Sejak pulang dari seminar, hampir dua minggu dia tidak berjumpa dengan Ian Shah. Kelas minggu lepas pun dibatalkan kerana Ian Shah harus menghadiri kursus, diganti dengan tugasan yang diberikan. Malunya terhadap lelaki itu pun sudah beransur hilang. Kenapa? Senang, Ian Shah tak pernah menunjukkan riak mengambil kisah jadi buat apa dia nak malu lebih-lebih. Buat bodoh sudah.
Hari minggu yang sunyi di rumah sewa. Shima balik kampungnya di Perak kerana sepupunya yang bertunang hari tu melangsungkan perkahwinan. Shima ada mengajaknya tapi dia menolak kerana weekend ni hari malasnya. Maksudnya dia hanya ingin melepak dirumah sahaja. Uminya juga dah buka kitab bebelannya kerana tak balik ke rumah ibu bapanya.
Saat dia keluar bilik ingin dapur, tiba-tiba dia terdengar bunyi sesuatu yang jatuh menghempas lantai. Langkahnya terhenti.
' siapa pula yang ada di dalam rumah sewa ni? Hanya dia je yang tinggal disini bersama Shima. Nak kata kucing, dia tak bela seekor kucing pun. Takkan tikus pulak' desis Fatia.
"entah-entah perompak" bisiknya perlahan. Jantung mula la berdegup kencang. Dengan keberanian senipis kulit bawang holand dia mengintai sedikit ke arah punca bunyi. Bulat matanya saat melihat susuk asing di ruang tamu rumahnya seakan mencari sesuatu dengan membuka pintu bilik Shima.dia tak dapat melihat dengan jelas wajah tersebut kerana dilindungi oleh sweater hoodie berwarna hitam. Dia menekup mulutnya. Dengan perlahan dia masuk ke biliknya lalu mengunci. Tangannya laju mencapai handphone, dia kena meminta bantuan. Dengan tangan terketar-ketar dia mencari senarai contact. Ingin mencari nama abangnya. Saat itu dia mendengar tombol biliknya di pulas dari luar. Dengan laju dia mendail nombor yang tak tahu siapa.
Tak Lama berdering dia mendengar panggilannya dijawab.
" Hello.."
Fatia tersentak mendengar suara husky itu. Dia melihat skrin. 'Mr. Diktator'
" Hello Fatia!?" panggil Ian Shah lagi.
Fatia melihat tombol pintu biliknya cuba dibuka dari luar. Dia mula menangis.
"Dr Ian!! Tolong saya!!" ujarnya sambil menangis.
" what wrong Fatia? What happened to you!?" soal Ian Shah.
" Dr tolong datang rumah sewa saya. Ada perompak dalam rumah saya!! Tolong saya!" rayu Fatia lagi.
" where are you now? Is he do anything to you? " soal Ian Shah. Dari suaranya yang didengari seakan sedang berlari.
" no! Saya dalam bilik sekarang ni! Dia cuba nak buka pintu bilik saya! Tolong saya Dr! Saya takut! " ujar Fatia sambil teresak-esak. Dia menyorokkan badannya di tepi katil.
" okay stay there. Halang something dekat pintu bilik awak. I will call Fahim!" ujar Ian Shah lalu memutuskan panggilan.
Fatia memeluk lututnya. Dia menjerit Saat dia mendengar tendang kuat di pintu biliknya. Dia berdoa agar Dr Ian dan abangnya cepat sampai.
Selama beberapa minit perompak itu cuba untuk membuka pintu biliknya. Tiba-tiba bunyi itu terhenti. Saat itu dia mendengar kaca pecah.
Tiba-tiba ketukan di pintu biliknya membuatkan dia tersentak. Badannya kembali mula mengeletar. Makin kuat esakan tangisnya.
"Adik! ... Ni abang Fahim ni, buka pintu dik!" laung Fahim dari luar.
Fatia yang mendengar suara abangnya lalu membuka pintu biliknya. Tangannya laju memeluk abangnya itu sambil menangis teresak esak. Ian Shah yang berada disebelah abangnya itu sudah tidak dipeduli lagi. Tudung pun dia tak sempat nak pakai. Mujurlah dia memakai sweater hoodie berwarna pink serta jogger pant.
" Shhh... Abang ada, adik ada cedera mana-mana tak?" soal Fahim sambil memeluk adiknya. Dia mengosok belakang Fatia perlahan untuk menenangkannya.
Fatia menggeleng kepalanya. Tangisan semakin kuat sampai teresak-esak.
"Adik takut..." ujar Fatia.
" Dah.. Abang ada, jangan risau... Jangan nangis!" ujar Fahim memujuk adiknya.
Mujurlah Fahim memang ingin berjumpa dengan Ian Shah. Terkejut dia saat Ian menelefonnya menyatakan rumah adiknya dimasukki perompak. Ian juga menyuruh agar dia terus pergi kerumah sewa Fatia.
Saat dia masuk kerumah Fatia, berselerak rumah adiknya dan saat itu dia dapat melihat bayang susuk tubuh seseorang di depan bilik adiknya. Dia yakin seorang lelaki kerana susuk tubuh yang agak tinggi dan besar. Ketika dia menjerkah, perompak itu terus melarikan diri melalui dapur. Dia dan Ian shah tak sempat mengejar perompak itu kerana dia memikirkan adiknya di dalam bilik.
Mereka berada di ruang tamu rumah sewa Fatia. Dua orang pihak polis membuat siasatan.
Fatia yang sudah lengkap bertudung dipeluk erat oleh puan Fatimah. Selepas Fahim menelefon ayahnya, mereka terus bergegas ke rumah sewa Fatia.
Ayahnya, Fahim, serta Ian Shah sedang berdiri dimuka pintu. Berbual bersama pihak polis. Butir perbualan tidak dapat didengarinya.
" begini Tuan Faliq, kami sudah membuat tinjauan. Dari pemerhatian kami, motif sebenar suspek bukan untuk merompak tapi lebih kepada mencari sesuatu yang dia mahu. Seperti keterang cik Fatia. Suspek ada memasuki bilik pertama namun bilik itu tidak diusik pun. Ruang tamu juga seperti sengaja disepahkan untuk mengaburi niat dia. " ujar salah seorang pihak polis kepada
" Maksud tuan? " sampuk Fahim.
" ini andaian pihak kami sahaja. Kami merasakan suspek menginginkan cik Fatia. Dari segi pemerhatian saya, suspek tahu Cik Fatia ada di dalam rumah. Dan suspek tahu cik Fatia bersendirian dirumah ini. Dan kalau encik semua dapat lihat, suspek berusaha untuk membuka pintu bilik cik Fatia kerana suspek tahu dia berada di dalam" balas pihak polis itu lagi.
Tuan Faliq mengeluh.
" adakah ini motif dendam atau obsession?" soal Tuan Faliq. Dia sebagai peguam sudah tahu akan kes-kes seperti ini. Dan sekarang terjadi kepada anaknya sendiri.
" kami tak pasti tuan, pada pandangan saya ini lebih kepada sikap obses suspek terhadap mangsa. Kami akan terus menjalankan siasatan dan akan cuba mencari pelaku ini"
" terima kasih"
" kami pergi dulu tuan Faliq, nanti sebarang perkembangan kami akan inform tuan"
Tuan Faliq mengangguk kepalanya. Seraya mengucap terima kasih. Setelah pihak polis berlalu, Fahim mula bersuara.
" macam mana ni ayah? Im rasa adik dah tak selamat nak tinggal disini lagi" ujar Fahim.
" ayah pun rasa begitu.Tia mesti trauma dengan apa yang berlaku"
" pada pandangan pakcik, ini bermotifkan dendam ke?" Ian Shah bersuara.
" tak, ini lebih kepada obsession terhadap Tia. Ian ada perasan tak sesiapa yang suka dekat Tia di kampus?" soal Tuan Faliq kepada Ian Shah. Dia sudah mengetahui bahawa Ian Shah adalah pensyarah Fatia.
" tak ada pulak pakcik, cuma seorang budak ni la dulu dia nampak seakan terlalu sukakan Fatia. Tapi semenjak dua ni dia sudah jarang mendekati Fatia. " balas Ian, wajah pelajarnya bernama Kimi muncul dalam kepalanya.
" tak mengapalah, biar pihak polis yang menjalankan siasatan. Sementara ni biar Tia balik kerumah kita dulu. Nanti Umi suruh Shima balik ke rumah ibu bapanya. Bahaya jika balik ke sini" ujar Tuan Faliq.
Fahim dan Ian Shah mengangguk kepala tanda setuju.
Fatia duduk termenung di gazebo di rumah orang tuanya.
Tadi Shima yang baru pulang dari Perak datang melawat serta memberi kata semangat buatnya. Sesungguhnya dia masih dalam keadaan terkejut dan trauma. Dari kejauhan dia melihat abangnya keluar dari kereta bersama Ian Shah. Dia menarik hoodie sweaternya menutupi rambut yang terdedah.
" adik buat apa dekat sini?" soal Fahim sambil mendekati adiknya.
Ian Shah pula duduk di kerusi batu yang agak jauh yang berada di laman rumahnya. Dia seakan memberi ruang untuk dua beradik itu berbual.
" saja lepak sini. Abang dari mana?" soal Fatia.
" keluar dengan Ian. Ada hal sekejap. Umi ada ke?" soal Fahim
" ada, dekat dalam.."
" abang nak jumpa umi sekejap, adik borak la dengan Ian sekejap." ujar Fahim lalu meninggalkan Fatia dan Ian Shah.
Kedudukan mereka yang jauh itu membuatkan tiada perbualan tercetus.
Fatia bangun mendekati Ian Shah. Takkan nak biar tetamu begitu pula kan.
" Dr Ian... "
Ian Shah menoleh kearah Fatia.
" terima kasih sebab call abang Im dan datang selamatkan saya semalam" ucap Fatia ikhlas.
" sama-sama. Sesiapa ditempat saya pun akan buat benda yang sama" balas Ian Shah. Riak wajahnya masih seperti biasa. Beku.
"how's today? Getting better?" soal Ian Shah lagi.
" i think so. Saya tak tahu motif perompak itu sebenarnya." balas Fatia lemah.
" just let the police settle it. Just be careful next time" balas Ian Shah pula.
Fatia hanya mengangguk faham.
Sunyi antara mereka. Masing masing melayan perasaan sendiri.
" Ian, Tia! Jom masuk, umi dan ayah ada hal nak bincang!", panggil Fahim.
Share this novel