Chapter 8

Romance Completed 16004

BAB 8

Sebulan telah berlalu. Aliya masih meneruskan pengajiannya di Lim Kok Wing Universiti. sudah lama dia tidak berhubung dengan Afiq. Bagi Aliya, sudah tiba masanya untuk dia membuka lembaran baru hidupnya. Dia mahu lupakan peristiwa hitam yang pernah berlaku dalam hidupnya. Dia mahu lupakan Afiq.

Balik ke rumah petang itu, Aliya melihat Akim begitu tertekan menerima panggilan telefon ditalian. Dia terus melangkah pergi tapi namanya dipanggil.
“Kau dah tahu pasal Afiq?’’ soalnya memandang serius ke arah Aliya.
“Kalau kau nak cakap pasal dia, sorry aku tak nak dengar, aku dah tak mahu ambil peduli pasal dia.’’ Aliya ingin melangkah pergi.
“Dia kemalangan.’’ Kata Akim membuatkan langkahnya terhenti. Kemalangan? Teruk ke? Argh! Buat apa aku fikirkan dia. Pergi mampuslah dia! Aliya terus melangkah pergi.

“Kalau betul korang gaduh pun, ini bukan masanya nak pentingkan diri sendiri. Kau nak tengok mayat dia dulu baru kau puas hati?!’’ jerit Akim. Aliya memejamkan matanya. Menutup kemas pintu bilik dan menangis tersedu-sedan.

‘Aku bencikan dia! Aku tak mahu tengok dia lagi!’

Jeritnya dalam hati. Kepalanya terasa pening tiba-tiba. Berdenyut-denyut rasanya sehingga dunia dirasakan seakan berpusing. Keadaan dirasakan semakin kelam. Akhirnya matanya terpejam rapat. Mama membuka pintu bilik tapi terkejut sebaik sahaja melihat Aliya yang terbaring di lantai.
“Liya?!’’ dia panik dan terus mendekati Aliya.
“Liya? ya Allah, kenapa dengan Liya ni? Liya? bangun sayang?’’ mama menepuk pipi Aliya tapi mata itu tetap tertutup rapat.

“Papa! Papa!’’ jerit mama. Datuk Arman bergegas ke bilik Aliya.
“Ada apa ma?’’ soalnya dan terkejut melihat anak gadisnya yang terbaring lesu dalam pelukan Datin Marisa.
“Tak tahu lah kenapa dengan anak kita ni. Papa, kita bawa Liya ke hospital sekarang.’’ kata Datin Marisa. Datuk Arman mengganguk perlahan dan menggangkat tubuh kecil itu.

Aliya dapat merasakan satu cahaya yang terang memenuhi ruang bilik itu. Matanya masih terasa berat untuk dicelikan. Kepalanya masih terasa pening. Berdenyut-denyut rasanya. Kelopak matanya dibuka perlahan. diamati kawasan sekeliling. Ini bukan di dalam biliknya. Tapi di mana? Aliya buntu!

“Liya dah sedar?’’ seorang lelaki berpakaian putih itu tersenyum melihatnya.
“Abang Rizal?’’ Aliya melihat Rizal yang berdiri di birai katil itu. Dia berada di hospital. Itu pun kerana melihat pakaian doktor yang dipakai oleh Rizal.
“Macamana Liya boleh ada dekat sini?’’ tanya Aliya perlahan.
“Liya pengsan. Mama dengan papa Liya ada dekat luar.’’ Kata Rizal lagi. Aliya mengeluh. Pengsan? Macamana boleh kena ni? Tak pernah-pernah dia pengsan sebelum ini. Kali terakhir pun masa darjah 5, itu pun kerana deman semasa menjalani kem di sekolah. Apa yang tidak kena dengan dirinya?

“Kalau abang tanya sesuatu Liya jangan marah ya?’’ kata-kata Rizal membuatkan Aliya bertambah binggung.
“Nak tanya apa?’’ balas Aliya. Rizal menarik nafas perlahan. dia mengambil tempat duduk di atas kerusi yang disediakan. Lama dia memandang Aliya.
“Liya mengandung anak siapa?’’ pertanyaan membuatkan Aliya terpana. Mengandung? Apa semua ni? Aliya bingkas bangun dari pembaringan.

“Apa yang abang merepek ni?!’’ tegas suara Aliya bersuara.
“Bawa bertenang Liya. Macam ni, abang dah check keadaan Liya. Scan juga telah menunjukan ada benih yang semakin bercambah dalam rahim Liya. kandungan yang berusia 3 minggu lebih. Just to be honestly Liya, who’s is he?’’ penerangan Rizal sebagai seorang doktor itu jelas membuat Aliya berasa semakin sebak. Dia mengandung? Ada benih yang sedang bercambah dalam rahimnya?

“No way! Itu semua tak mungkin!’’ jeritnya sekuat hati. Rizal cuba menenangkan Aliya yang sudah tidak dapat mengawal emosinya.
“Liya.. bawa bertenang. Perkara yang dah terlanjur,tidak dapat diundur lagi.’’ Pujuknya. Aliya memandang Rizal. Adakah Rizal berfikir kalau dia memang perempuan sekotor itu? Perempuan yang sanggup melakukan perkara terkutuk itu?
“Untuk pengetahuan abang, Liya tak buat perkara jijik itu! Liya terainaya’’ Aliya mahu memperbetulkan fikiran kotor Rizal tentang dirinya. Tapi dalam masa yang sama dia tidak sanggup juga untuk memberitahu Rizal kalau pelakunya adalah adiknya sendiri. Afiq Firdaus!

“Beritahu abang siapa dia?’’ sekali lagi soalan itu ditanya. Aliya terdiam seketika. Kenapa dia harus membuka rahsia ini kalau selama ini bukan main kemas dia menyimpannya. Dia sudah mahu melupakan peristiwa hitam itu. Patutkah Rizal tahu?
“Kalau Liya tak mahu jawab pertanyaan abang, abang akan beritahu mama Liya.’’ ugut Rizal. Dia juga yakin kalau sebenarnya Aliya pasti tidak akan melakukan perbuatan itu. Dia mengenali gadis itu sejak zaman kanak-kanak lagi. Dia tahu Aliya seoarang gadis yang baik.

“Liya nak gugurkan kandungan ni.’’ Putus Aliya. Terpaku Rizal mendengarnya.
“Apa yang Liya cakap ni? Liya tahu tak menggugurkan bayi itu berdosa?!’’
“Tapi Liya tak mahu bayi ni!’’ air mata Aliya mengalir ke pipi. Rizal melepaskan keluhan.

“Abang janji abang akan bantu Liya selesaikan masalah ni tapi dengan gugurkan kandungan itu bukan jalan penyelesaiannya.’’ Kata Rizal serius. Aliya memandangnya lama. Mencari keihlasan lelaki itu.
“Betul abang sanggup tolong Liya?’’ Aliya ingin memastikan.
“Kalau betul abang sanggup tolong Liya, abang tolong kahwin dengan Liya.’’ sambungnya lagi.

Rizal terpana. Kahwin?!

Melihat kebisuan Rizal membuatkan Aliya semakin tertekan.
“Abang tolonglah.. hanya itu yang Liya pinta. Liya janji tak akan minta apa-apa hak sebagai isteri. Selepas bayi ni lahir, abang boleh ceraikan Liya.’’ bersungguh-sungguh Aliya memohon. Rizal menggeleng lemah. Kahwin dan cerai? Itu bukan suatu yang boleh dibuat main. Islam sangat menggalakkan perkahwinan, tapi bukan untuk mengambil kesempatan. Apa yang Aliya pinta memang tidak masuk akal. Dia telah memilih calon isterinya. Dia telah melamar Anissa.

“Tak Liya. abang tak boleh nak kahwin dengan Liya.’’ ujar Rizal perlahan. kaku Aliya mendengar jawapan lelaki itu. Untuk seketika dia berasa malu. Malu pada dirinya yang kelihatan sangat hina di hadapan Rizal.

“Baiklah. Liya terima keputusan abang. Liya pun rasa sangat malu pada abang sebab cakap macam tu. Liya malu pada semua orang. Liya tak dapat nak pikul rasa malu ini seumur hidup Liya..’’ seraya itu juga Aliya mengambil pisau potong buah yang berada di atas meja. Lantas diacukan ke pergelangan tangannya. Rizal terkejut. Dengan pantasnya dia memegang tangan Aliya. “Lepaskan Liya! biarkan Liya mati. Liya malu bang! Liya tak sanggup nak hidup lagi.’’ Aliya meronta-ronta dari pegangan tangan Rizal yang kemas.

“Jangan jadi bodoh Liya!’’ bentak Rizal. Pisau itu akhirnya berjaya direbut dari tangan Aliya. “kenapa abang halang Liya? bukankah itu jalan terbaik? Liya tak akan memalukan mama, papa, semua orang,’’ Aliya menangis tersedu-sedan.
“Liya ingat dengan bunuh diri semua akan selesai? Liya tahu tak berdosa? Kalau Liya mati tadi, jasad Liya tak akan diterima di sisi Allah. Kenapa juga Liya nak malu? liya bukannya berzina, tapi Liya dirogol.’’ Jelas Rizal tenang.
“Dirogol? Abang ingat ada lagi ke orang nak percaya setelah sebulan mengandung baru nak cakap dirogol? Tak mungkin lah bang..’’ kata Aliya tegang.

“Sekarang ni cuba Liya cakap dengan abang, siapa ayah kepada bayi yang kandung ni?’’
‘’Liya.. Liya ..’’ Aliya tidak dapat memberitahunya. Mulutnya seakan terkunci untuk menyebut nama Afiq didepan abangnya.
“Tolong jangan cakap yang Liya cuba nak lindungi lelaki itu. Tolong cakap dengan jujur.’’ Kata Rizal lagi. Aliya memandang Rizal. Air matanya mengalir.
“Ayah kepada bayi dalam kandungan Liya sekarang ni adalah anak Afiq. Adik abang sendiri.’’ Kata-kata Aliya membuatkan Rizal terkesima. seakan mahu luruh jantung dia mendengarnya.
“Betul ke apa yang abang dengar tadi? Afiq yang..’’
“Ya! Afiq. Dia yang dah buat Liya macam ni.’’ Aliya berasa tegang. Rasanya kalau Afiq ada di sini, pasti dia akan menikam lelaki itu dengan pisau tadi.

“Abang tak sangka kalau Afiq sanggup buat Liya macam ni.’’ Dia bersuara perlahan sambil memandang lantai. Sungguh, dia begitu tidak sangka Afiq sanggup merosakkan kesunyian gadis ini. “ Liya jangan risau, abang akan minta dia untuk bertanggungjawab atas perbuatannya ni.’’ Beritahu Rizal dengan yakin. “Tak perlu! Liya tak mahu tanggungjawab lelaki macam dia. Tengok muka dia pun dah buat Liya trauma. Sampai bila pun, Liya tak akan terima dia.’’ Kata Aliya. Rizal seakan tidak percaya.
“Habis? Liya nak biarkan bayi tu lahir tanpa ayah? Begitu?’’

“kalau abang tak kahwin dengan Liya, Liya sumpah bang.. Liya bunuh diri.’’

Rizal diburu rasa bersalah. Bersalah diatas kelakuan Afiq terhadap Aliya. Tapi untuk menikahi Aliya, dia lebih rasa bersalah terhadap Anissa. Apa yang patut dia lakukan? Rizal semakin buntu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience