Chapter 16

Romance Completed 16002

BAB 16

SETIBANYA mereka di tanah tinggi Cameron, Rizal terus mendapatkan hotel untuk tempat mereka bermalam. Wajah Aliya yang kelihatan penat disisi dipandang lama. Sekali pandang, Aliya nampak seiras Anissa. Bagaikan diulik dengan bayangan halusinasinya sendiri, Rizal gagal mengawal perasaannya tatkala itu. Pipi halus milik gadis itu diusap perlahan.
“Anissa..’’ bisiknya tanpa dia sedar. Melihat kelopak mata Aliya yang mulai bergerak, membuatkan Rizal pantas menarik tangannya semula. Perlahan-lahan dia mengucap panjang.

“Kita dah sampai?’’ tanya Aliya yang masih mamai.
“Aa’ah,’’ tergagap-gagap Rizal menjawabnya. Jangtungnya masih berdedup pantas. Bimbang juga kalau sekiranya Aliya sedar apa yang dilakukannya tadi. Aliya menguap lagi.
“Maaflah, Liya tertidur tadi. Kesian abang pandu tak ada peneman untuk berbual.’’ Ujar Aliya sambil memandang ke arah Rizal.
“It’s okey. Liya tak sihat badan kan, kena banyak berehat. Aliya tunggu abang dekat lobi, nanti abang bawa beg.’’ Kata Rizal yang sudah membuka seatbelt Aliya, dan kemudian turun keluar membuka pintu untuk Aliya. Aliya tersenyum kecil. Rizal melayaninya bagaikan seorang tuan puteri. Padahal tubuh yang lemah ini kerana mengandung. Lagipula anak yang dikandung ini bukan anaknya. ‘Tapi Rizal..layanan dia terhadap aku seolah-olah diri ini sedang mengandungkan anaknya. Dia terlalu baik dari setiap sudut. Entah kenapa hati ini sentiasa terusik dengan sikapnya.’ Desis hati Aliya lantas keluar dari kereta. Seperti yang diarahkan, dia menunggu Rizal di lobi hotel. Cuaca sejuk malam itu menyapa tubuhnya.

Lima minit kemudian, Rizal tiba di lobi dengan membawa dua beg mereka. Sebaik selesai menguruskan bilik, Rizal kembali mendekati Aliya diruangan lobi itu.
“Nah, kunci bilik.’’ Dia menghulurkan kunci bilik itu kepada Aliya.
“Abang nak kemana?’’ tanya Aliya kebingungan.
“Abang nak beli sesuatu. Nanti abang balik lah.’’ Balas Rizal sambil memanggil pelayan hotel itu untuk menguruskan beg-beg yang dibawa untuk dibawa naik ke bilik. Aliya hanya mengganguk mengerti sehinggalah melihat kelibat Rizal hilang dari ruang matanya.

Sebaik melangkah masuk ke bilik itu, Aliya hanya mengeluh kecil. Terdapat dua katil yang berasingan dalam ruang bilik yang begitu besar. ‘Honeymoon?’ cebisnya sambil ketawa kecil. Biarpun dia berharap agar apa yang dituntut dalam sebuah ‘honeymoon’ itu terjadi padanya, dia sedar akan hakikat kenyataan itu. Dia dan Rizal tidak layak bersama. Dia merasakan dirinya terlalu ‘kotor’ sekali di hadapan Rizal. Sampai bilakah aku dapat bertahan dengan semua kepalsuan ini? desis hatinya lantas mengeluarkan baju-baju untuk diletakkan ke dalam almari.

Selesai menyimpan baju-baju itu ke dalam almari, Aliya melangkah ke balkoni. Suasana yang sesekali disapa angin malam itu membuatnya rasa nyaman. Bandar kecil ini nampak cantik pada waktu malam biarpun tidak seperti di Kuala Lumpur. Jauh dari sini, dia dapat melihat bukit-bukit ladang teh. Sedang asyik dia melayani perasaan di situ, Aliya terlihatkan Rizal yang sedang duduk di kerusi taman sambil minum air coca-cola. Kenapa dia masuk ke bilik? Cuaca dekat luar sangat sejuk, sedangkan Rizal hanya memakai baju yang nipis sahaja.

Aliya melangkah ke dalam dan mencari baju panas yang dibawa oleh Rizal. Jumpa! Dia melangkah untuk pergi tapi berhenti semula.
‘Kenapa aku nak kacau dia? Kalau dia nak bersendiri tanpa diganggu macamana? Nanti aku jugak yang kena marah.’ Bisik hati kecilnya. Dia duduk di katil semula.
‘Tapi kalau dia sakit sebab kesejukan pulak macamana? Aku jugak yang susah nanti.’ Bisiknya lagi. Baju itu digengam kuat. ‘Hmm.. nak turun ke tak? Turun ke.. tak?’

“Haish! Serba salah aku dibuatnya!’’ omel Aliya geram. Baru saja dia mahu melangkah ke pintu, Rizal terlebih dahulu tiba di situ. Aliya tergaman seketika.
“Liya nak kemana?’’ soalnya. Baju miliknya dipandang. Kemudian dia memandang Aliya. Aliya diam sejenak mencari jawapan yang paling tepat.

“Aaa.. Liya cuma, nak bagi baju ni dekat abang tadi. Sebab cuaca kan dah makin sejuk, Liya risau kalau-kalau abang..’’
“Abang okey.’’ Pintas Rizal lantas menutup pintu bilik. Dia tahu Aliya risaukan keadaannya. Tapi dia hanya mahu bersendiri. Hatinya masih lagi ‘kacau’ setelah peristiwa tadi. Dia mengambil tuala dan masuk ke bilik air. Aliya terduduk di birai katil dengan perasaan yang berkecamuk. Tiba-tiba saat itu juga telefon bimbitnya berbunyi. Aliya melihat nama pemanggil ditalian. Dia mencemuh. Lelaki ini tidak pernah mahu berhenti menggangu hidupnya. Kenapa? Aliya hanya membiarkan panggilan itu. Tapi bagaikan membingitkan telinga, dia tahu Afiq tidak akan pernah jemu untuk melakukan itu biarpun berpuluh-puluh kali. Dia kenal siapa Afiq. Akhirnya Aliya mengangkat panggilan itu dengan perasaan sebal.

“Hello,’’ sapanya kasar.
“Sayang, you jangan buat apa-apa dengan abang I.. you dengar tak?’’ kata Afiq. Aliya bagaikan tidak percaya akan apa yang dipinta oleh Afiq. Bagaikan orang yang sakit mental. Kenapa dia sanggup menghubunginya tengah-tengah malam, hanya untuk bercakap mengenai itu?
“Enough lah Fiq. You sedar tak apa yang you merepek ni, hah?’’ marah Aliya.
“You jangan ‘bersama’ dengan dia. Kau faham tak?’’ katanya lagi. Aliya dapat merasakan sesuatu yang pelik di sini. Afiq bercakap seolah-olah hilang kewarasannya tatkala itu. Kata-katanya tegas tapi melalut-lalut.
“Fiq, you mabuk eh?’’ tanya Aliya keras. Dari suara bingit yang kedengaran seperti di kelab malam. Dia yakin Afiq telah minum minuman itu untuk menghilangkan tekanan jiwa. Tapi kenapa Afiq sanggup buat begitu? Aliya bagaikan tidak mahu percaya kata hatinya tatkala itu.

“Hei, perempuan. Aku suruh kau jangan buat ‘benda’ tu, maknanya janganlah! Kau dengar tak? Hah!’’ marah Afiq tiba-tiba. Berdesing rasanya telinga Aliya mendengarnya. Hatinya mulai sakit.
“Hei, suka hati aku lah nak buat apa dengan dia. Kau sibuk apa?!’’ balas Aliya geram.
“Aku bunuh kau Liya! kau milik aku sorang.’’ Kata Afiq pula.
“Pergi mampuslah kau!’’ sumpah Aliya lantas mematikan panggilan. Sebelum telefon itu berdering lagi, dia bertindak untuk membuang simkad telefon itu. Hati kecilnya menangis. ‘kenapa Afiq tidak pernah mahu terima kenyataan? Kenapa dia masih terus-terusan mengejar aku? susah sangatkah untuk dia lupakan aku? arhh! Raja playboy tak guna! Selama ni bukan main lagi main kayu tiga belakang aku, tapi bila aku tak ada, jadi ‘meroyan’ macam orang gila. Jantan tak guna! Kau musnahkan hidup aku. apa lagi yang kau nak? Tolonglah berambus dari hidup aku!’ jerit hatinya. Tangisan itu mengalir dipipi.

Cepat-cepat dia menyeka air mata yang mengalir itu dengan tapak tangan sebaik sahaja Rizal keluar dari bilik air. Dia tidak berani melihat wajah suaminya itu dan hanya memandang lantai.
“Liya cakap dengan siapa tadi?’’ tanya Rizal. ‘Hah? Maknanya Rizal dengar perbualan aku tadi?? Apa yang patut aku jawab?’ bisik hati Aliya perlahan.

“Ca..cakap dengan kak Anis.’’ Bohong Aliya. Wajah Rizal serta merta berubah.
“Kak Anis tahu yang kita datang sini?’’ tanya Rizal bersungguh-sungguh. Aliya mengangguk.
“A’ah. Dia nak Aliya belikan dia buah tangan.’’ Bohong Aliya lagi. Rizal sudah diam daripada bertanya-tanya. Aliya mengeluh lega. Sementara Rizal, berasa kurang selesa tiba-tiba. Kenapa perlu Anissa tahu dia ke sini? Bukankah itu hanya akan menyakitkan hatinya? Ahh! Kenapa semuanya boleh jadi begitu rumit?

SUDAH seminggu aku berada di perkampungan Suraya. Tapi semuanya masih terasa sama. Perasaan itu masih tetap sama seperti dulu. Kemana lagi untuk aku ‘lari’ dari semua ini? kenapa tidak dapat aku buang perasaan ni? Mungkin TUHAN mengirim dia untuk menguji aku. Ya, mungkin aku sedang diuji dengan semua ini. Jatuh cinta padanya dengan begitu mudah, tetapi perancangan ALLAH S.W.T itu tidak ada sesiapa pun yang tahu.

“Anis,’’ panggil satu suara. Membuatkan aku tersedar dari lamunanku yang jauh tadi. Aku menoleh ke arah Suraya dan seorang lelaki yang berada disebelahnya. Siapa pulak mamat hitam manis ni?
“Ni, aku kenalkan Amir.’’ Suraya mengenalkan aku kepadanya. Aku tersenyum meleret ke arah Suraya. Jangan-jangan inilah mamat yang selalu buat Suraya berjiwang dalam fac itu? Hmm.. kacak juga orangnya. Memang sepadanlah dengan Suraya. Desis hati ini.
“Kau tenung Amir macam tu kenapa pulak?’’ tegur Suraya. Aku tergelak kecil. Menarik Suraya ke sisi. “Boyfriend kau eyh?’’ bisikku ke telinganya. Bulat mata Suraya seketika.
“Ish! Merepek lah kau ni.’’ Bisiknya pula. Amir hanya memerhatikan kami berdua dengan penuh kehairanan. Kemudian Suraya menyuruhnya duduk di pangkin itu sementara dia masuk ke dapur untuk membuat minuman. Inilah masanya! Aku nak korek rahsia Suraya.

“Bestkan duduk kampung ni?’’ dia memulakan bicara. Aku ingatkan dia ni pemalu kucing tadi. Sebab hanya senyap sahaja bila bertiga bersama Suraya.
“Best. Rasa tenang jiwa. Eh, awak bukan budak kampung ni jugak ke?’’ tanyaku penuh kehairanan. Dia tersenyum kecil.
“Mana ada. Saya budak kampung ni lah. Rumah saya hujung sana,’’ dia merunding jari ke hujung pantai sana. Aku memandang ke arah yang ditunjukan.
“Tak cakap ganu pun?’’ aku memandangnya. Dia ketawa kecil.
“Kite orang ganu, bakpe dok caya kite ke?’’ katanya dalam loghat Terengganu. Aku tersenyum.

“Hai, cepatnya berkenalan..’’ usik suara Suraya yang datang sambil membawa minuman. Aku diam sahaja. Baru saje berkenalan sikit. Belum masuk pun bab yang serius. Belum sempat pun nak korek rahsia dengan si Amir ni. Agak lama bersembang bersama, ternyata Amir ini peramah juga orangnya. Patutlah dia petah sahaja bercakap luar kerana dia pun graduan UKM, bangi Selangor. Tapi masih menggangur di rumah. Katanya masih mahu sambung belajar ambil Master. Ternyata dia juga muda setahun dari aku. Patutlah muda tapi fikiran matang.

“Esok kita gi pulau nak?’’ ajak Amir.
“Wah, bunyi macam best tu?’’ kataku pula.
“Best, nanti kau boleh snorkeling, skuba, wahh.. rindunya nak berenang!’’ kata Suraya pula.
“Alah, aku mana ada lesen tu nak main skuba.’’ Kataku sedih.
“Tak pe, snorkeling tak payah ada lesen.’’ Kata Amir pula. Suraya terkekeh ketawa. Aku sudah menarik muka. Geram betul dengan budak berdua ni. Tapi apapun, dapat pergi pulau. Bestnya! Dah lama aku tak ke pulau. Kali terakhir pun masa kecil-kecil dulu.

Malam itu, kami bertiga ke funfair. Memang tidak lekat aku di rumah sejak duduk di rumah Suraya. Ada saja tempat yang mahu dikunjungi. Pada awalnya, mak Suraya tidak menginzinkan kami berdua pergi kerana bimbang memandangkan kami berdua ini kan perempuan, anak dara pulak. Tapi mujur ada Amir untuk menemankan kami. Jadi malam itu, aku dapat juga keluar. Memang anak bandar kan, aku sungguh teruja. Jadi beginilah suasana pasar tarikan di kawasan luar bandar. Riuh rendah dengan loghat terengganu yang aku sendiri yang berapa hendak faham sangat. Hanya mampu senyum dan angguk sahaja bila ada peniaga yang menawarkan barang yang dijual kepadaku. Mereka berdua hanya tahu mengertawakan aku.
“Jom kita masuk rumah hantu tu nak?’’ ajak aku sambil menarik lengan Suraya. Dia memandang Amir. Kemudian pandang aku pula.
“Bukan best pun, tak macam rumah hantu yang dekat sunway lagoon.’’ Balas Suraya. Aku menarik muka.

“Ish, sebab tak sama itulah aku nak masuk. Jom lah, Su, Amir.. please..’’ pujuk aku seperti budak-budak. Amir tertawa melihat gelagat aku. kemudian dia mengiakan saja sambil memujuk Suraya supaya setuju. Mahu tidak mahu terpaksalah Suraya menuruti mahuku. Aku terus mengangkat tangan buat ‘high five’ dengan Amir. Yes!

“Haa, kan aku dah cakap. ‘Hantu’ dalam rumah hantu itu memang hantu giler.’’ Omel Suraya sebaik sahaja kami melangkah keluar dari rumah hantu itu.
“Tapi kelakar, muka hantu tak nampak macam hantu. Yang lagi satu hantu tu kan, tak ada gigi. Kau nampak tak?’’ aku tertawa terkekeh bersama Amir. Suraya akhirnya tertawa juga bersama kami. Amir memandang jam ditangan.
“Eh, dah lewat malam ni. Jom lah balik. Kang bising mak kau nanti.’’ Ajak Amir. Aku mengganguk perlahan dan melangkah meninggalkan perkarangan funfair.

Aku bangun awal pagi itu, menyiapkan sarapan. Tambahan pula, kami telah berjanji hari ini akan ke pulau. Perasaan aku sungguh berkobar-kobar hari ini. Menu pagi yang aku sediakan hanyalah sandwich sardin. Setelah semuanya selesai, aku beralih untuk menyediakan minuman pula. Baru saja hendak mula, telefon bimbitku galak berbunyi di atas meja. Aku melihat nama pemanggilnya. ‘mama?’ desisku lantas ku angkat dengan senyuman meleret. Jauh disudut hatiku berkata mungkin mama menghubungiku kerana rindu. Mungkin.

“Hello, assalamualaikum.’’ Sapaku ditalian.
“Waalaikumussalam.’’ Suara mama dalam talian kedengaran berbeza. Kenapa dengan mama?
“Mama call ni ada benda penting nak bincang dengan Anis, harap Anis boleh balik KL secepat mungkin.’’ Kata mama dengan nada serius. Muka aku berubah serta-merta.
“Kenapa? Ada apa ma?’’ tanyaku dengan penuh kehairanan. Talian sepi untuk seketika.
“Mama?’’ panggilku.

“Semalam ada orang datang merisik Anis,’’ kata mama akhirnya. Aku kelu tidak terkata. Ada orang datang merisik aku? siapa? Kenapa tiba-tiba?
“Anis, dengar tak apa yang mama cakap ni?’’ tanya mama lagi.
“Dengar, ma.’’ Jawabku perlahan.
“Harap Anis boleh balik secepat mungkin,’’ ujar mama lagi. Aku diam tidak terkata. Perbualan aku terhenti di situ. Terduduk seketika aku dikerusi meja makan. Wajah aku sudah tidak seceria tadi. Siapa dia? Aku kenal ke? Kenapa tiba-tiba? Ish… jangan-jangan Rafiq? Tapi dia kan masih dekat UK? Rasanya tak logik pula kalau orang itu adalah Rafiq. Lagipula Rafiq hanya akan kembali ke Malaysia setelah habis praktikal.

“Oit!’’ jerkah Suraya membuatkan aku terlatah. Serta merta tanganku mencubitnya.
“Aduih.. sakitnya cik ketam ni.’’ Aduh Suraya. Aku mencebik geram. sesuka hati dia aje nak mengejutkan orang. Nasib baik tak ada heart attack tadi. Tidak boleh go on.. desisku geram.
“Ni muka serius aje ni, kenapa cik kak oii..?’’ tanya Suraya sambil mengambil sekeping sandwich. Aku diam saja. Mama menyuruh aku untuk cepat-cepat balik bagi membincangkan mengenai pertunangan itu. Rasanya aku perlu memberitahu Suraya.

“Err.. Su, nampaknya aku kena balik KL lah hari ni.’’ Kataku perlahan. Suraya tergaman.
“Hah? Kenapa tiba-tiba?’’ soalnya gelisah.
“Tak adalah, ada benda penting. So, aku kena balik.’’ Kataku. Suraya mencebik.
“Then, tell me what? I’m your BFF, I need to know.’’

Aku menceritakan kepadanya tentang panggilan mama tadi dan jelas Suraya terkejut. Serius betul mukanya memandangku tidak berkelip.
“Kau tak main-main? Serius?’’ soalnya. Aku mengganguk berkali-kali dan dia menggeleng bagaikan tidak percaya.
“Siapa dia mamat tu? Kenapa kau tak tanya mama kau?’’ tanya Suraya mengalahkan dia yang dirisik lagaknya. Aku tertawa kecil.
“Mama aku cakap, aku kena balik dulu. So, nanti bila dah ada dekat sana nanti aku tahulah siapa. Untuk cakap dalam phone rasanya tak sesuai.’’ Kataku dengan tenang. suraya mengganguk seketika. Kemudian dia tersenyum.

“Aku rasa dah tiba masanya. Kau perlu teruskan hidup kau, memilih apa yang terbaik untuk masa depan kau.’’ Ucapnya dengan penuh makna tersirat. Aku diam. tidak tahu apa yang patut aku jawab. Mungkin apa yang dikatakan benar, tapi mungkin sebaliknya. Aku masih terluka kerana cinta semalam. Mungkinkah untuk aku menerima cinta insan lain? Rasanya aku masih belum bersedia untuk itu.
“I’m not ready at all,’’ kataku perlahan.
“Syhh.. siapa cakap kau perlu terima. Aku cuma nak kau bukakan hati kau untuk orang lain. Mungkin dengan cara ini kau dapat lupakan dia.’’ Kata Suraya. Kali ini ku menyepikan diri daripada berkata-kata. Aku tahu mudah untuk meluahkan tapi tak mudah untuk melaksanakan. Biarlah ALLAH S.W.T saja yang menentukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience