dia tetap berusaha. Aliya sudah muak dengan lelaki ini. Entah kenapa agaknya dulu dia sanggup menjadi ‘kekasih’ Afiq Firdaus. Padahal dia cukup kenal dengan lelaki ini dengan sikap buaya daratnya. Tiada jalan lagi untuknya memutuskan hubungan ini. Kini hampir 3 tahun dia bergelar kekasih Afiq. Dia sendiri tidak tahu adakah dia hanya memegang status ‘teman wanita’ Afiq semata-mata. Sedangkan lelaki itu, boleh sesuka hati untuk berfoya-foya dengan perempuan lain. Aliya mengeluh perlahan.

“Sayang..’’ tangan lelaki itu mula meliar ke pinggangnya. Cepat-cepat Aliya menepis.
“You nak apa?!’’ marahnya. Akhirnya dia bersuara juga.
“I nak you lah.’’ Jawabnya manja. Menyampah! Cebik Aliya.
“Biy, janganlah macam ni sayang..semalam I call you kenapa tak jawab?’’ Afiq bersuara lagi. Aliya teringatkan 20 missed call yang diterimanya semalam. Semuanya panggilan dari Afiq.

“Mengantuk. Tidur awal.’’ Balasnya. Dia sudah mula rimas dengan lelaki ini. Masih tidak faham bahasakah dia bahawa aku sudah tidak berminat dengannya? Seribu penjelasan sekalipun, Afiq Firdaus tak akan pernah mengerti.

“Fiq, listen.. I masih pelajar sekolah. Tahun ni I nak exam, I dah malas nak ber ‘cinta’ monyet dengan you. You boleh cari perempuan mana yang lebih layak dengan you, just not me.’’ Aliya bersuara serius. Afiq hanya buat endah tak endah sahaja kata-katanya tadi. Sebaliknya tersenyum kecil. Aliya semakin geram. Bencinya!

“Suka hati I you lah. Cuma satu aje yang I nak bagitahu you, I dah tak nak ada apa-apa ikatan dengan you lagi.’’ Keras suara Aliya bersuara lantas bangun dari situ. Saat itu juga Afiq bertindak menariknya sehingga dia terjatuh ke atas pangkuan lelaki itu.

“Jangan ingat you boleh lepas dari I macam tu jer. I cintakan you, sebab tu hanya you kekasih hati I. perempuan lain tak ada maknanya untuk I , so.. sekeras mana pun hati sayang nak menjauh dari I, itu tak akan pernah berlaku. Kita tak akan pernah berpisah.’’ Afiq berkata serius. Aliya bangun dari situ. Tidak mampu menjawab apa-apa lagi. Dia kenal siapa lelaki di hadapannya. Cukup keras kepala orangnya. Dia melangkah pergi dengan keras.

“TAK makan?’’ tanya Rizal.

“Belum ada selera nak makan.’’ Balasku. Aku masih lagi malu-malu kucing untuk melihatnya bila teringatkan peristiwa petang tadi.

“Kalau ada selera nak makan nanti, kita makan sama-sama okey?’’ kata dia lagi. Aku hanya mengganguk. Tidak tahu apa yang perlu dikatakan lagi. Sekejap-sekejap mataku mencuri pandang wajahnya.

“Kak Nabila dah, Anissa bila lagi?’’ tanya Rizal pula. Gulp! Adakah dia maksudkan berkahwin? “Anis masih belajar lagi, mungkin lambat kot..’’ aku menjawabnya acuh tak acuh.

“Buat apa tunggu lama-lama, nanti dah tua, tak laku.’’ Usiknya. Aku tergelak kecil. “Kalau tak laku agaknya siapa lah yang nak beli ya?’’ balasku.

“Kalau Rizal lah, baik beli sekarang ni, buat apa nak tunggu harga tak laku. Lama sangat tu.’’ Kata-katanya membuat jangtungku seakan berhenti berdetik. Lelaki ini sedang mengusik hati aku. aduhai.. udara untuk bernafas rasanya semakin menghilang. Aku lemas!

Pagi itu aku bersiap-siap untuk ke majlis persandingan Along dengan abang Hakimi. Aku hanya bersolek ala kadar sahaja. Kening dan mata perlu menyerlah kerana bagiku itu adalah aset paling penting pada wajah. Setelah puas hati membelek diri di hadapan cermin, aku mula mengatur langkah ke arah saudara-mara yang sudah datang.

Afiq kelihatan segak berbaju melayu, serba hijau muda dengan siap bersamping songket mengalah pengantin dan lagaknya seperti dia yang akan bersanding hari ini. Aku tersenyum kecil. Afiq memang suka menarik perhatian ramai. Tambahan pula dalam majlis seperti ini. Aku beralih pandangan ke arah lain pula. Meliar mencari kelibat lelaki yang telah mencuri hatiku semalam.

Hampir jam 12.00 tengah hari barulah aku melihat kelibat Rizal yang segak berbaju melayu dengan bersongket penuh. Dari jauh Rizal sudah mempamerkan senyuman. Seolah-olah menegurku. Apabila kami bersua depan-depan begini, dia memujiku. Aku terasa malu apabila diperhatikan olehnya sebegitu. Tahulah aku ni memang vouge!

“Amboi.. lawanya baju dia.’’ Tegur Kak Ros. Tersipu malu aku dibuatnya. Rasanya pernampilanku ini biasa-biasa sahaja. “Kak Ros pun suka baju dia?’’ tanya Rizal. Kakaknya itu mengganguk. “Hmm.. lawa. Sesuailah dengan kulit dia ni, putih. Cantik.’’ Puji kak Ros. Oh semakin tinggi saham aku.

“Dah orangnya memang dah cantik. Pakai apapun cantik jugak.’’ Rizal mengusikku. Sesaknya untuk bernafas. Sungguh berani Rizal membuat penyataan begitu di hadapan kakaknya. Kenapa dengan dia? “Korang berdua ni macam pengantin pulak. Dua-dua pakai biru. Korang berpakat ke?’’ usik kak Ros lagi. Aku terpinga-pinga sambil melihat baju yang kupakai. Iyalah, warnanya hampir sama dengan baju yang dipakai oleh Rizal.

Majlis perkahwinan berjalan dengan lancar. Rombongan pengantin lelaki yang datang diiringi dengan pukulan kompang. Aku tersenyum melihat Along yang menantikan ketibaan suaminya abang Hakimi di atas pelamin. Alangkah bahagianya kalau aku pun dapat merasai situasi ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience