MDMTS SPECIAL

Romance Completed 67100

" mummy!! Hurry up please!" jerit suara kecil yang berusia 4 tahun itu.

" Ya Allah Fateh Shah! Cuba bawa bersabar sikit. Mummy tengah siapkan adik ni, pergi tunggu dekat bawah dengan daddy!" suruh Fatia.
Melayan perangai anak sulungnya itu boleh membuatkan dia menjadi singa.

" Fateh!? Dont disturb mummy. Lets mummy settle your sister then we can go. Cuba bawa bersabar sikit" Ian Shah yang muncul di depan pintu bilik bersuara.

Fatia tangkas memakaikan headband di kepala puterinya,
Irryna Adra yang berusia 8 bulan.

" okay we are done! Lets go sayang" agah Fatia kepada Irryna sampai mengekek-ngekek anak daranya.

Fateh memilikki raut wajah Fatia, putih dan anak mata berwarna grey itu. Manakala Irryna pula photostat muka Ian Shah. Mata berwarna hazel dan mempunyai lesung pipit kiri dan kanannya. Pantang anaknya itu ketap bibir pasti nampak telaganya itu.

" yeayy mummy dah siap! Lets go daddy.!!"

Ian memggeleng kepala sambil tersenyum melihat sikap anak lelakinya yang terlebih excited itu. Dia meletak Fateh ke carseat di kerusi belakang lalu memakaikan tali pinggang keledar. Lalu dia mendukung Irryna, sempat dia mencium pipi montel anak daranya sebelum meletaknya di carseat bersebelahan anak lelakinya.

Mereka memulakan perjalanan ke arah pantai timur.
Sepanjang perjalanan riuh kereta range rover sport kelabu itu dengan keletah Fateh. Irryna pula banyak menghabiskan masa dengan tidur. Yela dia masih bayi dan tak kenal dunia lagi.

Ian membelok keretanya masuk ke halaman rumah Tok Mat.

Selepas Ian membantu Fateh keluar dari kereta, terus kanak-kanak itu berlari ke arah rumah.

" Assalamualaikum Oyang! Fateh is here!!" jerit Fateh teruja.
Fatia yang mendukung anak keduanya sudah menaikkan tangan kiri bercekak pinggang.

" Waalaikumusalam, cicit Oyang dah sampai yer" kedengaran suara Tokmat dari dalam rumah. Terus tubuh tua itu dipeluk oleh Fateh Shah.

" atuk apa khabar?" soal Ian Shah ramah lalu bersalam dengan Tokmat.

" alhamdulillah Ian, sihat macam ni la" balas Tokmat tersenyum sambil bersalam dengan Fatia pula.

" awalnya pasang khemah tuk?" soal Fatia pula.

" takde awalnya Tia oi, lusa kan dah kenduri. Tu pun Khai dah cakap lambat" ujar Tokmat.

" Khai ada tak tuk?" soal Ian lagi.

" dia pergi ke pekan dengan Fahim. Katanya nak cari buah keranji. Isteri Fahim tu mengidam katanya." ujar Tokmat lagi.
Fatia ternganga tak percaya.

" kak Lisa mengandung?" tanya Fatia.

Akhirnya rezeki abangnya. Setelah 4 tahun, mereka akan dikurniakan zuriat. Dia dapat rasa perasaan abang dan kakak iparnya ketika masih dikurniakan anak namun mereka sentiasa redha dan berusaha.

Mereka balik ke kampung sempena dengan majlis pernikahan Khairul. Ya, setelah 5 tahun Khairul pulih dari penyakitnya dan jodohnya juga adalah doktor yang merawatnya. Selepas sembuh, Khairul bekerja bersama di syarikat paksu. Setahun lalu mereka bertunang dah malam ni mereka akan disatukan.

"haa... Orang jauh dah sampai" tegur satu suara dari tepi rumah.

" Tok ayah!" jerit Fateh girang.

" come here hensem boy Tok ayah" ujar Tuan Faliq lalu memeluk cucunya itu.

Seusai mereka berbual sebentar, Fatia berlalu ke bilik untuk memberi Irryna susu. Saat menyusu dia dengar pintu bilik di buka, dari bau wangian dia sudah kenal.

"yess Dr Ian Shah, nak apa?" soal Fatia tanpa menoleh.

Ian Shah tersenyum. Lalu menghampiri Fatia di katil.

" saja rindu" ujar Ian sambil mencium pipi Fatia.

"Fateh mana?"

" biasa la dah jumpa Oyang dan tok ayahnya, ke sawah la jawabnya" ujar Ian lagi sambil bermain dengan jari jemari anak perempuannya.

" kejap lagi kita pergi rumah nenek nak?" ajak Fatia.

Nek Nab sudah kembali ke Rahmatullah setahun yang lalu, dan jika sesiapa balik ke kampung, pasti rumah itu akan di jenguk.

" okay, kejap lagi kita pergi" balas Ian.

Majlis sambut menantu Khairul meriah sekali. Atas permintaan Khairul sendiri dia ingin membuat kenduri di rumah Tokmat. Fatia dan Ian menghampiri Khairul dan isterinya.

" Tahniah Khai" ujar Ian Shah yang mendukung Irryna. Mereka bersalaman. Fatia pula bersalaman dengan isteri sepupunya itu.

"terima kasih Ian, Tia. Terima kasih juga sebab maafkan aku." ujar Khairul.

" Benda dah lepas Khai. Kami gembira kau dah pulih sekarang. Yang penting kau sekarang dah bahagia dengan isteri kau" ujar Ian lagi.

Fahim datang menghampiri mereka disitu.
"jom la kita bergambar keluarga,atuk, umi ayah, paksu maksu semua dah tunggu tu." ajak Fahim.

Mereka berkumpul di pelamin dan saat itu Kartina muncul bersama seorang lelaki di sebelahnya. Dia adalah tunang Kartina.
Fatia dan Kartina berbalas senyum. Akhirnya keluarga mereka bahagia bersama kehidupan masing-masing.

TAMAT...

P/S : thank you readers yang sudi baca kisah MDCTS, akhirnya tamat sudah cerita ini. Terharu sebab first time dapat readers lebih 10k...thank you so much for your support. Ini adalah hanya sekadar suka-suka.

Share this novel

Noriysaad
2024-08-21 23:17:54 

Alhamdulilah n Tahniah.. best ceritanya.. terima kasih author.. 11:17pm 21/08/2024


NovelPlus Premium

The best ads free experience