Akhirnya cuti mid sem telah pun habis.
( writer dah amend balik bab 12, dari cuti semester ke mid sem break)
Pagi itu ketika Fatia bersiap hendak ke kelas, Ian keluar dari bilik wardrobe sambil memutang cliff di tangannya. Fatia melirik matanya melihat penampilan suaminya itu. Lelaki itu mengenakan kemeja yang betul-betul mengikut ukuran badannya yang tak terlalu ketat dan tak terlalu longgar. Kemeja plain berwarna ungu lembut itu sangat sepadan dengannya. Di lehernya terkalung tali leher yang masih belum diikat.
"Tia pandai ikat tali leher? " soal Ian sambil menbetulkan rambutnya.
Tanpa sepatah kata, Fatia mendekati Ian dan dengan pantas dia mencapai tali leher tersebut. Dengan tekun dia mengikatnya. Dengan jarak yang dekat itu Ian meneliti wajah bersih isterinya. Dagu Fatia yang terbelah sikit menarik perhatiannya. Cantik!
" Mata Tia memang warna kelabu sikit ke?" soal Ian spontan. Selesai mengemaskan ikatan tali leher Fatia membalas.
" aah, tu pun kalau tengok betul-betul dekat. Umi cakap ikut mata arwah nenek belah ayah. Dalam ramai-ramai anak cucu, Tia yang bertuah dapat mewarisinya. Okay dah siap" ujar Fatia sambil mengosok dada Ian sedikit, membetulkan kemeja lelaki itu. Kacak macam biasa! Desis hatinya sedang nakal.
Saat ingin menjauhi Ian, tak semena- mena Ian memaut pinggang Fatia merapatinya. Dia menghadiahkan kucupan di dahi Fatia.
" thanks, cantik ikatan Tia. Kemas dari abang ikat" puji Ian. Lalu keluar dari bilik. Entah kenapa dia dengan spontannya melakukan aksi itu. Dalam diam Ian gembira dapat mengucup dahi isterinya.
Fatia terkaku dengan aksi Ian. Dia dapat rasakan degupan jantung yang sangat kuat ketika ini. Seminit dia cuba menenangkan debaran di dada lalu dia pun keluar dari bilik.
Saat mereka di depan pintu,
" Tia nak pergi dengan abang tak?" soal Ian.
" Tia drive sendiri boleh? Nanti kalau orang tengok macam mana?" soal Fatia kembali.
" siapa je nak tengok"
" eh! Abang tu Dr hot and spicy dekat kampus tu. Nampak kereta abang pun mesti mata diorang akan pandang tak lepas. Taknak la nanti ada musuh dari peminat fanatik abang tu. Tia drive sendiri ek" pinta Fatia lagi.
Ian tergelak. Dia tahu tentang gelaran itu dan dia tak mengambil kesah.
" yela, tapi nanti abang follow dari belakang."
" yela.. Suka hati abang la. Jom la, dah lewat ni. Kejap lagi ada kelas dengan lecturer kerek. Dah la kerek, diktator pulak tu" ujar Fatia lalu laju masuk ke dalam keretanya.
" Fatia!!" jerit Ian Shah. Fatia di dalam kereta sudah ketawa mengekek.
'tiga suku punya bini, dia kutuk aku depan-depan ' dengus Ian namun selepas itu bibirnya mengukir senyuman. Senyuman jatuh cinta ke Ian??
Sampai di kampus, masing-masing membuat riak biasa. Seperti tiada apa-apa antara mereka.
Dari kejauhan Shima menghampiri Fatia. Semenjak Fatia kahwin dan menetap dengan Ian, Shima sudah menyewa bersama dengan rakannya yang lain.
" Tia!!" sergah Shima.
"Ima!! Rindunya aku dekat kau.." ujar Fatia memeluk Shima.
" aku pun rindu kau. Kau datang dengan Dr Ian ke?" bisik Shima.
" taklah, aku drive sendiri. Gila kau datang sekali. Mahu kecoh kampus ni dengan gosip aku nanti." ujar Fatia.
"ye tak ye jugak tapi aku pelik la, kenapa kau nak rahsiakan perkahwinan kau?" soal Shima lagi.
" aku belum bersedia lagi la. Lagipun malu la aku kalau orang tahu aku kahwin dengan pensyarah sendiri" balas Fatia lagi.
" so macam mana progress kau dengan Dr Ian? Dia sweet tak?" korek Shima.
" so far aku dah boleh terima dia, cuma dalam erti sebenar suami isteri tu belum lagi. Tapi aku selesa dengan dia. Kami pun makin rapat dan beri peluang dekat masing- masing untuk terima each other. Nak kata sweet tu tak juga tapi adalah. Mana boleh bagitau kau" ujar Fatia.
"Eleh... Aku tau Dr Ian tu mesti romantik dengan kau. Malu-malu konon." usik Shima.
"dahla.. Jom masuk kelas" ujar Fatia lalu menarik Shima.
Mereka masuk ke dalam dewan kuliah. Ada lagi 15 minit sebelum kelas mula. Mereka berdua mengambil tempat. Dan tiba- tiba salah seorang kawan sekelas mereka memanggil Shima.
" eh! Aku nak pergi tandas kejap." ujar Fatia.
Shima mengangguk dari jauh. Fatia keluar dan saat menghampiri selekoh ke tandas dia dapat melihat Kimi bersama seseorang. Pada mulanya dia ingin mengendahkan namun Kimi ternampak Fatia terus meluru ke arahnya.
" Tia... " Fatia buat tak dengar, Kimi mengekor langkah Fatia.
Merasa tak sedap hati melihat keadaan yang tiada orang, Fatia berpatah balik ke kelas.
" Tia! Sampai hati awak tak pedulikan saya!" luah Kimi.
" apa masalah awak ni Kimi!" balas Fatia.
" awak ada apa-apa hubungan dengan Dr Ian ke?" soal Kimi.
" apa awak mengarut ni??" marah Fatia.
" saya nampak awak keluar dengan Dr Ian! Tia, takkan awak bercinta dengan Dr Ian? Dia tak sesuai dengan awak.!!" bidas Kimi lagi.
" awak siapa nak tentukan hidup saya. Saya dan Dr Ian masing-masing ada kehidupan sendiri. Awak tak payah masuk campur! Mungki awak salah tengok hari tu" ujar Fatia lalu ingin melangkah.
Kimi terus menyambar lengan Fatia.
" apa awak buat ni Kimi!" jerit Fatia geram.
" Tia, saya cintakan awak" ujar Kimi. Matanya bergerak meneroka wajah Fatia.
"excuse me!"
Mereka berpaling ke arah suara tersebut.
" apa yang you guys buat dekat luar? Class dah nak start ni! Nak berdrama apa lagi kali ni?" soal Ian Shah.
Serta merta Fatia menarik lengannya dengan kasar lalu berjalan laju masuk ke kelas tanpa mempedulikan soalan Ian Shah.
Mata Ian tajam merenung Kimi yang juga mengekori langkah Fatia.
Selesai kelas, masing-masing tengah memgemas buku masing- masing Shima menegur.
" apasal aku tengok kau bad mood, Dr Ian pun boleh tahan tahap singa pagi ni. Semua kena sembur. Ada kes ke?" soal Shima.
" Takde pape lah!" dengus Fatia.
" jangan tipu aku! Baik kau cakap! Kan aku block nombor kau baru tahu!" ugut Shima.
" tu! Si bagidol Kimi tu kacau aku dekat depan kelas tadi. Lepas tu Dr Ian nampak Kimi pegang lengan aku" ujar Fatia.
" hurmm... Dr Ian cemburu la tu. Tapi apa masalah Kimi tu. Baik kau bagitau je dia yang kau dah kahwin. Mesti dia tak kacau kau dah lepas ni" cadang Shima.
" memang tak la, tadi pun dia dah tanya sebab dia pernah nampak aku keluar dengan Dr Ian" balas Fatia.
Shima membulatkan matanya.
" macam mana dia nampak?"
Fatia hanya menjungkit bahunya.
" eh! Ni lupa pulak, tadi aku balik tempat kita ada bunga ni atas beg kau. Aku nak bagi tadi tapi Dr Ian dah masuk. Mesti dia yang bagi dekat kau kan" ujar Shima sambil menghulurkan sejambak bunga rose merah sambil tersengih.
Fatia mengerutkan dahinya lalu menyambut jambangan bunga itu. Saat ingin membaca kad dia mendengar suara Ian Shah.
" Fatia Iman! Ikut saya ke office" ujar Ian Shah. Mata tajam itu merenungnya. Beku.
Dah datang dah perangai diktator dia, desis Fatia.
" aku pergi dulu, diktator terhormat dah panggil" ujar Fatia lalu meninggalkan Shima.
Saat melangkah ke pejabat Ian Shah, lelaki itu menutup pintu lalu mengunci pintu itu. Fatia duduk di kerusi, bunga serta buku di letak di atas meja kerja lelaki itu.
Ian Shah menghampiri Fatia lalu duduk di kerusi sebelahnya. Mata helangnya tak lepas memandang Fatia.
" kenapa Dr panggil saya?" soal Fatia.
Tiba-tiba satu ciuman hinggap di pipinya.
" apa ni cium Tia! Kalau orang masuk macam mana!" marah Fatia sambil menekup pipi kirinya.
" siapa suruh panggil macam tu! Abang dah kunci pintu. Takde siapa boleh masuk melainkan dia robohkan pintu tu" balas Ian Shah selamba.
Sebenarnya hatinya panas menyaksikan kejadian Kimi memegang lengan Fatia dan ditambah lagi dengan jambangan bunga yang Fatia bawa. Hatinya dicuit cemburu. Ian tak pasti kenapa hatinya sakit.
" kata dekat kelas dan kampus boleh panggil macam tu! Ni lain pulak!" bebel Fatia.
" kalau tempat awam. Kalau kita berdua je tak payah la. Tu pun nak kena ajar" bidas Ian Shah.
" siapa yang bagi ni? Kimi ke?" soal Ian sambil mata melirik ke jambangan bunga rose itu.
" entah, tak sempat tengok kad tu lagi. Shima yang bagi lepas kelas tadi. Dia cakap tiba-tiba ada atas meja Tia" balas Fatia.
Ian pantas mengambil kad yang terselit disitu. Dia membuka lipatan kad itu.
~ you always be mine Fatia~
Bulat matanya saat membaca ayat yang tertulis. Fatia mengambil kad itu lalu membaca. Terketar tangannya.
" Siapa yang hantar? Kenapa dia tulis macam ni??" soal Fatia. Matanya mula bergenang. Ketakutan mula menyelubungi dirinya.
Ian mula mengenggam tangannya.
" Tia pernah dapat bunga macam ni ke sebelum ni?" soal Ian Shah lagi.
" sebelum kahwin pernah tapi semua ada nama pengirim. Cuma sekali je dapat yang takde nama. Lepas kahwin. Ini kali pertama cuma..."
" cuma apa?" soal Ian Shah.
" masa kita dekat kampung Tia pernah dapat mesej dari nombor asing" luah Fatia. Rasanya dia perlu beritahu Ian sekarang. Dia mengambil telefon di dalam begnya lalu menunjukkan mesej itu kepada Ian.
Ian membaca mesej itu dengan dahi berkerut.
" Tia tak beritahu abang pun tentang ni!" ujar Ian dengan nada naik satu oktaf.
Fatia tersentak. Terus jatuh air matanya. Ian yang serba salah terus memeluk Fatia.
" i'm sorry. Abang tak maksud nak marah Tia tapi kenapa nak sorokkan benda ni daripada abang? Ini tentang keselamatan Tia. Abang rasa ada orang psiko nakkan Tia berdasarkan kejadian yang menimpa Tia." ujar Ian.
Fatia merungkai pelukan itu.
" i'm sorry... " ujarnya menundukkan kepalanya.
" dont be sayang... You are my priority. Please anything just tell me" pujuk Ian sambil menyapu air mata di pipi Fatia dengan jarinya.
Fatia terkedu dan terharu saat Ian memanggilnya sayang. Pipinya merona merah. Adakah umur perkahwinan mereka yang baru masuk sebulan lebih itu telah membibitkan cinta di hati mereka.
Ian tersenyum melihat pipi isterinya bertukar merah, kalau dah putih melepak, memang nampak sangat la.
" Dah, jangan nangis nanti keluar dengan mata sembab lecturer lain ingat abang dera student pulak" seloroh Ian. Fatia tersenyum.
" Tia ada kelas lagi tak lepas ni?" soal Ian lagi. Jambangan bunga itu dia ambil lalu mencampakkan ke dalam tong sampah kecil. Fatia yang melihat perbuatan Ian pun tak kata apa. Dia pun tak hingin nak ambil bunga dari psiko tu.
" pukul 2 petang nanti" balas Fatia.
" Tia duduk sini jela. Kejap lagi abang ada meeting lepas tu abang takde kelas until lunch. Nanti kita lunch sekali. Ajak Shima sekali" ujar Ian sambil mengambil buku catatannya.
" tunggu sini. Jangan pergi mana-mana. Nanti tak pasal-pasal kena kacau dengan Kimi" ujar Ian lalu meninggalkan Fatia di dalam pejabatnya.
Fatia memegang dadanya. Ada debaran halus, dengan keprihatinan Ian Shah terhadapnya membuatkan dia terusik. Senyuman manis tak dapat ditahannya. Hatinya berbunga bahagia.
Sementara di luar office, Ian mendial nombor seseorang.
" Hello Fahim...." ujar Ian sambil jalan menjauh. Butir bicara kelihatan sangat serius.
Share this novel