Chapter 19

Romance Completed 16004

BAB 19

ALIYA tersedar awal pagi itu. Dia melihat Rizal yang masih terlena disisinya. Dia tersenyum. Biarpun tiada apa-apa yang berlaku semalam, ini adalah satu permulaan hubungan yang baik. Mereka sudah tidak tidur berasingan. Daliya mengusap perutnya yang semakin membesar. Kandungan yang sudah mencecah 5 bulan. Tidak lama lagi dia akan bergelar seorang ibu. Aliya tersenyum lalu mengusap bahu suaminya disisi.
“Abang..’’ dia mengejutkan Rizal dari tidur. Rizal memang mudah dikejutkan. Dia mengenyeh matanya dan tersenyum. Seperti tahu akan niat Aliya mengejutkan dia bangun dari tidur untuk menunaikan solat subuh berjemaah seperti biasanya.

Usai itu, Rizal mengajak Aliya untuk turun bersarapan bersama keluarganya. Aliya menolak lembut ajakan suami. Bukan dia tidak sudi, tapi dia tidak mahu mengeruhkan keadaan keluarga ini sekira melihat dia di meja makan. Dia tahu Datuk Inrdra dan Datin Rohana masih tidak dapat menerima keadaan dirinya yang telah hamil diluar nikah.
“Liya, kita kena perbaiki keadaan kita ni. Tak mungkin untuk selamanya mama dan papa tak sudi menerima kehadiran bayi Liya yang kenyataannya cucu kandung mereka. Darah daging mereka. Jom, kita turun sama-sama.’’ Pujuk Rizal lagi. Aliya tewas dengan pujukan suami. Akhirnya mengganguk perlahan. langkahnya diatur seiring dengan Rizal ke ruang makan. Datuk Indra nampaknya sudah semakin sembuh apabila telah siap berpakaian pejabat. Melihat kedua insan itu membuatkan langkah Aliya semakin lemah. Seakan mengerti situasi Aliya, Rizal pantas meraih tangan itu dan mengengamnya kemas.
“Releks.. semuanya akan okey.’’ Bisik si suami perlahan sebelum mereka tiba di meja makan. Aliya mengganguk perlahan.

Tiba saja langkah kakinya di situ, Datin Rohana sudah menjeling tajam. Datuk Indra pula telah siap mengelap mulutnya.
“Saya dah siap bersarapan.’’ Katanya kepada Datin Rohana.
“Awak baru aje makan dua mulut,’’ balas Datin Rohana pula. Datuk Indra mengerling ke arah Aliya. “Entah, rasa tak berselera tiba-tiba.’’ Ujar Datuk Indra dengan sinis. Sebak sungguh perasaan Aliya tatkala itu hanya Tuhan yang tahu pedihnya. Datuk Indra bingkas bangun dari situ dan datin Rohana membuntutinya.
“Aliya tunggu sini, biar abang cakap dengan mereka, ya?’’ pujuk Rizal tapi pantas Aliya menggeleng dan menarik tangannya.
“It’s okey abang. Liya faham. Abang makan dulu, nanti lewat pula nak pergi kerja.’’ Aliya mengawal perasaan sebaknya dan cuba menyakinkan Rizal dengan mempamerkan senyuman. Lelaki itu memandang Aliya dengan lama. Dia dapat melihat kesayuan si isteri dengan sikap mama dan papanya. Dia duduk semula di situ.
“Abang janji akan selesaikan masalah ini secepat mungkin.’’ Kata Rizal lagi. Aliya hanya mengganguk lemah lantas menuangkan teh hangat itu ke dalam cawan. Perasaan tenang dipamerkan walau pada hakikatnya perasaannya sungguh sebak dan kecewa.

Dia menyalami tangan Rizal yang sudah mahu berangkat ke tempat kerjanya. Jiwanya mulai gundah gulana sebaik sahaja ditinggalkan sendirian. Dalam keadaan seperti ini dia hanya mampu berharap kalau Rizal akan sentiasa ada tapi itu tidak mungkin berlaku kerana dia sendiri tahu kesibukan si suami sebagai doktor pakar itu. Aliya mengeluh lemah. Baru saja dia mahu melangkah ke bilik semula, dia terserempak dengan Afiq sewaktu di anak tangga. Lelaki itu mempamerkan senyuman manisnya. Sungguh Aliya benci melihat wajah itu.
“Sini I tolong you.’’ Afiq bertndak untuk membantu Aliya naik dengan keadaannya yang tengah sarat itu. Pantas saja tangan Aliya menepisnya.
“Don’t dare you touch me!’’ marah Aliya.

“Hey, aku dah sentuh kau lebih dari ini lah! tak payah nak tunjuk baik sangat.’’ Kata Afiq dengan selambanya. Kata-kata itu sungguh pedih rasanya bagaikan menusuk terus ke hati. Laju saja air matanya mengalir ke pipi.
“I sorry Liya.’’ kata Afiq yang kelihatan panik melihat air mata gadis yang dicintainya itu. Aliya menjeling tajam. Atas apa yang dia lakukan pada aku, dengan begitu mudah dia mengucapkan kata maaf itu? Getus Aliya terus melangkah naik tanpa menghiraukan Afiq lagi. Hatinya benar-benar terguris dengan semua orang dalam rumah ini. segalanya seakan mahu menghukum dirinya. Ya Allah, apa salah aku? Desis Aliya yang sudah menangis tersedu sedan dalam biliknya.

Seharian hari itu, Aliya hanya menyepikan diri di dalam bilik. layanan keluarga Rizal terhadap dirinya terasa sungguh menyakitkan. Andai dia mampu menjelaskan segalanya dari awal, mungkin semua ini tidak akan terjadi. Tapi kenyataannya benih ini semakin bercambah dalam rahimnya. Segalanya telah merumitkan keadaan apabila segalanya disembunyikan. Keluarga Rizal turut menyalahkan keluarganya sedangkan segala yang berpunca ini bermula daripada anak mereka sendiri. Ya Allah, sampai bila aku harus menanggung semua pencacian mereka? Aliya mengusap perutnya perlahan. pintu bilik itu dibuka dari luar sekaligus mengejutkan Aliya. Air mata yang mengalir itu disapu dengan tangan. Tapi Rizal lebih peka dari segalanya. Mata Aliya jelas menunjukkan kalau seharian hari ini isterinya hanya mampu menangis.
“Are you okey?’’ Rizal cuba menyelami hati wanita itu tapi Aliya hanya menggeleng kepalanya sambil tersenyum. Walaupun Rizal tahu perasaan si isteri disebalik senyuman itu.

“I’m okey. Abang nampak penat sangat. Banyak pesakit?’’ Aliya merungkaikan tali leher suaminya yang nampak sungguh merimaskan. Rizal masih menatap mata Aliya sehinggalah Aliya selesai menarik keluar tali lehernya. Tangan Aliya dipegang.
“Abang tahu Liya tak okey. Ini pasal mama dan papa ke?’’ Rizal menyoal serius. Aliya mengalihkan pandangan ke bawah.
“I’m sorry..’’ keluh Rizal sebaik dapat mengangak apa yang bermain pada hati wanita itu disebalik kebisuannya. Aliya mengangkat wajah.

“Ini bukannya salah abang. Memang Liya ni patut dibenci, Liya rasa macam dah tak sanggup nak tinggal dekat sini..’’ ujar Aliya pula. Rizal menggeleng kepalanya. Tangannya menyentuh kedua-dua belah pipi Aliya.
“Semua ini bukannya berpunca dari Liya. tolong jangan nak salahkan diri Liya di atas segalanya. Mama dan papa tak patut layan Liya seolah-olah semua ini Liya yang mahu. Abang faham bagaimana perasaan Liya, tapi abang minta Liya bersabar. Abang akan berusaha perbaiki hubungan kita dengan mama dan papa. Untuk kita berpindah, segalanya hanya boleh mengeruhkan keadaan. Jadi, abang minta Liya bersabar untuk tetap tinggal di sini.’’ Pujuk Rizal dengan mendatar. Aliya hanya mengganguk mengiakan.

“Baby macamana? Ada meragam tak?’’ Rizal menyentuh lembut perut Aliya membuatkan Aliya sungguh tersentuh hati. seolah-olah bayi ini anak dia dan Rizal. Andai itulah kenyataannya.. tapi kenyataan yang nyata, anak ini adalah anak Afiq.
“Liya?’’ panggilan Rizal membuatkan Aliya tersedar. Dia menguntumkan senyuman.
“Dia kecil lagi bang, masih tak pandai yang meragam.’’ Balas Aliya membuatkan Rizal tersenyum. “Abang tau, saja je nak sentuh Aliya.’’ Jawapan yang keluar dari mulut Rizal membuatkan Aliya tercenggang. Rizal tersenyum nipis sebelum melangkah ke bilik air. Sebaik saja tubuh Rizal lenyap pada pandangan, Aliya bagaikan tersedar. Dia menoleh ke pintu bilik air yang sudah tertutup rapat. Adakah dia sedang belajar untuk menyintai aku? desis hati Aliya. Bibirnya melakar senyuman sebelum meninggalkan ruang bilik itu.

Setibanya di ruang dapur, dia membuatkan secawan nescafe panas buat suaminya. Mengingatkan detik-detik yang berlaku sebentar tadi membuatkan bibirnya tidak lekang daripada menguntumkan senyuman.
“Bahagia nampak..’’ teguran itu mematikan senyuman Aliya sekaligus membuatkan dia melihat dari mana arah suara itu bertandang. Afiq! Aliya mengacau sebati minuman itu sebelum langkah kakinya mahu melangkah pergi. Tapi Afiq menghalang pergerakannya. Aliya tersekat.
“Tolonglah Fiq, I tak nak cari gaduh dengan you.’’ Aliya bersuara tegas.
“I pun. I sayang you, tak mungkin I nak cari gaduh dengan you.’’ Balas Afiq selamba. Aliya mendengus kecil. Sayang konon! Menjatuhkan maruah aku depan keluarga dia, menghancurkan kehidupan aku, itu yang dinamakan sayang? Getus Aliya dalam hatinya.

“Tak payahlah you nak sayang orang yang telah sah jadi isteri orang. kasih sayang suami I dah lebih dari cukup, dan I tak perlukan kasih sayang dari orang yang macam you. So, please.. jangan halang laluan I.’’ pinta Aliya. Afiq terkedu mendengar patah perkataan yang diucapkan oleh Aliya. Rasa bertambah-tambah bengang mendengar perkataan ‘isteri orang’ yang diucapkan. Aliya mahu menolak tubuh Afiq yang masih menghalangnya untuk melangkah tapi secara tidak sengaja air nescafe panas itu tertumpah pada lengan lelaki itu.
“Ouchh!’’ Afiq berkerut menahan rasa pedih. Aliya turut terkejut melihat tangan lelaki itu yang nampak melecur akibat terkena minuman panas itu. Dengan pantas dia menarik lengan Afiq ke paip air di sinki. Afiq tersenyum sinis melihat wajah cemas Aliya ketika itu apatah lagi tangan Aliya masih memegang kemas tanganya.
“Itulah, lain kali jangan nak menggangu orang.’’ bebel Aliya. Afiq tetap membisu. Dia masih mengamati wajah Aliya dari posisi mereka yang sungguh dekat. Entah bagaimana tapi tangannya sudah mengusap pipi Aliya.
“I love you sayang…’’ bisikan Afiq menyapa telinga. Aliya terus melepaskan tangan Afiq. Dia membuka peti ais, mengambil beberapa kiub ais dan diletakan ke dalam bekas. Sehelai kain bersih diambil dan diberikan kepada Afiq.

“Buat sendiri.’’ Arah Aliya. Afiq masih tersenyum melihatnya. Sungguh membuatkan Aliya berasa meluat. Belum sempat dia melangkah, dia terdengar Afiq terjerit kecil. Dia menoleh.
“Please Liya..’’ Afiq membuat memek muka kesian sambil menghulurkan kain bersih itu kepada Aliya. Rasa seperti hendak biarkan saja, tapi kesian pula. Aliya mencemuh geram. Akhirnya kain dan bekas kiub itu beralih ke tangannya.

“I minta maaf. I sedar I tak sepatutnya cakap macam tu dengan you tadi.’’ Ujar Afiq lagi. Aliya hanya diam. kerana bukan sehari dua dia mengenali lelaki ini. sudah lebih dari kenal. Dia sudah dapat membaca apa yang bermain di fikiran Afiq.
“Liya.. I serius. I nak minta maaf,’’ pujuk Afiq lagi.
“Cakap saja tak guna Fiq kalau tak sama dengan perbuatan you.’’ Balas Aliya. Afiq terdiam. Dia mahu memiliki Aliya semula. Mahu memiliki hati gadis itu.
“I tahu I dah banyak buat salah. I nak perbaiki kesalahan I. tolong bagi I peluang Liya.’’ kata Afiq penuh bersungguh. Aliya berhenti menuamkan ais itu. Dia bingkas bangun dari tempat duduknya.
“Kalau betul you nak perbaiki kesalahan you, tolong terima kenyatan I sebagai isteri abang you dan tolong berbaik-baik semula hubungan you dengan abang Rizal. Hanya itu saja yang mampu memperbaiki hubungan kita.’’ Ucap Aliya dengan teratur. Dia melangkah keluar dari situ.

Afiq menggeleng kepalanya. ‘terima dia sebagai isteri Rizal? Tak mungkin… berbaik-baik dengan Rizal? Huh, itu pun tak mungkin kecuali kalau Rizal sanggup lepaskan Liya untuk aku.’ guman Afiq dalam hatinya. Tangannya nampak masih memerah tapi sudah sedikit kurang sakitnya. Memikirkan kata-kata Aliya tadi membuatkan dia mahu merancang sesuatu. Afiq tersenyum sinis.

Rizal agak terkejut sewaktu makan malam itu Afiq memohon maaf di atas segalanya bahkan dia mengakui segalanya berpunca dari dirinya di depan mama dan papanya. Jelas turut mengejutkan kedua orang tuanya. Papa hanya mendiamkan diri, tapi mamanya hanya menjeling tajam ke arah Aliya seolah-olah masih tidak puas hati.
“Sudahlah Fiq, jangan ingat lepas kamu ceritakan semua ni mama akan terima dia. bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Jadi, faktanya kamu tak bertepuk sebelah tangan. Tak begitu Aliya?’’ kata Datin Rohana sungguh memedihkan hati.
“Enough lah, ma. Kan Afiq dah bagitahu semuanya berpunca dari dia. kenapa mama masih nak salahkan Aliya?’’ Rizal membela Aliya kerana dia tahu perasaan Aliya sekarang begitu sukar menerima dirinya dipersalahkan atas kesalahan orang lain. Datin Rohana mendengus.

“Betul cakap abang tu ma. Semua ni salah Fiq.. kalau Fiq tak mulakan, semua tak akan terjadi.’’ Tambah Afiq pula. Datin Rohana tidak menjawab apa kali ini. Datuk Indra pun lebih suka menyepikan diri. Afiq tersenyum puas. Dia berharap rancangannya kali ini berjaya.

“Afiq tahu tak mudah abang nak terima Aliya sebelum ini, tapi Afiq harap abang boleh bahagiakan dia.’’ ucap Afiq lagi. Rizal memandang wajah Aliya yang turut membisu di meja makan. “Sudahlah Fiq, benda yang lepas tu tak usahlah dikenangkan. Abang dah maafkan Afiq.’’ Balas Rizal akhirnya. Pandangan Afiq beralih kepada Aliya pula.

“Liya, I betul-betul minta maaf.’’ Ujarnya lagi. Aliya memandang wajah Afiq bersilih ganti dengan wajah suaminya. Sungguh berat untuk dia melupakan kesalahan Afiq terhadapnya tapi tidak mungkin juga untuk dia terus-terusan membenci kerana Rizal pasti kecewa dengan sikap seperti itu. Aliya akhirnya mengganguk perlahan. Senyuman tawar itu dipamerkan.

‘Yes!’ Afiq menjerit kecil dalam hatinya. Kepuasan dapat memanipulasikan keadaan ini sekaligus dapat memujuk hati wanita kesayangannya semula. Afiq tekad untuk mendapatkan Aliya semula walau dengan penuh kepalsuan yang bakal diciptakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience