BAB 12

Romance Completed 67032

Petang itu, Fatia berjoging di sekitar tasik berhampiran rumahnya. Dia keluar sendirian kerana Shima tak ada di rumah. Setelah habis satu pusingan dia berhenti di salah satu bangku berhampiran. Lagi seminggu dia akan berkahwin. Keluhan berat dilepaskannya.
Tiba-tiba dia merasakan ada seseorang duduk disebelahnya. Dia menoleh dan secara automatik dia berdiri menjauhi figura itu.

" apa awak buat dekat sini?" soal Fatia terkejut.

" saja joging.." jawab Kimi selamba.

" awak tinggal area sini ke?" soal Fatia lagi. Saat Kimi bangun dan menghampirinya, dia mengundur ke belakang.

" saya nak jumpa awak Tia. Dah lama saya tak nampak awak. Saya rindu" ujar Kimi.

" apa awak mengarut ni Kimi. Dahla.." Fatia meninggalkan Kimi disitu. Dia meneruskan lariannya. Tak menyangka Kimi mengejarnya lalu berlari di sebelahnya. Fatia menghentikan lariannya.

" Tia... Saya cintakan awak. Sudi tak awak jadi kekasih saya?" luah Kimi berani.

" Kimi! Sudahlah! ? Saya tak cintakan awak. Awak jangan la ganggu saya lagi!!"

" tapi Tia, kenapa awak tak cintakan saya? Bagi la saya peluang. Saya tahu awak selalu joging disini dengan Shima. Saya tahu awak dah tak duduk rumah sewa awak lagi. Saya tahu semua benda tentang awak Tia sebab saya cintakan awak"

Fatia mengerut dahinya saat mendengar luahan dari kimi. Dia melihat Tangan dan bibir lelaki itu seakan terketar-ketar.

" Dahla Kimi! Jangan ganggu saya lagi! Saya minta maaf saya tak boleh nak terima cinta awak. Baik awal balik sekarang. Saya tak suka awak!" terus dia lari meninggalkan Kimi disitu dan kali ini lelaki itu tidak lagi mengejar lariannya.

Selesai larian keduanya dia berhenti lagi. Jam menunjukkan pukul 6.30 petang, dia berjalan menuju ke arah rumahnya. Namun entah kenapa dia merasa ada seseorang sedang mengekori dari belakang. Saat dia berpusing, tiada siapa pun dibelakangnya. Mungkin perasaannya saja. Dia meneruskan lagi perjalanannya. Sampai di satu tempat dia mendengar bunyi ranting kayu yang patah seakan dipijak. Bunyi itu seperti sangat dekat. Fatia mula rasa tak sedap hati. Dia mempercepatkan langkah kakinya.

Secara tiba- tiba, mulutnya ditekup dari belakang. Fatia meronta sekuat hati namun kudratnya tak boleh melawan penjahat itu. Dia harus berfikir secara pantas macam mana ingin melepaskan diri. Dia meronta sekuat hati dan saat itu dia merasakan penjahat itu mencium belakang kepalanya dengan rakus. Matanya mula bergenang, bermacamg macam bayangan jahat menerpa dia dalam otaknya. Adakah aku akan jadi mangsa rogol? Tidak! Aku akan pertahankan maruah aku! Tekad Fatia.

Fatia dibawa ke dalam semak berhampiran. Dia dapat melihat penjahat itu memakai topeng ski berwarna hitam.
Tangan si penjahat mula menarik baju Fatia ke atas. Makin kuat Fatia meronta dan dia membuka mulut lalu mengigit jari lelaki tersebut dengan kuat hingga rangkulan dibadannya terungkai. Penjahat itu menampar pipi Fatia, namun Fatia bertindak pantas dengan menolak penjahat itu hingga dia tersembam ke tanah, peluang yang ada digunakan oleh Fatia untuk melarikan diri. Namun penjahat tersebut laju menarik kaki Fatia. Dia jatuh dan salah satu kayu tercucuk lengan Fatia. Gadis itu menjerit kesakitan. Kudrat yang masih ada digunakan oleh Fatia sebaik mungkin. Dia menendang penjahat itu lagi sekali dah kali ini mengenai pusat sensitif lelaki terbabit.

Fatia berlari keluar dari semak itu, lengan kirinya yang berdarah ditekap. Dia berlari sekuat mungkin. Pipinya yang lebam, bibirnya yang pecah sudah tidak dirasai sakitnya. Dia hanya ingin lari dari perogol terbabit.

Sedang dia berusaha untuk berlari dengan lebih laju, tak semena- mena dia terlanggar seseorang di depannya. Tangan orang itu cuba menampung badannya dari terjatuh. Saat tangan orang itu memegang lengan kanannya terus Fatia meronta.

" Lepaskan aku! Lepaskan aku!!!" jerit Fatia seperti orang yang terkena histeria.

" Fatia! Its me Ian!!" suara husky yang menerpa halwa telinga Fatia itu membuatkan rontaannya terhenti.

Dia menoleh kearah lelaki tinggi di hadapannya. Serta merta air matanya laju membasahi pipinya dan terus teresak-esak. Tak lama, badannya semakin lemah dan dia terkulai ingin menyembah bumi. Dia sempat melihat Ian Shah menerpa kearahnya sambil menjerit nama abangnya, Fahim.

Fatia membuka matanya. Rasa sakit dilengan kiri serta pipinya.
Dia melihat uminya sedang duduk di sofa di hujung bilik tersebut sedang menangis dan cuba ditenangkan oleh ayahnya.
Abangnya serta Ian Shah pula berdiri menghadap tingkap. Mereka sedang berbual.

" Umi..." panggil Fatia perlahan namun masih boleh didengari Puan Fatimah.

" adik dah sedar.... Jangan bangun sayang, adik masih lemah lagi" halang Puan Fatimah saat Fatia ingin bangun.

"Adik takut umi...." Fatia mula menangis.
Puan Fatimah terus memeluk anaknya itu.

" Shhh.. Adik dah selamat sekarang... Kami ada dengan adik" pujuk puan Fatimah lagi.

" Dia nak rogol Tia, dia raba Tia, dia cium Tia, dia pukul Tia.." Fatia mula meracau.

" sabar sayang... Umi ada, Tia jangan risau ye. Kami akan sentiasa melindungi Tia." uminya tak puas memujuk anak daranya itu. Fatia menangis dalam pelukan puan Fatimah.

Fahim dan Ian Shah hanya mampu memerhati keadaan Fatia yang masih trauma itu. Fahim tak sangka perkara sebegini harus adiknya hadapi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience