BAB 7

Romance Completed 67032

Dia mengetuk pintu bilik itu. Selepas mendengar suara memberi kebenaran. Dia melangkah masuk.

" Duduk" suara itu memberi arahan.
Fatia duduk didepan lelaki itu. Tak pernah tak heloks. Dengan baju kemeja berwarna biru gelap, lengan baju pula di lipat hingga ke bawah siku menampakkan kontra warna baju dan kulitnya yang kuning langsat. Tangan pula berurat. Saja la tu nak menunjuk. Cermin mata yang tersangkut di hidung tak mencacatkan langsung kekacakkan dia.

"saya ada seminar di Cherating hujung minggu ni dan untuk kelas kamu, saya harus bawa 2 orang pelajar. Saya dah pilih awak dan Shima pergi bersama saya. Hari Sabtu nanti saya akan pick up you guys dekat rumah. Nannti send me your house's location. " ujar Ian Shah yang serius memecahkan renungan matanya ke arah lelaki itu.

Fatia terkebil-kebil. Otaknya cuba menyerap segala maklumat yang disampaikan. Tula ralit lagi duk mengusha lecturer sendiri.

" kalau saya nak tarik diri boleh tak Dr? " balas Fatia.

" why? Any strong excuse? "

" ermmm.... "

" if No, keputusan saya tetap sama. You and Shima need to follow me to Cherating." tegas Ian Shah.

" tapi..."

"what Fatia Iman..." balas Ian Shah bosan.

"U tak rasa ini peluang yang bagus untuk you guys menimba lebih ilmu, rebut la selagi boleh Fatia. Saya bukan nak dera kamu pun. Nak bagi ilmu lagi. Kamu bertuah tahu tak, by attend this seminar you will get 10 percent marks" ujar Ian Shah lagi.

Wow 10 markah. Pergi dengar ceramah je.

"Baiklah. Nanti saya beritahu Shima" akur Fatia.

"Good! “

" ada apa-apa lagi tak Dr? " soal Fatia. Soalan yang selalu dia ajukan saat dia sudah tak betah duduk di bilik itu.

" that all. See you in class later" balas Ian Shah lalu memfokuskan mata ke laptopnya.

"Assalamualaikum..." Fatia terus meninggalkan bilik itu.

Dia terus memberitahu Shima akan program tu. Rosak rancangannya dengan Shima untuk join abang Khairul hiking hujung minggu ni. Markah punya pasal. Dahlah Dr Ian Shah tu kedekut markah.

Fatia mengelap peluh di dahinya. Perut yang memulas ditahannya. Dewan kuliah yang sememangnya sejuk tak dapat membuatkannya selesa. Patah perkataan yang dibicarakan oleh Dr Ian Shah di depan sudah tidak didengarinya. Dia menyembam mukanya ke meja. Lantak la kena marah pun.

" kau okey tak ni??" bisik Shima di telinganya.

Fatia hanya menggelengkan kepalanya. Tekaknya mula merasa loya.

" aku minta dengan Dr Ian untuk kau keluar kelas ye?" ujar Shima.

Fatia menggelengkan kepalanya lagi.

"plastik" pinta Fatia.

" Hah??"

" nak plastik. Aku nak muntah"

Kelam kabut Shima memberikan plastik berwarna merah kepada nya. Nasib baik tadi sebelum ke kelas dia ada singgah membeli buku.

Fatia memuntahkan isi perutnya. Dia sudah terduduk di bawah meja. Nasib baik tidak mengeluarkan bunyi yang kuat.

" Nur Shima!!"

Shima yang sedang membongkok mengosok belakang Fatia terus duduk tegak memandang ke depan.

" any problem??" soal Ian Shah. Mukanya yang serius lagi beku itu tajam merenung Shima dimeja belakang.

Shima sudah serba salah. Dia mengerling Fatia di bawah. Fatia hanya menggeleng perlahan.

" Err.... Nothing Dr Ian" jawab Shima tergagap-gagap.

"Where Fatia?? Is she absent??", Soal Ian Shah lagi.
Shima mula tak keruan. Saat dia menoleh ke arah Fatia. Bulat matanya melihat Fatia sudah terkulai layu. Muka Fatia pucat umpama hilang darah. Tindakan Shima yang Tiba- tiba berdiri mengejutkan Ian Shah.

" Dr Ian!! Fatia pengsan!! "
Terus riuh seisi dewan kuliah tersebut.

Dia membuka matanya. Eh? Dekat mana ni? Rasa pedih di tangan kirinya membuatkan dia menoleh, dia melihat IV drip ditangannya bersambung dengan beg cecair putih yang tergantung di tepi katil.

" kau dah bangun?" soal Shima.

" aku dekat hospital ke ima?" Soal Fatia. Hilang sudah rasa sakit perutnya.

" kau dekat klinik kampus la.. Tadi lepas kau pengsan terus kau dibawa ke sini. Kau keracunan makanan. Pagi tadi kau makan apa? " soal Shima.

" pengsan? Pagi tadi aku ada makan kue tiaw goreng dekat kedai hujung simpang masuk." balas Fatia.

" kau hilang air dalam badan..nasib baik Dr Ian laju bawa kau ke sini"

"Dr Ian?" soal Fatia keliru.

" yer.. Dia terus dukung kau ke kereta. Kecoh jugak tadi, dah semua tak berani nak bawa kau. Kelam kabut aku tengok Dr Ian cepung kau" ujar Shima lagi.

" kau ni biar betul Shima? Ke nak kenakan aku?"

" Ya Allah! Betul la Tia.. Tapi masing-masing puji Dr Ian, macho habis dia dukung kau tadi. Yela dengan muka kau dah rupa mayat tu. Masing-masing kelam kabut la." jawab Shima lagi.

" adui!! Malunya aku ima! Mesti kecoh nanti dengan gosip entah pape" rungut Fatia.

" takyah risau la, budak kelas kita je yang tahu. Sebab masa keluar tadi Dr. Ian ikut pintu belakang sebab kebetulan kereta dia parking belakang kelas kita. Aku pun ada sekali tadi" kata-kata Shima menyedapkan sikit hatinya.

" Umi tahu ke pasal ni?"

" tak, tapi tadi aku dengar Dr Ian call Abang Fahim" ujar Shima.
Abangnya juga sudah tahu bahawa Dr Ian Shah merupakan pensyarahnya. Dia dan Shima Kan BSM, mesti tiada rahsia antara mereka.
Shima sudah sedia maklum bahawa Dr Ian dan Abang Fahim berkawan baik.
" Dah la, kau rehat dulu. Aku nak keluar kejap, doktor cakap lepas air ni habis, kau dah boleh balik. Dr Ian pun dah balik ke office dia. Kejap lagi aku datang yer" Shima meninggalkannya di bilik rawatan yang sudah dikhaskan oleh para pelajar di situ.

Fatia mencapai handphone nya. Nak mesej ke taknak ek? Soal hatinya. Tak mesej kan cakap tak kenang budi pulak.
Tangannya laju menaip.

~ thank you Dr, bawa saya ke klinik kampus~

Boleh la kan macam tu. Butang send ditekan.

Buat seketika. Dia melihat mesej yang dia hantar itu. Blue tick je?!
Dasar Mr Diktator kutub utara! Haa kan tambah dah gelaran buat lelaki itu. Butang lock ditekan. Dia meletakkan telefonnya di tepi katil. Tidur lagi baik!! Dengus Fatia.

Dia merebahkan badannya ke katil. Setelah air habis dimasukkan ke dalam badannya, Shima membawanya pulang ke rumah mereka. Selesai mandi dan solat dia menjadi segar sedikit. Sakit perut dan loya juga beransur hilang. Dia mencapai handphone nya. Dia melihat beberapa mesej WhatsApp yang diterima. Dari abangnya yang menanyakan keadaannya. Dari rakan sekelasnya dan dari Mr. Diktator?? Laju tangan membuka mesej dari pensyarahnya itu.

~ my pleasure, sorry just reply your message . Im in a meeting just now. So how are u now? Getting better? ~

Fatia tersengih. Mr Diktator reti rupanya tanya khabar orang. Tangannya laju menaip

~ alhamdulillah dah okay. Thanks again Dr Ian~

Butang send ditekan. Mr Diktator ni takde la beku sangat. Okey! Tittle kutub utara di tarik balik!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience