Chapter 23

Romance Completed 16002

BAB 23

AKU menutup perlahan surah yasin yang selesai dibaca. Di hadapan makam Aliya tatkala itu, aku tidak mampu untuk menahan sebak yang kian bertamu. Majlis pernikahan hanya tinggal dua hari sahaja lagi. namun, jiwaku masih lagi keliru dengan pilihan sendiri. Buku diari milik Aliya dijumpainya setelah sekian lama permergian Aliya. Air matanya terus mengalir dipipi. ‘Liya.. kenapa perlu akak jumpa buku ini dan baca tentangnya? Kenapa perlu akak tahu yang selama pernikahan Liya dan Rizal, sekalipun Rizal tak pernah sentuh Liya. kenapa perlu akak tahu yang Rizal amat menyintai akak? Dan kenapa.. walaupun akak tahu semua ni tapi akak tak mampu undurkan semua ni?’ aku mengeluh lemah. Aku meraup wajahnya perlahan.

‘kad undangan, semua dah diedarkan. Semua orang tahu pengantin lelakinya Rafiq.. bukan Rizal. Mahu atau tak, akak terpaksa terima pernikahan ni. akak minta maaf dik, akak tak mampu tunaikan apa yang adik nak. Akak minta maaf.’ Desisku lagi dan perlahan-lahan bangun untuk meninggalkan perkarangan kubur dan ketika itu juga aku bertembung dengan Rizal. Kebetulan Rafiq juga turut berada di sisinya hanya mampu memandang sinis.

Pandangan mereka menyatu. Agak lama namun, aku cepat-cepat tersedar. Aku mengalihkan pandangan dan meneruskan langkah. “Anissa..’’ panggilan itu membuatkan langkahku terhenti tapi aku tidak mahu menoleh ke belakang.
“Semoga berbahgia dengan pilihan hati Anis.’’ Kata-kata yang diluahkan oleh Rizal kedengaran sayu. “Raf, aku tahu kau boleh jaga Anissa dengan baik. Jadilah suami yang terbaik untuk dia.’’ ucap Rizal kepada Rafiq pula. Wajah Rafiq sedikit berubah ketika mendengar apa yang diluahkan oleh Rizal. “Aku pernah sia-siakan dia dulu hanya kerana untuk berkorban demi adik aku. Aku tak pernah menyesali semua tu dan sepatutnya aku tak perlu kesalkan apa yang dah jadi sekarang.’’ luah Rizal lagi.

“It’s ok bro. aku akan jaga dia lebih dari nyawa aku. Thanks.’’ Rafiq menepuk bahu Rizal perlahan. Rizal sekadar tersenyum hambar. Entah kenapa aku berasa sebak semula. Kaca mata hitam dipakai agar dapat melindungi kelopak mataku yang sudah bergenang dengan air mata. aku meninggalkan tempat itu dengan linangan air mata. sepanjang perjalanan pulang, aku menangis. mengenangkan kata-kata yang diucapkan oleh Rizal.

“Aku pernah sia-siakan dia dulu hanya kerana untuk berkorban demi adik aku. Aku tak pernah menyesali semua tu dan sepatutnya aku tak perlu kesalkan apa yang dah jadi sekarang”

“Anis..are you okey?’’ teguran Rafiq mematikan lamunanku. Sedar tak sedar kami sudah hampir sampai ke rumah. Aku mengganguk sambil tersenyum. Nasib baik kaca mata hitam yang dipakai mampu menutupi wajahku yang masih bersedih tatkala itu.
“I okey. I masuk dulu.. thanks sebab temankan I.’’ Aku membuka pintu kereta dan melangkah masuk ke dalam rumah. Jiwaku ketika itu hanya Allah saja tahu.

“Majlis dah nak berlangsung lagi dua hari Anis.. kau buat keptusan betul-betul ke ni?’’ tanya Suraya di talian. Aku mengeluh lemah. Memang ketika jiwa tengah berserabut, aku perlu meluahkannya kepada Suraya. “Aku dah buntu Su.. sejauh mana pun aku lari, aku tetap rasa tak yakin. Perasaan aku begitu serabut sekarang ni. apatah lagi, tadi aku sempat jumpa dengan Rizal.’’ beritahuku dalam nada yang tertekan. “YA Allah, Anis.. aku bukannya nak menambahkan tekanan kau. Tapi aku pun dah bingung dengan kemahuan kau ni. kau kata kau masih sayang Rizal tapi kau tetap nak teruskan pernikahan dengan Rafiq. Ini soal hidup kau tau tak? Bukan boleh dibuat main. Sekejap nak, sekejap tak nak.’’ Suraya mengomel. Aku meraup wajahku dan membaringkan tubuh di atas katil.

“Ya.. aku sepatutnya lupakan semua ni. teruskan pernikahan…sebab dia sendiri pun dah relakan pernikahan ni.’’ kataku perlahan sebaik mengingati apa yang berlaku siang tadi.
“Relakan pernikahan ni? maksud kau?’’
“Dia dah ucap tahniah sebab aku akan kahwin dengan Rafiq.’’ Balasku. talian jadi sepi untuk seketika. Mungkin Suraya agak terkejut mendengar apa yang diluahkan olehku. mungkin bagi Suraya, Rizal akan cuba untuk mendapatkannya seperti dalam cerita cinta. Tapi hakikatnya, Rizal sendiri sudah berputus asa. Aku mengeluh. Sesungguhnya semua ini bagaikan jerat percintaan yang menghanyutku tanpa aku sedar.

“Kau dah buat keputusan. Aku doakan semua yang terbaik untuk kau. Insya-Allah semuanya akan berjalan dengan lancar, biar Rizal mahupun Rafiq.. kedua-duanya lelaki yang baik. Cuma perancangan ALLAH S.W.T tiada siapa pun yang dapat menekanya.’’ ujar Suraya sebelum menghakhiri permbulan. Aku menantikan hari esok. Hari terakhirnya sebelum dia bergelar isteri orang.

“Hai.. termenung jauh nampak bakal pengantin kita ni..’’ teguran itu mematikan lamunan Rafiq. Dia memandang wajah ibunya yang nampak begitu penat mengaturkan majlis pernikahannya yang bakal berlangsung esok hari.
“Ibu berkenan betul dengan Anissa tu. orangnya cantik, lemah lembut, berpelajaran.. pandai anak ibu cari calon isteri.’’ Ibunya mengeluarkan pendapat. Rafiq sekadar tersenyum.

“Ibu.. boleh Rafiq tanya sesuatu?’’ tanya Rafiq sambil memandang lama wajah ibunya.
“Nak tanya apa, tanya ajelah.’’ Balas ibunya pula. Rafiq diam untuk seketika.
“Perlu ke ada rasa pentingkan diri sendiri demi orang yang kita sayang?’’ pertanyaan Rafiq membuatkan ibunya memandangnya lama. “Maksud Rafiq?’’ tanya ibunya pula. Rafiq tersenyum kecil kemudianya bangun dari tempat duduknya. “Kita tahu ada orang yang lebih layak dari kita untuk menjaga dia dan membahagiakan dia, tapi kita tetap berkeras menidakkan kenyataan itu.’’ ujar Rafiq lagi. Entah kenapa apa yang dibacanya petang tadi membuatkan dia sedarkan sesuatu. Dia rasa gentar. Dalam masa yang sama dia juga merasakan cinta Anissa bukan untuknya. Anissa masih menyintai Rizal.

“Setiap orang.. jalan ceritanya tak sama. Kita mungkin boleh meramal apa yang bakal berlaku esok tapi itu tidak bermakna apa yang kita ramal itu betul. Begitu juga perasaan. Wajar untuk kita rasa tidak yakin, tapi perancangan Allah itu sudah teratur.” Ibu meluahkan pendapatnya. Sedikit sebanyak Rafiq berasa lega. Mungkin benar kata ibu, perancangan Allah itu sudah teratur dan wajar untuk dia rasa tidak yakin. Meskipun tidak mampu, dia mahu berusaha meraih hati Anissa. Rizal cuma masa lalu. Tegas Rafiq pada dirinya sendiri.

“Aku terima nikahnya Anissa Maisara binti Amran dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit tunai..’’ Rafiq melafazkannya dengan sekali lafaz sahaja. Tok iman memandang beberapa orang saksi. “Sah?’’ soalnya. Jawapan saksi menggangukkan kepala sambil menjawab sah melegakan hati semua yang ada. Rafiq mengucapkan tanda syukur pada Allah s.w.t kini dia telah menjadi suami yang sah kepada Anissa. alhamdulilah..

Selesai menunaikan solat sunat, kini tiba saat untuk pengantin membatalkan air sembahyang dengan menyarungkan cincin ke jari pengantin perempuan. Anissa nampak sangat cantik mengenakan baju kebaya moden berwarna putih bersih dihiasi dengan tudung putih rona hijau lembut. Bila pandangan saling menyatu, Anissa pula menundukkan wajah. Rafiq tersenyum nipis. Sebentuk cincin dalam bekas baldu merah itu diambil. Sebaik mahu disarungkan ke jari Anissa, cincin itu tiba-tiba terlepas dari jari.

“Rafiq!’’ jeritan itu memeranjatkan dia. Dia melihat keadaan sekeliling. Dia melihat ibunya ada di situ. Ya Allah.. ternyata itu semua mimpi. Tapi apakah makna mimpi itu? desis Rafiq sambil bangun dari pembaringan.
“Kenapa muka pucat ni? Raf tak sihat ke?’’ tanya ibu sambil menyentuh dahi anak lelakinya. Rafiq menggeleng lemah. “Tak adalah, Raf Cuma mimpi ngeri.’’ Beritahu Rafiq sambil meraup wajahnya. Mengingati apa yang berlaku dalam mimpinya tadi membuatkan dia resah.
“Mimpi tu mainan tidur. Dah, Raf pergi siap-siap sembahyang subuh. Raf lupa ke hari ni hari penting tau.’’ Celah ibunya lagi. Rafiq sekadar tersenyum hambar.

“Okey, good. Ibu doakan semuanya berjalan lancar.’’ Ibu mengusap bahu Rafiq. Kata-kata yang sungguh bermakna daripada insan yang amat dia kasihi. Rafiq menarik tangan itu dan mengucupnya perlahan. “Thanks, ibu.’’ ucapnya. Wanita itu mengganguk perlahan. Sebaik ibunya melangkah pergi dari ruangan itu, dia bingkas bangun untuk bersiap-siap solat subuh.

“YA ALLAH.. ampunilah dosa hambaMU ini. Hari ini merupakan hari yang sangat penting buatku. Aku yakin perancanganMU adalah yang terbaik untukku. Permudahkanlah segalanya YA ALLAH. Sesungguhnya ENGKAU Maha Mengetahui. Amin.. Ya robbaalamin..’’ rafiq mengaminkan doanya. Dia bertafakur untuk seketika. Sebuah buku diari yang berada di atas mejanya itu dipandang lama. Mungkin inilah yang terbaik. Desisnya perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience