BAB 2

Romance Completed 67288

Beg kertas diletakkan di atas meja kerjanya.
Fatia yang terpinga- pinga memandang beg kertas tersebut.
" I nak U cuci baju ni! By hand!" ujar Ian Shah sambil memandang tajam gadis di depannya.

" Hah??"

" tak payah nak Hah.. Hah la, takkan dah lupa kes pagi tadi?" balas Ian Shah dengan wajah bekunya.

'ishh dia ingat rupanya..' desis hati Fatia.

"Yes! Takkan I lupa baju i tersimbah kopi sendiri" jawab Ian Shah selamba.

Fatia mencebik bibirnya. Lalu mengambil beg kertas itu. Tak betah nak berlawan kata dengan pensyarahnya itu.

"ada apa-apa lagi ke Dr?" soal Fatia malas. Kalau boleh sekarang juga dia ingin keluar dari office itu.

" remember! Wash by hand! Jangan nak hantar dobi pulak!" tegas lelaki itu lagi.

" dasar diktator!!" bisik Fatia perlahan.

" what you just said Fatia?? " tanya Ian Shah seakan mendengar butir kata gadis itu.

"err... Takde pape la Dr.. Saya cakap nak cari kalkulator..haa.. " ujar Fatia tersengih menampakkan lesung pipit sebelah kanannya.
Ian Shah berdehem. Riak muka kekal serius.

"saya keluar dulu ye Dr. Assalamualaikum..." ujar Fatia lalu menghampiri pintu keluar. Saat itu telefonnya berdering..

~ you are my sunshine.. My only sunshine.. ~

"assalamualaikum umi..." ujar Fatia sambil menutup pintu bilik pensyarahnya itu.
Ian Shah hanya mengeleng kepala dengan tindakkan selamba pelajarnya itu.

"weh Tia, kau tengok ni!" ujar Shima yang tiba-tiba duduk di sofa rumah sewa mereka. Fatia yang sedang layan maharaja lawak mega pun tak senang dengan sergahan kawannya itu. Baru nak hilangkan stress belajar.
"apa??"
"Dr Ian tu rupanya anak Tan Sri kau tau!!" ujar Shima teruja. Fatia mencebik menyampah.
" Ian Shah bin Tan Sri Ismail. Berumur 33 tahun, masih bujang. Memilikki kelulusan PHD dalam jurusan sains ekonomi. Anak kedua dari tiga adik beradik. Berdarah kacukan melayu-itali. Bapa melayu, mak italian. Berketinggian 183 cm dan bergiat aktif dalam bidang permodelan secara sambilan" tambah Shima lagi.

"Perghh!! Hebat la Dr. Ian tu.. Tak sangka lecturer kita tu memang hot. Tengok la gambar-gambar dia, cair aku" ujar Shima dengan mata bersinar-sinar.

Fatia hanya melihat sekali imbas. Hatinya masih geram kerana pensyarahnya itu seakan mencari gaduh dengannya. Tak pasal-pasal balik dari kelas tadi dia kena menyental baju kemeja lelaki itu. Lama dia mencangkung dalam bilik air bagi menghilangkan kesan kopi itu. Sakit pinggangnya. Baju dia sendiri pun tak pernah nak basuh tangan. Apa guna ada mesin basuh kalau tak digunakan. Rungut hatinya.

" kau ni kenapa muncung mulut-mulut tu?" soal Shima pabila Fatia tidak memberi respon.

"lecturer 'hot' kesayangan kau la. Eee sengaja nak menyusahkan aku. Aku ingat dia tak cam muka aku! Sekali dia suruh aku basuh baju dia yang tertumpah kopi tu. By hand tau tak! Bukan salah ak seratus peratus pun! Siap ulang lagi suruh aku basuh dengan tangan dan jangan hantar dobi! Dasar diktator betul la mamat tu!! " balas Fatia geram.

" patut la aku bunyi berus tadi.. Kalau aku bangga dapat basuh baju lecturer hot kita tu" balas Shima.

" kalau aku tahu aku suruh kau je sental baju diktator tu! Tak kuasa aku. Nak je aku sental sampai terkoyak!"

" alah, setakat kemeja tu, kalau terkoyak pun kau bukannya heran pun. Pejam mata kau boleh belikan yang baru. Minta duit dekat abang kau tu, berhelai kau dapat beli" balas Shima.

Siapa tak kenal abang Fatia tu, Fahim Iman, seorang interior designer yang famous. Memilikki sebuah syarikat deco sendiri. Walaupun Fatia berasal dari keluarga berada, bapak dia seorang peguam yang terkemuka, ibunya pula dekan di salah satu universiti di ibu kota. namun sikap dia yang simple dan gila- gila itu tak menunjukkan dia dari keluarga senang. Walaupun rumah yang mereka duduki ini pemberian keluarganya, dia tak pernah berkira dan berlagak. Pakai Kereta myvi je, tak macam abangnya yang memandu audi Q5 tu.. Walaupun mereka berjiran tapi keluarga Shima biasa-biasa je.. Ibu bapanya hanya la guru di sekolah menengah sahaja. Namun keluarga mereka sememangnya rapat kerana berjiran hampir 20 tahun.

" tak hingin aku nak belikan baju untuk diktator tu. Baik aku beli untuk aku sendiri" dengus Fatia.

" ni, lupakan Dr Ian, aku nak tanya siapa yang bagi kau bunga tu" soal Shima saat melihat jambangan bunga di atas meja makan.

" entah..kau pun tengok sendiri kad tu takde nama pengirim" jawab Fatia sambil matanya memfokuskan kepada kumpulan Shiro yang sedang membuat persembahan. Sesekali dia tergelak dengan lawak mereka.

" pelik ni, selalu ada je nama pengirim dekat kad tu. Tak lain budak-budak yang syok kat kau dekat U sana tu" jawab Shima lagi.

" abaikan jela Shima, aku pun pelik diorang ni. Tak rugi ke buang duit belikan bunga tu semua. Aku dah cakap awal-awal aku tak suka diorang mengharap lebih." keluh Fatia.

" macam tu la kalau jadi orang cantik makcik oii. Terima jela dengan redhooo..hahaha" usik Shima lagi.
Fatia menjeling kawan baiknya itu.

" kalau kau nak ambik la bunga tu.. Aku dah tak tahu nk letak mana dah.."balas Fatia lalu memfokuskan kembali matanya ke kaca tv.

Pagi itu, laju saja dia berjalan menuju ke pejabat yang menempatkan bilik- bilik pensyarah. Hari ni dia ingin menyelesaikan hutangnya dan tak mahu ada apa-apa kaitan lagi dengan pensyarah diktator itu.

Pintu bilik yang tertera nama DR. IAN SHAH diketuk tiga kali. Saat mendengar arahan agar dia masuk. Fatia memulas tombol pintu tersebut.

" assalamualaikum dr.."
Ian Shah mengangkat kepalanya saat mendengar suara tersebut. Keningnya dijungkit sebagai isyarat kepada soalan kenapa?
Fatia meletakkan beg kertas ke atas meja lelaki tersebut.

" saya dah basuh baju Dr. By hand. Saya pergi dulu"

sengaja ditekankan perkataan by hand itu tanda geram. Saat dia ingin menarik pintu itu.

"wait!"

ishh apa lagi orang tua ni!! Fatia menoleh, riak wajahnya masamnya cuba dikawal.

"yer.. Ada apa-apa lagi ke Dr?" soal Fatia sarkastik.

" its that the way you talk to your lecturer Fatia??" soal Ian sinis.

" Dr... Saya nak cepat, kejap lagi saya ada kelas. Lagipun saya datang nak hantar baju Dr je"

balas Fatia sambil menahan lava yang mengelegak dalam hatinya. Nasib baik kau ni pensyarah aku, kalau tak aku luku- luku kepala kau. Bebelnya di dalam hati.

" haa nak mengumpat pun takyah la sampai mulut tu muncung. Ni saya nak awak jadi wakil untuk kelas saya. Bagi nombor telefon awak, senang saya nak bagi tugasan nanti." ujar Ian selamba. Fatia membulatkan matanya.

" kenapa saya pulak? Dr pilih la student lain. Yang komited dengan tugas-tugas tu.. " jawab Fatia selamba.

" eh! Suka hati saya la nak pilih siapa. Lagipun saya suka pilih pelajar yang bermasalah macam awak ni. Senang sikit nak pantau kalau-kalau awak ni jenis yang suka ponteng ke"

" bila pulak saya bermasalah? Dr jangan suka- suka hati je tuduh saya!" balas Fatia berani.

"habis duk melawan cakap pensyarah sendiri ni tak dikira bermasalah ke? Saya keluarkan arahan bukan pilihan, awak takde hak nak bantah cakap saya Fatia!" tegas Ian lagi.

Fatia terdiam, tak dapat membalas hujahan lelaki itu kerana kata-kata itu sememangnya benar. Iphone 11 pro milik lelaki itu dicapai dengan rasa sebal. Tangannya laju menaip nombor telefonnya. ' sekarang kan zaman group WhatsApp, buat jela group WhatsApp tu senang semua tahu' rungutnya di dalam hati.

" saya tak suka ada group WhatsApp ni, bukan satu kelas saya mengajar." ujar lelaki itu sambil mata melihat kertas kerja nya.

Fatia terkedu. Aku bersuara ke tadi? Takkk... Habis macam mana dia boleh tau apa aku cakap dalam hati. Entah- entah dia ada kuasa psikit tak? Serammm...

" awak ni kenapa Fatia? " soal Ian Shah saat melihat gadis itu tergeleng-geleng kepala.

" err takde pape Dr. Saya pergi dulu..." ujar Fatia lalu meninggalkan bilik itu.

Ian menoleh kepada nombor yang tertera di skrin telefonnya. Butang add to contact di tekan. Tangannya laju menaip nama ' Miss tiga suku'. Butang save ditekan. Dia tersenyum sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience