BAB 21

Romance Completed 67032

Fatia melangkah masuk ke perpustakaan. Shima sudah menunggu dia di 'port' rasmi mereka di situ.

Telefonnya bergegar menandakan ada mesej masuk. Mungkin Ian yang mesej kerana lelaki itu berjanji ingin memberitahunya jika sudah sampai. Sebentar tadi Ian bertolak ke Melaka kerana ada seminar selama 3 hari di sana.
Dan selama tiga Shima akan menemaninya di rumah.

~ it been a while Fatia and i comeback to get what is mine. Its you Fatia Iman!! ~

Langkah Fatia terhenti. Bulat matanya membaca mesej tersebut. Setelah sekian lama di tidak diganggu sekarang lelaki psiko itu muncul semula. Setiap kali mesej seperti itu sampai automatik Fatia blok nombor tersebut dan sekarang dia muncul lagi.
Laju Fatia menghampiri Shima.

" kau okay ke ni? Kenapa pucat je muka tu" bisik Shima.
Fatia menunjukkan mesej itu kepada Shima. Terbeliak mata kawannya itu.

"Tia, kau kena beritahu Dr Ian! Lelaki psiko ni dah datang balik" ujar Shima.

" tapi abang Ian kan pergi melaka, aku taknak sebab aku dia tinggalkan seminar tu" balas Fatia.

" Habis tu macam mana?" soal Shima.

" aku tak tahu Ima, aku taknak family aku tahu. Kan tak pasal-pasal ayah aku tak bagi datang kelas." ujar Fatia.

" cuba kau mintak tolong Abang Khai. Bukan ko cakap dia kerja area sini ke?" ujar Shima.

" aku taknak susahkan dia. Dia pun busy dengan kerja dia" ujar Fatia. Sudah lama dia tak mendengar khabar abang sepupunya itu.

" atleast sepanjang Dr Ian takde ni kau boleh harapkan dia. Mesti dia faham masalah kau. Jangan risau, aku sentiasa ada dengan kau. Kita sama-sama jumpa abang Khai" cadang Shima.

Fatia mengeluh lemah.

Petang itu mereka berjumpa dengan Khairul. Setelah mendengar cerita Fatia, Khairul mengeluh.

" Tia tak buat report polis ke?"

Fatia menggeleng kepala.

" Ian tahu tak pasal ni?" soal Khairul lagi.

Fatia mengangguk pula.

" habis tu, takkan Ian tak buat report? Tadi Tia cakap Tia dah diganggu sebelum kahwin lagi. Dan sekarang Tia dah lama kahwin kan, almost 5 months tapi lelaki tu still kacau Tia" ujar Khairul.

Ada benarnya, selepas kejadian dapat bunga dua bulan lepas memang dia tak pernah diganggu dan Ian sendiri ada memberitahu bahawa dia akan menyelesaikan hal itu. Sejak itu Fatia tidak bertanya apa pun.

" Jom abang teman Tia buat report" ajak Khairul. Shima disebelah Fatia juga setuju dengan cadangan Khairul.

" tapi Tia takde bukti. Masa rumah sewa kena pecah masuk pun polis tak dapat bukti apa-apa. Tia cuma nak abang Khai teman kami sepanjang abang Ian takde. Teman kami sampai rumah. Boleh tak?" pinta Tia.

" itu abang boleh tolong tapi bahaya kalau malam-malam. Abang tak boleh nak teman Tia dan Shima dekat rumah, nanti tak manis jiran tengok. Tia taknak balik umah ayah long ke? " ujar Khairul.

" takpe, malam-malam kitaorang akan kunci pintu. Abang Khai jangan risau. Tia taknak umi dan ayah tahu. Nanti mereka risau. Abang Khai jangan beritahu umi dan ayah yer.. Abang Fahim pun jangan. Nanti diorang risau" ujar Fatia.

"hurmm yela, bila Ian balik?" soal Khairul sambil menghirup kopinya.

" lusa petang." balas Fatia.

" takpelah, petang ni sampai lusa abang teman korang balik ke rumah. Lagipun abang cuti seminggu, nak uruskan hal mak ayah pergi umrah." ujar Khairul.

" Terima kasih abang Khai. " ujar Fatia dan Shima.

" Tia dan Shima dah macam adik abang, selagi termampu abang akan tolong" ujar Khairul tersenyum.

Petang itu mereka berdua pulang ke rumah sambil kereta Khairul mengikut mereka dari belakang. Saat sampai ke depan rumah Khairul terus meninggalkan mereka.

"Nasib baik kita beritahu abang Khai. Atleast takde la takut sangat kita balik rumah." ujar Shima sambil melabuhkan punggungnya ke sofa di sebelah Fatia.

" Thanks Ima, kau banyak tolong dan jaga aku" ujar Fatia.

" kita kan kembar." usik Shima mengundang tawa Fatia.
Telefon Fatia berbunyi dan saat melihat nama pemanggil dia tersengih.

" cik abang sayang la tu" usik Shima melihat senyuman Fatia.
Fatia terus menjawab panggilan tersebut dan terus ke biliknya.

"assalamualaikum abang..."

" waalaikumusalam sayang, miss u so much!" ujar Ian Shah romantik.

" Tia pun rindukan abang. Abang dah makan?"

" Dah. How's your day? Banyak kelas ke hari ni?" soal Ian prihatin.

" okay je, hari ni ada 3 kelas je" ujar Fatia.

" ooo sayang jangan nakal dekat kampus, abang takde ni jangan nak terima bunga dari sesiapa pulak" Ian memberi amaran mengundang tawa Fatia.

" mana ada la abang..."

" abang... Tia nak cakap something" ujar Fatia.

"apa dia sayang.." haih romantik pula suara Mr diktator ni.

" sebenarnya..."

" sayang kejap, ada incoming call dari ketua fasilitator. Mungkin ada hal penting. Nanti abang call sayang semula yer" ujar Ian.

" okay la abang. Bye assalamualaikum" ujar Fatia lalu menamatkan panggilan.
Fatia mengeluh perlahan. Baru dia ingin memberitahu Ian tentang mesej yang diterima. Kesibukkan lelaki itu membuatkan dia membatalkan niatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience