Shima menolak bagasi kecil miliknya ke ruang tamu.
" kau dah siap ke Tia??"
"dah.. Tunggu kau je ni. Dr Ian pun dah on the way" balas Fatia sambil menyuap mee goreng.
Shima duduk di sebelah Fatia lalu menyedok mee goreng ke pinggannya.
"mana beg kau?"
"tuuu.."
ujar Fatia sambil menunding jarinya ke arah beg galas deuter sederhana besar itu.
"tu je..." soal Shima lagi.
"habis, kau nak suruh aku bawak satu almari ke? Kita pergi 2 malam je" balas Fatia.
Shima menggarukan kepalanya. Jangan budak ni suruh aku teman dia shopping dekat sana sudah la... Macam tak tahu perangai si Fatia ni. Desis hati Shima.
" aku tahu apa dalam otak kau tu. Jangan risau, aku tak ajak kau shopping pun nanti. Aku dah bawak baju cukup-cukup. Lagipun lepas ceramah aku nak lepak dalam bilik je. Dah la kena pergi dengan Dr Ian, kalau drive sendiri tu lain la" balas Fatia lalu mencuci pinggan di sinki.
Pagi itu dia mengenakan blause polos berwarna pink belacan. Seluar slack berwarna krim. Tudung bawal senada dengan warna bajunya. Takde maknanya nak libas-libas, hanya mengenakan ring tudung. Settle.
telefonnya berbunyi. Dia melihat gerangan pemanggil ' Mr Diktator'.
" assalamualaikum Dr... Dah sampai? Okay sekejap ye"
Selesai menamatkan panggilan. Dia memanggil Shima di dapur.
Mereka berjalan ke arah kereta yang menunggu di luar pagar rumahnya.
' berapa banyak kereta dia ni ada? Hari tu range rover. Ni Mercedes-Benz GLC warna hitam pula. Alah... Apa nak di hairankan, kata bapaknya Tan Sri, entah-entah kereta dekat rumah tu dah macam showroom'. Desis hati Fatia. Satu yang dia tahu lelaki itu amat meminati kereta jenis sport dan suv.
Tiba- tiba pintu penumpang sebelah pemandu dibuka. Terjengul wajah pensyarah wanita. Siapa tak kenal miss Maya. Mereka berdua juga sekarang tengah hangat digosip sebagai pasangan bercinta di kampus. Ahh, kisah pulak aku diorang bercinta sekali pun, tak kacau hidup aku pun.
'yeke Tia?' ada suara nakal mengusik.
" eh! Miss Maya pun join sekali?" tegur Shima ramah.
Maya tersenyum manis.
" Aah, lagipun Dr Ian yang ajak sekali cuma saya tak bawa student saya" balas Maya ramah.
Dr Ian pula sibuk memasukkan beg Fatia dan Shima ke bonet kereta hanya diam tak bersuara. Okay! Gentleman jugak la lecturer dia sebab tolong masukkan beg.
Sepanjang perjalanan hanya kedengaran suara Dr Ian dan Maya saya berborak. Mostly pasal kerja. Mereka berdua di belakang pula memegang tittle student yang 'baik'. Senyap dan bersuara jika ditanya saja.
~ tutt tutt tutt tutt~
Telefon Fatia berbunyi.
"waalaikumusalam.. Ye abang Khai? Aah dah on the way... Okay.. Baik.. Bye.. Waalaikumusalam" Fatia meletakkan kembali telefonnya.
Saat itu matanya sempat menangkap renung tajam Dr Ian melalui cermin pandang belakang. Laju dia mengalihkan matanya. Dah kenapa tengok macam nak telan aku! Desis Fatia.
~ you are my sunshine... My only sunshine... U make me... ~
"assalamualaikum umi... Ye adik dah on the way.. Aah, yer adik tahu.. Baiklah puan Fatimah, nanti Tia ikat Shima kat tangan Tia.. Umi!! Mana ada! Oklah, kirim salam sayang dekat ayah.. Bye.. Waalaikumusalam" Fatia menamatkan panggilan.
" Umi call ke?" soal Shima.
Fatia mengangguk.
" dah kenapa kau nak ikat aku pulak?" soal Shima pabila nama dia disebut dalam perbualan telefon Fatia tadi
" Biasa la, macam kau tak kenal umi tu. Dia lagi percayakan kau dari aku ni. Umi pesan suruh kau jaga aku dekat sana nanti" balas Fatia.
Shima tergelak.. Memang antara dia dan Fatia, dia lagi matang.. Fatia banyak main-main tu yang puan Fatimah tak harap sangat tu. Fatia yang manja tu kadang-kadang bersikap keanak- anakan. Tapi sebenarnya Fatia tu juga matang cuma dia taknak tunjuk, biasa la hormon manja dah terlebih.
" puan Fatimah tu prof Fatimah dekan dekat UM tu ibu Fatia kan?" tiba- tiba Maya menyoal Fatia.
" errr..aah miss.. Miss kenal ke? " soal Fatia kembali.
" siapa yang tak kenal dengan prof Fatimah, selalu saya baca artikel yang dia keluarkan.. Patut la saya tengok awak ada iras-iras ibu awak.. Ayah awak kerja apa? " soal Maya lagi.
" kerja biasa je miss" balas Fatia merendah diri. Dia tak suka bercerita perihal keluarganya. Takut orang fikir dia riak dan berlagak.
" biasa apanya. Ayah Tia ni lawyer.. Miss Maya mesti kenal dengan Tuan Faliq.." balas Shima. Fatia dah menjegil matanya!
"Laa yeke?? Siapa tak kenal peguam yang terkenal itu. Sangat merendah diri, patut la anaknya ini pun humble je" puji Maya lagi. Fatia hanya tersengih malu.
Dr Ian seakan tak mengendahkan perbualan itu hanya fokus kepada pemanduan saja.
Selesai mereka mendaftar, sesi taklimat yang pertama pun bermula. Bersemangat Fatia dan Shima mendengar. Tak rugi dia datang, memang banyak input yang diperolehi sepanjang sesi itu. Dari kejauhan dia melihat Dr Ian dan Maya berbual, siap bergelak ketawa lagi. Kalau dengan student dia senyum pun taknak si Mr Diktator tu, muka tu macam pakai spender ketat! getus hati Fatia. Dia kembali memfokuskan kembali matanya penceramah di depan.
Laju Fatia keluar dewan. Dia mula tak selesa. Dia perlu cepat-cepat masuk ke biliknya. Nasib baik sesi petang ni bermula pukul 2.30 petang. Ada la masa untuk rehat lama sikit.
" Tia!!"
Fatia menoleh..
" kau kenapa terkejar - kejar ni?" soal Shima saat menghampirinya.
" aku kena masuk bilik ni..." balasnya sambil melangkah kembali.
" taknak lunch dulu ke? Kot yer pun nak tidur isi perut tu dulu" bebel Shima.
" aku makan dinner nanti la.. Nanti kau tolong aku belikan roti ye? Aku masuk bilik dulu!"
" eh! Kau ni kenapa? Ada masalah ke?" soal Shima tak puas hati.
" ishh kau ni... Bendera jepun nak naik ni.. Aku kena masuk bilik cepat sebelum dia berkibaran!" ujar Fatia lalu meninggalkan Shima yang terpingga-pingga.
'bendera jepun? Berkibar? Shima menepuk dahinya! Cakap la period.. Nak berkias-kias pulak dia' bebel Shima sendirian.
" eh! Shima.. Mana Fatia" tegur Maya saat Shima sedang menjamu selera. Dr Ian pula berada di sebelah Maya.
" Tia masuk bilik, dia taknak makan..." Balas Shima.
" Kenapa? Dia tak sihat ke?" Ian Shah mula bertanya.
" err... Dia okay Dr Ian. Cuma dia taknak makan je, dia suruh saya belikan roti je untuk dia" balas Shima. Takkan nak cakap Fatia period pulak. Malu la cakap perkara tu dengan lelaki.
Riak Ian Shah seakan tak puas hati. Namun dia malas bertanya lebih.
Sesi petang itu berjalan seperti dijadualkan.
Fatia menyapu minyak angin di tepi pelipis dahinya. Satu penyakit setiap kali period. Dia akan mudah sakit kepala cuma perkara itu terjadi saat hari pertama period sahaja.
" kau okay tak ni?" bisik Shima.
" okay. Sakit kepala sikit" balas Fatia berbisik juga.
" sabar la.. Kejap lagi dah nak habis ni. Tapi kalau kau tak larat mesej la Dr Ian cakap kau nak balik bilik" ujar Shima prihatin.
Sememangnya Shima menjaga Fatia sebaik mungkin. Begitu juga Fatia menjaga Shima saat kawannya itu sakit.
" takpelah... Aku boleh tahan lagi ni. Setengah jam je lagi. Nanti aku terus masuk bilik tau. Kau tolong tapau kan aku makanan ye?" pinta Fatia. Matanya terpejam-pejam menahan denyutan di kepalanya.
Dari depan, mata Ian Shah tak lepas mengerling ke arah Fatia dan Shima. Dia dapat lihat riak wajah Fatia yang berkerut-kerut itu. Sakit ke? Desis hatinya. Namun dia mula memfokuskan semula perhatiannya kepada taklimat yang sedang diberikan.
Share this novel