Tangan Ian Shah yang baru ingin mengeluarkan beg dari kereta terhenti.
Saat itu ada sebuah kereta memasuki ke perkarangan rumah Tok Mat. Fatia sedang berborak dengan atuknya memandang ke arah kereta tersebut.
"assalamualaikum atuk..." ujar Khairul selepas keluar dari kereta.
" waalaikumusalam. Laaa kamu rupanya Khai, datang dengan Tina je ke? Mak ayah kamu tak ikut sekali ke?" soal TokMat.
" kami berdua je tuk, ni entah angin apa si Tina nak balik kampung. Fatia pun ada? " soal Khairul ramah. Kartina pulak hanya mencebik.
Fatia tersenyum. Saat itu Khairul memandang Ian Shah yang berjalan menghampiri mereka.
" selamat pengantin baru Ian, Tia. Kelmarin tak sempat nak jumpa, aku ada emergency pulak. Tu yang balik awal masa majlis korang" ujar Khairul kepada Ian.
" its okay. Terima kasih sudi datang ke majlis kami" balas Ian.
" abang Ian, lama ke dekat kampung?" Kartina mula mengedik dengan duduk disebelah Ian Shah. Fatia mula rasa menyampah. Buat malu aku je ada sepupu macam ni.
" dalam seminggu" balas Ian Shah.
"Tina pun sama cuti seminggu. Abang Ian tidur rumah atuk ye?" soal Kartina lagi.
" memandang kamu berdua ada disini, elok la Ian dan Tia tidur rumah nek Nab, atuk kesian tengok nenek kamu tu Ian. Tak berapa sihat lagi" ujar Tokmat.
Fatia pun fikir benda yang sama. Apatah lagi nek Nab tak dapat datang ke majlis pernikahan cucu lelakinya itu kelmarin. Dah alang-alang si gedik ni ada, lagi la dia tak kisah kalau Ian mengajaknya tidur di rumah Nek Nab. Kalau tak, jatuh la maruah dia depan Ian Shah sebab ada sepupu gedik macam Kartina tu.
"sayang okay ke tidur rumah nenek?" soalan Ian Shah menyebabkan Fatia tersentak. Dah kenapa Diktator ni panggil aku sayang? Desis gadis itu.
Tok mat dilihat sudah tersengih-sengih. Abang Khairul pula buat-buat seakan tak mendengar dan Kartina pula muka dah macam makan kelubi. Masam!
" err... Tia tak kisah. Tia ikut je" balas Fatia kekok.
" kalau macam tu kami pergi rumah nenek dulu yer tuk, malam nanti kami datang lagi" ujar Ian lalu memeluk pinggang isterinya. Nasib baik Fatia tak melompat saat tangan lelaki itu menyentuhnya.
' ishh dia ni, kot ye pun nak berlakon romantik bagi la signal dulu' bebel hati Fatia.
" takpelah Ian, ni pun dah petang. Kamu pun dah penat memandu. Pagi besok la kamu datang sini. Bukannya jauh pun selang 2 rumah je. Malam ni kamu rehat-rehat je." ujar Tokmat lagi.
Ian Shah menarik Fatia ke kereta lalu membuka pintu untuk isterinya. Perbuatannya itu disaksikan oleh 3 pasang mata.
Selepas kereta Ian meninggalkan rumah Tokmat pun bersuara.
" untung si Tia tu dapat suami yang baik" ujar Tokmat.
Khairul hanya tersenyum.
" alah, dapat isteri gedik macam tu la tuk. Entah-entah abang Ian tu terpaksa layan perangai gedik si Tia tu" cebik Kartina.
" jaga mulut Tina! Jangan nak mengata Tia macam tu" marah Khairul kerana kelancangan mulut adiknya berkata begitu di depan atuknya.
Tokmat hanya menggeleng kepala dengan perangai cucunya sorang itu. Malas nak layan lalu dia masuk ke dalam rumah diikuti oleh Khairul.
Ian meletakkan beg di dalam bilik. Saat itu Fatia menarik lengan suaminya itu lalu menyuruh Ian Shah duduk di birai katil. Tersentak Ian dengan perbuatan Fatia.
"saya nak bincang sikit dengan Dr boleh?" ujar Fatia.
" Dr? Dr mana?" soal Ian Shah pula.
" ishh Dr Ian la, siapa lagi yang ada dalam bilik ni!" balas Fatia geram.
" kita dekat kampus ke sekarang ni?" soal Ian Shah pula.
" kenapa Dr tanya macam tu?" soal Fatia blur.
" habis yang duk berdoktor-doktor tu kenapa? Saya ni siapa bagi awak?" soal Ian Shah serius.
" ermmm... "
" apa ermm Fatia? "
" suami saya..."
" habis tu kenapa panggil saya Dr? "
" takkan nak panggil nama je? Macam kurang ajar pulak! Lagipun saya dah biasa panggil Dr. Tak boleh ke saya terus panggil Dr je?? " soal Fatia lagi.
" nope! Dekat kampus or kelas you can call me that name tapi dekat rumah or luar panggilan tu di haramkan!! " tegas Ian Shah.
" Habis tu... Takkan nak panggil Ian je? Dengar dek Umi nanti tak pasal-pasal kena ceramah" ujar Fatia.
" then call me the right name as a wife call her husband!" balas Ian Shah selamba.
" nak panggil apa? Eh! Ni bukan yang saya nak bincang dengan Dr!!" ujar Fatia namun tiba- tiba Ian mencium pipinya.
" apa ni cium pipi orang!" marah Fatia.
" Call me abang! If you use the word 'DR', that the punishment that you will get!" ujar Ian tersengih nakal.
" mana adil! Tak biasa la nak panggil abang! " marah Fatia.
" dengan orang lain boleh pulak panggil abang! Elok je Tia panggil Fahim abang!"
"tu abang kandung saya!"
"Khairul tu boleh je!"
" tu kan abang sepupu saya!"
"but im your husband Fatia. Antara kami bertiga, abang ni yang sepatutnya berada di carta no 1" ujar Ian Shah.
Fatia mengerutkan dahinya. ' betul ke Dr Ian yang aku kenal? Apasal lain nau perangainya??' desis hatinya.
" tak payah nak kerut dahi macam tu. If you dont want to change that, so no discussion proceed!" ujar Ian lalu bangun menuju ke pintu bilik untuk keluar.
'ishh... Perangai Diktator tak pernah hilang la dia ni!!' marah Fatia.
" Abang!!" panggil Fatia.
Ian Shah menoleh lalu tersenyum menang. Arghh bencinya tengok senyuman sinis tu!
" Tia nak bincang something dengan abang ni!!" ujar Fatia.
Ian kembali menapak ke arahnya.
"duduk sini meh!" ujar Fatia sambil menepuk tempat yang dia duduki tadi. Ian melabuhkan kembali punggung ke katil.
"Tia ada permintaan sikit. Since sebelum kahwin kita tak sempat nak berbincang pape, so sekarang ni Tia nak cakap." ujar Fatia lagi.
Ian masih diam dan mendengar bait kata yang keluar dari mulut isterinya. Melihat Ian yang seakan menyuruh dia terus bersuara. Fatia mula meluahkan permintaannya.
" pertama, Tia masih belum bersedia untuk menjadi isteri dalam erti sebenar buat abang! So Tia minta bagi ruang untuk Tia bersedia. Tia harap abang boleh faham. Kedua Tia tak tahu, jika perkahwinan ni atas permintaan abang sendiri atau aturan keluarga kita. Cuma Tia nak tahu kenapa abang setuju nak kahwin dengan Tia? Ketiga, abang tak payah la ikut cakap umi dan ayah yang suruh lindungi Tia 24 jam. Tia rasa yang perkara lalu takkan berulang lagi. Ke empat, perlu ke Tia duduk dirumah abang? Kalau kantoi macam mana? Ramai tak tahu kita dah kahwin. Last, boleh tak Tia nak pergi kemana sahaja, maksud Tia, nak keluar jalan-jalan dengan kawan dan kadang kadang nak 'me time' . Macam dulu, abang izinkan tak? " ujar Fatia panjang berjela.
Ian merenung ke dalam mata Fatia.suatu pandangan yang sukar difahami Fatia.
" first, i dont care sebab abang pun tak ready untuk that thing and since Tia masih belajar, so soal anak kita boleh hold je dulu tapi kalau Tia tiba-tiba ready, abang sedia 'berkidmat'" . Ujar Ian Shah dengan senyuman nakal dibibir. Fatia menjengil matanya.
" Second, why i agree to marry you? Because of my parent. Abang anak yang baik so kena dengar cakap ibu bapa. Ketiga, abang tak ikut cakap sesiapa. You are my wife so it my responsibility to protect you. If anything happen to you, abang taknak umi ayah cop abang lelaki tak bertanggungjawab. Fourth, seorang isteri kena berada disisi suami. Takde istilah kantoi or whatsoever sebab abang tak bawak satu kelas balik rumah. The last one, dengan kejadian yang menimpa Tia sebelum ni, i just want to remind you that you dont know dengan siapa Tia berdepan. Yakin ke penjahat tu takkan kacau lagi? Sorry abang tak izinkan kalau Tia keluar sorang- sorang" balas Ian dengan muka makin rapat ke wajah ku. Matanya meneroka seluruh wajah Fatia.
" you have such a beautiful eye, beautiful nose and seductive lips, Fatia. " ujar Ian lalu bangun meninggalkan bilik itu.
Wajah Fatia sudah berbahang merah. Dia menekup mukanya dengan kedua tangannya. Debaran didada seakan makin menggila. Apa kena dengan kau ni Fatia, marah hatinya.
Tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.
~ kau hanya milik aku!! Fatia Iman milik aku!! ~
Hampir terlepas telefon di tangan Fatia. Mukanya pucat membaca bait mesej tersebut. Apakah semua ini??
Share this novel
saya nk tanya ditaktor tu apa ye ? :)
saya nk tanya ditaktor tu apa ye ? :)
saya nk tanya ditaktor tu apa ye ? :)