6 bulan kemudian...
Dia membetulkan selendang di kepalanya. Saat selesai dia menilik wajahnya dicermin. Dia tersenyum puas hati.
" Sayang dah siap?" bisik suara husky itu lalu tangan sasa itu memeluknya dari belakang.
Dia tersenyum manis memandang lelaki yang dicintainya itu. Ian Shah segak mengenakan baju melayu berwarna Nude siap bersampin warna hitam. Sangat kacak dimatanya. Walaupun usia suaminya sudah 35 tahun, namun lelaki itu dilihat semakin hot. Dengan badan yang sasa dan wajah kacaknya nampak lebih matang.
" abang tahu sayang tak puas tengok abang, tapi pengantin dah tak sabar nak kahwin dekat bawah tu. Jom kita turun sebelum Fahim drive sorang-sorang ke rumah pengantin perempuan." ujar Ian membuatkan Fatia ketawa.
Akhirnya abangnya, Fahim berkahwin jua. Tentunya dengan kak Melisa, itu pun setelah uminya mengugut untuk menjodohkan dia dengan Kartina. Sebenarnya uminya sudah dapat menghidu cinta abang Fahim cuma abangnya saja yang penakut. Sebab itu umi saja mengugut abangnya kerana dengan cara itu membuatkan Fahim mula perkenalkan kekasihnya.
Lamunan Fatia terhenti saat ada tangan memimpinya.
" abang ni kenapa? Tia boleh turun sendiri la." ujar Fatia.
" sayang tu mengandung, kena turun dengan hati-hati. Dah suruh duduk bilik bawah taknak!" bebel Ian.
"Tia tak sarat lagi lah abang, baru 5 bulan kot. Takyah la layan Tia macam Tia ni dah nak bersalin esok!" marah Fatia.
"do i care, abang dah janji nak jaga sayang. Maknanya abang akan sentiasa jaga sayang." balas Ian.
Fatia menggelengkan kepalanya.
" amboi tuan puteri sorang ni turun tangga pun nak kena ada bodyguard." perli Fahim saat mereka turun ke bawah. Abangnya itu sudah segak mengenakan baju melayu berwarna putih.
"tanya la adik ipar abang ni. Mengada-ngada nak escort Tia" balas Fatia sambil menjeling suaminya.
" Dah-dah, jom pergi. Nanti lewat pula sampai ke rumah pihak perempuan" celah puan Fatimah.
Mereka mula bergerak ke kereta masing-masing.
Saat sampai ke rumah penganti perempuan, Ian keluar lalu membuka pintu untuk Fatia. Dan saat melangkah masuk ke perkarangan rumah kak Melisa, Fatia perasan ramai anak-anak gadis memandang suaminya yang sedang berjalan di belakang abangnya. Fatia mencebik. Entah kenapa semenjak mengandung, hormon cemburu dia mencanak naik, pantang nampak perempuan usha laki dia mula la panas hati.
Semasa sesi bergambar bersama pengantin, ada beberapa perempuan mengajak suaminya untuk bergambar bersama. Mata Fatia sudah berubah menjadi mata terminator. Tajam memandang suaminya. Ian Shah yang perasan akan pandangan itu sudah mula serba salah.
" Sayang..." panggil Ian sambil memandang Fatia membuatkan gadis-gadis berhampirannya terkejut.
Ian menghampiri Fatia yang sudah muncung itik itu.
" jom la bergambar dengan pengantin" ajak Ian sambil memeluk bahu isterinya.
" jangan merajuk sayang, nanti balik abang bawa sayang pergi makan spagetti" pujukan Ian shah menjadi saat melihat senyuman Fatia. Dia tahu Fatia sangat mengemari makanan barat sejak mengandung mungkin terikut selera itali sebelah mamanya kot.
Fatia merenung suaminya yang duduk didepan. Terkejut dia saat suaminya membawanya dinner lebih kepada candle light dinner di rooftop dan dihias dengan sangat cantik.
Ian mencapai tangan Fatia di atas meja.
"sayang, thank you for forgive and giving me second chance. Abang janji akan bahagiakan sayang dan anak kita selagi hayat masih ada. I love you so much Fatia Iman" ujar Ian Shah lalu mengucup tangan isterinya.
" Tia pun cintakan abang. Terima kasih kerana mencintai Tia. Tia akan cuba jadi isteri dan ibu yang terbaik buat abang dan anak kita." ucap Fatia.
Tiba-tiba percikan bunga api bertalu-talu di udara memeranjatkan Fatia. Ian bangun lalu menarik Fatia agar berdiri melihat bunga api yang cantik itu. Dia memeluk Fatia dari belakang.
" happy third anniversary my love" bisik Ian Shah di telinga Fatia.
Fatia menoleh ke arah suaminya lalu mengucup pipi dan terus memeluk suaminya itu.
" happy anniversary abang. Thank you. I love you more and more" ujar Fatia.
" my pleasure sayang. Please always be remember that this Mr Diktator will love and protect his miss tiga suku forever" ucapan Ian mengundang tawa Fatia. Tawa yang bahagia.
' i love you Mr Diktator' jerit Fatia dalam hati.
TAMAT
Share this novel