2 TAHUN BERLALU....
Fatia membetulkan bajunya. Dia melangkah masuk ke dewan yang ramai orang itu dengan rasa yang agak janggal. Hatinya berbelah bahagi untuk menghadiri majlis itu. Dua tahun dia meninggalkan kampus itu. Dan sekarang dia menjejakkan kaki semula ke situ.
Bahunya ditepuk dari arah belakang. Dia berpusing ke arah itu.
" Tia!! Aku rindu kau sangat-sangat!!" ujar Shima lalu memeluk erat kawan baiknya itu.
" aku pun rindu kau sangat-sangat!" ujar Fatia.
" makin cantik kau sekarang sejak jadi sumandak Sabah ni" usik Shima.
" banyak la sumandak. Kau pun apa kurangnya. Makin bergaya semenjak bergelar pensyarah" ujar Fatia.
Mereka telah habiskan Pelajaran setahun lebih yang lalu dan Shima terus mendapat tawaran menjadi pensyarah di UiTM kampus Dungun. Dia pula sudah sudah dua tahun menetap di Sabah. Menghabiskan pelajaran di sana dan sekarang menjadi sukarelawan badan amal di sana.
" Hari ni dia datang tau" ujar Shima.
Fatia tahu siapa yang dimaksudkan 'dia' itu. Dia cuba mengawal riak wajahnya. Tipu kalau dia tak rindu. 2 tahun tak bersua muka membuatkan dia tenggelam dalam kerinduan terhadap lelaki itu. Sihatkah lelaki itu? Mesti makin kacak dia sekarang, desis hatinya.
" kau okay ke?" soal Shima.
" aku okay la, jom cari meja kita" ajak Fatia.
Mereka bertegur sapa dengan kawan- kawan sekelas mereka dulu. Ramai yang hadir malam itu. Masing-masing rindu akan kawan seperjuangan ketika belajar dulu. Fatia mengambil tempat yang disediakan untuknya. Dan saat itu masing- masing melihat ke satu arah. Shima mencuit Fatia yang sedang ralit melihat telefonnya.
" Mr diktator kau dah sampai" bisik Shima ditelinganya.
Fatia menoleh ke arah figura yang berjalan masuk. Kacak mengenakan tuxedo biru gelap dan lelaki itu kelihatan makin kacak dan segak. Mata Fatia beralih ke sebelah lelaki itu. Miss Maya tersenyum manis berjalan bersama lelaki itu. Dalam kerinduan yang terubat, hatinya sakit melihat gandingan itu.
Fatia menundukkan pandangannya. Dia merasa tangannya digenggam erat. Shima senyum seakan memberinya semangat. Fatia tersenyum dan membalas genggaman tangan Shima.
Ian Shah duduk di meja yang disediakan dan saat itu dia dapat menangkap raut wajah dimeja hujung dewan. Dia duduk betul-betul bertentangannya. Gadis tidak langsung memandangnya, dalam kesamaran dia memerhati raut wajah yang dia rindui itu. Ingin sekali dia memeluk dan mencium namun dia hanya mampu melihatnya saja.
Majlis dimulakan dan para pensyarah diberi kehormatan untuk memberi ucapan. Saat Ian ingin memberi ucapan, telefon Fatia bergetar menandakan ada panggilan masuk.
" Ima, aku kena jawab panggilan ni. Aku keluar sekejap yer" ujar Fatia lalu melangkah keluar dari dewan itu.
" ya puan, nanti saya akan send dokumen tersebut. Nanti saya inform puan balik. Baik. Terima kasih. Waalaikumusalam" Fatia menamatkan panggilan.
Saat Dia ingin masuk semula ke dewan langkah kakinya terhenti apabila satu susuk berdiri di depan pintu tersebut.
Mata mereka bertaut lama. Fatia melarikan matanya saat tidak mampu untuk melawan renungan lelaki itu. Fatia melangkah ke arah pintu dan saat ingin melintasi Ian Shah, lelaki itu bersuara. Fatia tidak langsung memandang, dia sedaya upaya menahan debar didada.
" kenapa tak beritahu dah balik?" soal Ian.
Matanya tak lepas memandang wajah wanita itu. Tak dinafikan selepas 2 tahun, Fatia makin cantik dan matang.
" no reason untuk saya beritahu awak" jawab Fatia.
" of course you need to tell me because you still my wife Fatia. It been 2 years, its not enough for you?" soal Ian Shah lagi. Fatia tak menjawab, ya selama dua tahun dia meninggalkan Ian dan dia telah memegang status isteri derhaka.
" saya dah minta awak lepaskan saya. Jadi jangan mengharap untuk saya kembali kepada awak. Kalau 2 tahun ni awak rasa terlalu lama, then cerai kan saya" ujar Fatia lalu meninggalkan Ian Shah di situ. Air mata di tahan agar tidak gugur.
Ian mengepal erat tangannya cuba menarah rasa amarahnya.
Share this novel