"Tia, tambah nasi tu" tegur Nek Nab mematikan lamunan Fatia.
Fatia tersenyum. Sesungguhnya lauk yang Nek Nab masak sangat menyelerakan namun kepalanya tengh runsing selepas membaca mesej dari nombor yang tidak diketahui. Kejadian sebelum ni datang membayanginya semula. Tanpa sedar dia mengeluh perlahan namun dapat didengari Ian Shah yang berada di sebelahnya.
" macam mana Tia, lepas kahwin dengan Ian? Dia ada buli kamu ke?" soal Nek Nab sambil makan.
Fatia menoleh ke arah Neneknya itu.
" Abang baik nek, kami dalam proses kenal hati budi masing-masing. Kan abang?" soal Fatia memandang suaminya. Ingat kau boleh lepas, sekarang jawab la mr diktator oii.
" ermm macam tu la nek, nenek pun tahu kami tak kenal sangat lagi. Insyaallah Ian takkan buli Tia ni. Kalau Ian buli alamatnya tak lama lagi nenek dapat cicit la" usik Ian selamba. Berbahang wajah Fatia. Malu apabila Ian selamba cakap begitu depan neneknya.
" nenek tahu kamu berkahwin pun atas pilihan keluarga. Tapi bercinta lepas nikah ni lagi seronok sebab dah halal katakan. Tia, kalau Ian buli kamu nanti bagitau nenek, tau la nenek nak ajar budak ni macam mana" ujar Nek Nab.
Fatia tersenyum senang sambil mengangkat ibu jarinya. Hilang seketika masalah yang difikirkan tadi.
Selesai makan malam, Tia duduk di laman rumah nek Neb, rambutnya di sanggul tinggi gaya messy bun. Dia duduk di buaian macam sarang burung sambil termenung melihat langit yang hitam.
'siapa yang berani mesejnya begitu? Adakah dia orang sama yang cuba merogolnya dulu' meremang bulu roma saat teringat peristiwa hitam itu.
" buat apa sorang- sorang dekat sini?" teguran suara husky itu membuatkan Fatia tersentak. Dia mengurut perlahan dadanya.
" tak boleh ke bagi salam dulu! Main terjah je, suka kot kalau kita ni kena heart attack!" bebel Fatia.
Ian Shah duduk di kerusi berhampiran Fatia.
" kenapa Tia mengeluh tadi?" soal Ian Shah.
" bila?"
" masa tengah makan tadi. Ada masalah ke? Ke tak selesa duduk rumah nenek? " soal Ian.
Entah kenapa Fatia merasakan Ian shah yang muka beku dan perangai diktatornya di kampus berlainan dengan di depannya ini. Bersalin kulit ke? Sisi lain yang dia tak pernah tahu tentang lelaki itu. Makin seram lelaki ni.
Tapi Perlu ke dia beritahu lelaki itu? Kan dia cakap aku mengada-ngada pulak. Desis Fatia.
"takde pape la, Tia selesa duk sini. Nek Nab tu Tia dah anggap macam nenek Tia sendiri" balas Fatia.
"boleh caya ke?" soal Ian tak puas hati.
"iya la encik suami ku" ujar Fatia sambil menjuling matanya ke atas
"hurmm...nenek dah tidur ke?" soal Fatia lagi.
"dah..."
" Tia nak tanya boleh?" soal Fatia. Alang-alang mood lelaki itu tengah baik apa salahnya dia mengorek rahsia.
" Tanya apa?"
" Abang takde girlfriend ke? Yela abang kena kahwin dengan Tia, kan kalau dah ada girlfriend tak pasal- pasal Tia kena serang dengan girlfriend abang sebab rampas abang dari dia. Mahu botak kepala Tia nanti kalau ada acara tarik rambut" ujar Fatia. Loyar buruk tak tinggal ek.
Ian tersenyum nipis.
" kalau dah ada girlfriend, memang tak la nak kahwin dengan awak Fatia iman oii. Baik kahwin dengan girlfriend abang dari kahwin dengan budak tiga suku macam awak" balas Ian.
Fatia membulat matanya.
" abang cakap Tia tiga suku?! Dasar mr Diktator!!" marah Fatia.
" apa Tia panggil?"
" Dr Ian Shah si Mr Diktator!!" balas Fatia geram.
Ian Shah bangun dan dengan laju menghampiri Fatia. Dia mengepung Fatia membuatkan gadis itu tak dapat meloloskan diri.
" say it again Fatia" bisik Ian di telinga Fatia. Meremang rasa segala bulu roma Fatia saat itu.
" Dah la! Nak masuk tidur. Malas nak layan Dr ni!" ujar Fatia cuba menolak badan Ian Shah.
Namun tak semena- mena Ian Shah memaut lehernya dan terus bibirnya memagut lembut bibir Fatia. Membulat mata Fatia dengan aksi Ian Shah. Dia cuba menolak lelaki itu namun kejap pegangan lelaki itu! Tak lama Ian Shah melepaskan pautan itu.
" i already warn you Tia." bisik Ian nakal. Fatia membahang, dengan laju dia bangun meninggalkan Ian yang sudah ketawa disitu.
Arghh... Berani dia cium aku! Jerit Fatia di dalam hati.
'tapi dia suami kau Tia. Dia berhak ke atas kau' bisik satu suara. Makin membahang wajahnya. Terus dia masuk ke bilik dan menyelimut hingga ke kepala. Tak mahu melihat wajah lelaki itu.
Fatia tersedar dari tidur! Nafasnya tercunggap-cunggap. Peluh membasahi wajahnya. Di melihat jam di telefonnya. Pukul 3 pagi. Mimpi itu datang lagi, kali ini dalam mimpi itu dia seperti berada di dalam sebuah bilik dan lelaki bertopeng ski itu ada di depannya. Air mata membasahi pipinya dan makin lama sehingga tersedu-sedan. Ian Shah yang terjaga saat bunyi seakan tangisan itu terkejut melihat Fatia sedang duduk sambil memeluk lututnya.
"Kenapa ni Tia? Mimpi lagi ke?" soal Ian lalu meraih Fatia ke dalam pelukannya.
Makin teruk tangisan Fatia.
" dia...dia datang lagi... Dia nak culik saya" ujar Fatia didalam pelukan Ian.
"shh... Abang ada, dia takkan culik Tia dari abang! Tia akan selamat. Jangan risau okay!" Ian mengeratkan lagi pelukannya. Dia membiarkan Fatia menangis di dalam pelukannya itu. Lama.
Share this novel