Chapter 1

Romance Completed 16002

Bab 1

KEPULANGANKU disambut meriah. Sudah beberapa abad ini aku tidak merasakan suasana sebegini. Mungkin inilah yang dikatakan ‘hujan emas di tempat orang, hujan batu di tempat sendiri.’ Dan lebih baik berada di tempat sendiri. Aku memeluk sedara-mara yang ada di situ untuk melepaskan rindu. Oleh kerana lusa adalah hari persandingan semua sedara maraku berkumpul di rumah kami.Banyak mulut yang memujiku semakin cantik. Ah! Kembang setaman lah aku dibuatnya. Setelah semuanya pulang, kini tinggal aku dan ibu sahaja yang berada di ruang tamu itu. Ibu masih merapikan barang hantaran pengantin yang baru sahaja selesai lima dulang sambil dibantu sedara maraku yang datang tadi.

“Kak long mana mama?’’ soalku yang dari tadi mengintai kelibat bakal pengantin baru itu. “Dia pergi beli barang hantaran dekat sunway piramid dengan Aliya. Katanya nak bagi jam dengan kasut untuk satu dulang. Tapi perginya macam hendak beli barang untuk sepuluh dulang lamanya. Budak berdua tu kalau dah keluar memang tak ingat nak balik rumah.’’ Kata mama sambil mengerling ke arah jam dinding. Aku tersenyum kecil lantas memeluk mama erat. “Alah.. kak long nak habiskan saat-saat bujang dia lah tu mama. Yelah, kejap lagi kan dah nak jadi isteri orang.’’ Ujarku pula. Mama sekadar mencebik

“Hmm, Anis belajar dekat sana macamana?’’ kini giliran mama pula yang bertanya “Setakat ni okey aje ibu.’’ Balasku bersahaja. Bercakap mengenainya, teringat pula aku dekat Suraya. Baru saja sehari aku balik Malaysia, dah mula rindu mengalahkan orang bercinta pulak! Maklum sahajalah, sikap Suraya yang banyak cakap itu sentiasa menjadi peneman ceria hidupku. Lama aku termenungkan Suraya tiba-tiba pinggangku dicuit membuatkan aku terlatah.

“Oii! Teringatkan buah hati dekat Manchester ke?’’ suara itu muncul dari belakangku. Ah! Akim memang sengaja mahu menyakat aku di depan mama. Bulat mata mama mendengarnya “Anis dah ada teman lelaki dekat sana ke?’’ mama terus mengajukan soalan maut itu tanpa sempat aku bersuara. Aku merenung tajam ke arah Akim. Dia buat muka selamba badak aje

“Eh mana ada mama. Mengarutlah, jangan dengar kata si Akim ni. penipu profesional ni ma.’’ “Betul. Akim nampak dekat instar…’’belum sempat Akim menyambung ayatnya aku telebih dahulu menyumbat pizza ke mulutnya. Sempat pula aku mencelikkan mataku ke arahnya. Dia pelahan-lahan mengunyah juga pizza yang sudah ada dalam mulutnya.

“Sedap kan pizza ni. ada keju lebih tau…’’kataku sambil menyuapkan lagi saki baki pizza itu ke mulut Akim. Lelaki itu mengangkat tangan tanda mengalah. Barulah tenang sikit hati aku ni. kalaulah Akim menceritakan tentang gambar yang ada dalam instargram itu, alamaknya mampuslah aku. Ini semua angkara Suraya. Sesuka hati dia aje upload gambar tanpa kebenaran orang! Gomelku sendiri.

“Anis, nanti bawa masuk dulang yang selebihnya ni kat dalam bilik pengantin.’’ Ujar mama. yang sudahpun bangun dari tempat duduknya. Ditangannya sudah ada dua dulang. Aku mengganguk perlahan. Akim sudahpun berselimpuh mengadap saki baki pizza yang terhidang. Mulutnya penuh dengan makanan sampai aku tukang beli makanan pun dia tidak pandang. Teringatkan mulut celoparnya, aku terus mendekatinya.

“Akim jangan memandai nak kepoh pasal gambar tu.’’ bisikku perlahan-lahan. Akim terus berhenti mengunyah. Lama dia memandangku. “Siapa dia tu? boyfriend akak ke?’’ soalnya. Oleh kerana suaranya terlalu tinggi aku menutup rapat mulutnya dengan tapak tanganku. “Isyhh..! diamlah. Nanti mama dengar kang.’’ Kataku separuh berbisik. Dia terus menarik tanganku. “ Jadi betullah?’’ serius mukanya memandangku. Aku mengeluh lemah seketika. “Dia tu cuma kawan akak ajelah.’’ Balasku pula. “Akak nampak mesra semacam aje, mesti ada apa-apa.’’ Duganya sendiri. “Mesra sebagai kawan tak boleh ke? Harus jadi teman lelaki baru boleh nak bermesra?’’ soalku. Akim tertawa kecil. Dia mengambil kepingan pizza yang terakhir. Sebelum disuapkan ke mulutnya, dia memandangku sinis.

“kalau betul kawan, kenapa takut nak bagitahu mama?’’ katanya pula. Aku sudah mula rasa panas semacam dengan kata-kata Akim tadi. Belum sempat aku bersuara lagi, mama sudah menjerit memanggil namaku dari tingkat atas. Dulang disisi aku capai perlahan. “Iya ma! Ni tengah bawa lah ni.’’ jeritku pula. “Ingat! Jangan sesuka hati nak buat spekulasi sendiri. Kalau akak dapat tahu, nahas Akim!’’ kata-kataku yang berbaur ugutan. Akim sekadar mencebik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience