Chapter 21

Romance Completed 16002

BAB 21

PULANG saja dari rumah mama petang itu, Aliya terus ke bilik. kandungannya di usap. Menghitung hari untuk bergelar seorang ibu. Tapi hubungannya dengan Rizal masih lagi suam-suam kuku akibat kejadian tempoh hari. Masih keliru dengan sikap Rizal yang sebenarnya samada cemburu dia keluar bersama Afiq ataupun cemburu dengan kad undangan perkahwinan Anissa. Aliya mengeluh lemah. Segalanya membuatkan dia bertambah keliru.

Kebetulan pula Rizal tiada di rumah kerana mengikuti kursus di Johor selama tiga hari. Keadaan itu lagi menjarakkan hubungan yang sudah pun renggang. Ikutkan hati dia memang tidak mahu pulang ke rumah mertuanya. Kalau boleh mahu saja dia bermalam di rumahnya sementara menunggu Rizal pulang. Tapi memandangkan esok pagi Rizal akan bertolak pulang ke rumah, jadi terpaksalah dia balik ke rumah ini. Aliya mengeluh. Untuk seketika dia terlelap.

Rasanya sekejap saja tapi sedar-sedar keadaan bilik sudah gelap gelita. Telefon pintarnya ditekan untuk melihat jam. Sudah pun jam 8:06 malam. Malasnya hendak bangun. Rasanya masih mahu dia menggeram di atas katil. Maklum saja semenjak tengah sarat begini, dia memang suka tidur. Tubuh mudah letih dan lapar. Tapi dia perlu bangun untuk solat maghrib yang sudah nak habis waktu. Aliya bangun perlahan-lahan. Sesaat, tombol pintu dibuka dari luar. Aliya terkedu untuk seketika.

“Abang ke tu? kenapa tak cakap nak balik malam ni?’’ tanya Aliya pelik kerana dia tidak dapat melihat dengan jelas wajah itu akibat keadaan bilik yang masih gelap. Pintu bilik ditutup. Lelaki itu tidak menjawap pertanyaan Aliya. Sebaliknya terus merapati Aliya dan memeluknya.

Aliya terpana. Terus berdiri tegak bulu romanya kerana dia tahu ini bukan bau wangian Rizal sebaliknya.. Afiq! Sepantasnya tubuh Afiq ditolak daripada memeluknya. Dia terus membuka lampu bilik. akibat keadaan gelap, jadi dia langsung tidak menduga kalau lelaki itu bukan Rizal. Afiq sungguh berani dan nekad.

“Apa you buat ni?’’ soal Aliya dalam nada tinggi. Sungguh dia berasa sangat terkejut. Afiq selamba melemparkan senyuman. Gila! Cebis Aliya dalam hatinya. Afiq melangkah mendekati Aliya sekali lagi. “Sayang.. I miss you.. and..’’ dia berjeda dalam senyuman sambil menyentuh perut Aliya. “And.. our baby.’’ Sambungnya lagi. Aliya terus menepis tangan Afiq. Daripada gaya dan percakapan Afiq, dia seolah-olah berpewatakan seperti orang tidak siuman. Aliya menjarakaan kedudukannya dengan Afiq.

“You look damn sexy tonight..’’ ujar Afiq perlahan. Aliya sudah berasa seram sejuk. Entah kenapa juga, kejadian hitam itu kembali terimbas di kotak fikirannya. Aliya menggeleng lemah. Dia mengundur perlahan-lahan ke belakang namun, langkah Afiq pula semakin mendekati.
“You jangan nak buat gila Afiq. I isteri abang you!’’ Tegas Aliya. Afiq tidak mengendahkan kata-kata itu. langkahnya sudah merapati Aliya. Detak jantung Aliya sudah berdetak hebat saat tangan lelaki itu mengusap-ngusap manja perutnya.
“Baby tak banyak meragam kan?’’ tanya Afiq sambil memandang Aliya yang kelihatan gelisah.
“Sayang.. kenapa ni? you sejuk ke?’’ tanya Afiq lagi.

“Afiq.. please stop it! Get out!’’ Aliya meninggikan suaranya mengarahkan Afiq untuk segera keluar. Afiq menarik tangan Aliya.
“Sayang.. kenapa ni? you tahu kan.. bukan mudah untuk kita nak dapatkan peluang macam ni? I tahu you tak bahagia dengan dia. Tak salah kalau kita.. bersama untuk malam ni. hmm?’’ Afiq mengusap pipi Aliya. bulat mata Aliya mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Afiq Firdaus. Sepantasnya dia menepis tangan Afiq yang kian menjalar ke tubuhnya.
“You dah gila ke? ’’ satu tamparan singgah ke pipi Afiq. Tamparan untuk menyedarkan Afiq tapi sebaliknya. Lelaki itu bertindak lebih ganas dengan memegang lengan Aliya dengan kasar.

“Aha! Gila? Hei perempuan… aku memang dah gila. Gila sebab kau kahwin dengan abang aku. kau tahu kan aku sayang kau. Tapi kenapa kau buat aku macam ni.. hah?’’ Afiq mecengkam bahu Aliya pula. Aliya menggunakan sekuat tenaga untuk menepis tangan Afiq daripada mecengkam tubuhnya. “Stop it! You ingat semua ni I yang nak? Semua ni I yang mahu? Eh, kalau you tak mulakan, semua ni tak akan berlaku. So, sedarkan diri you yang semua ni berpunca dari you!’’ bentak Aliya. sungguh dia berasa sungguh sakit hati kerana dipersalahkan oleh semua orang atas segalanya yang berlaku termasuklah Afiq. Kenapa perlu salahkan dirinya?

Afiq terdiam.

Untuk seketika tangan Aliya diraih. “I buat semua tu sebab I terlalu cintakan you. I mahu you jadi milik I. tapi kenapa you pilih abang I?!’’ Afiq memandang Aliya tajam. Aliya kaku. Sekejap bercakap lembut, sekejap menengking. Memang dah betul gila agaknya si Afiq ni. Melihat kebisuan Aliya, membuatkan Afiq bertambah bengang.
“kenapa kau diam?! hah?’’ soalnya sambil menarik tubuh Aliya mendekat dengannya.
“Lepaslah! You tak payah nak tahu jawapannya sebab inilah jawapannya. I tak mahu hidup dengan lelaki macam you. Jantan tak guna!’’

Pangg!

Pipi Aliya ditampar kuat.

“Sa..sa..sayang, I’m sorry.. I..’’ Afiq mula rasa bersalah. Aliya pantas menepis tangan itu daripada menyentuhnya lagi. air matanya sudah bergenang.
“Don’t touch me!’’ marah Aliya tapi tetap saja Afiq memeluknya sambil berulang kali meminta maaf. Afiq seolah tidak mahu melepaskannya biarpun Aliya meronta-ronta dalam tangisan. Agak lama keadaan itu menyebabkan Aliya tersedu-sedan di dalam pelukan itu. Afiq bertindak mencium leher Aliya. Aliya seakan lemas dalam setiap sentuhan itu dan hanya membiarkan sehingga ciuman itu menjalar ke segenap wajahnya. Untuk seketika dia tersedar, dengan pantas menolak tubuh Afiq. Air matanya disapu dengan jari.

“Dah lah Fiq, semua ni tak betul. You dah dapat apa yang you nak. Sekarang tolong keluar.’’ Aliya merayu dengan tenang.
“You ingat ini aje yang I nak? Liya.. I nak you.. I nak baby kita!’’ tengking Afiq yang kelihatan bengang. Sekali lagi tubuh Aliya menjadi mangsa keganasannya.
“Sakitlah! You gila ke?’’ Aliya cuba melongggarkan pegangan Afiq yang kemas.
“Gila? Mari sini I tunjuk dekat you yang I ni betul-betul gila!’’ segera ditarik tangan Aliya biarpun Aliya tidak mahu bergerak. Situasi itu juga menyebabkan Aliya tergelincir. Sakit yang dirasakan begitu mencengkam. Sesaat, dia merasakan ada darah hangat mengalir di betisnya. Afiq terpaku.

“Pandai you berlakon. I tahu, tak sakit pun kan?’’ ucapan yang keluar dari mulut Afiq membuatkan Aliya terkedu. Afiq benar-benar sudah hilang akal.
“Fiq.. tolonglah.. I sakitt…’’ suara Aliya sudah bergetar hebat kerana menahan kesakitan yang kian menjalar. Melihat darah yang mengalir keluar semakin banyak membuatkan dia rasa mahu pitam di situ. Afiq masih melihat dengan pandangan binggung.
“Macamana you buat darah keluar macam tu? pandailah you.’’ Ujar Afiq lagi. Aliya memejamkan matanya kerana tidak tahan untuk menahan sakit.
“Fiq! Tolonglah.. I betul-betul sakit ni..’’ Aliya merayu dalam linangan air matanya mengalir di pipinya. Saat ini.. hanya wajah keluarga yang bermain di fikirannya.

“Oh.. you sakit? you tak tahu yang selama ni I lagi sakit dengan sikap you. Huh, bila dah macam ni baru nak minta tolong I. kenapa tak minta tolong dengan suami you tu? suami yang you puja-puja sangat tu?’’
“Fiq.. tolonglah.. perut I sakit sangat ni.. I mohon dengan you..’’ Aliya masih mengerang kesakitan. Afiq nampak cemas.
“Kenapa sayang? You dah nak bersalin ke? Tak apa, biar I yang tolong. Lagipun, anak tu pun baby I kan, biar I yang sambut.’’ Afiq benar-benar sudah hilang kewarasan. Aliya terpana saat melihat gunting tajam yang berada ditangan Afiq. Untuk dia bangun dan lari, dia tidak mampu. Darah begitu banyak mengalir keluar dari tubuh dan dia berasa sangat lemah.

Gunting tajam itu dihalakan ke perut. Aliya menggeleng kepalanya sambil menangis kuat. “Afiq jangan.. Afiq jangan buat Liya macam ni…’’ Aliya merayu dalam tangisan.
“Mama! Tolong! Mam..’’ mulut Aliya ditekup dengan tangan.
“Syhh.. diam!’’ bisik Afiq. Aliya tiada terdaya. Darah memancut keluar saat gunting itu ditekan ke dalam perutnya. Raungan Aliya tidak hiraukan lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience