BAB 9

Romance Completed 67032

Bunyi ketukan di pintu menganggu lenanya.
Selepas taklimat petang tadi dia terus ke bilik. Shima pula kata ingin keluar berjalan-jalan sekitar tempat itu dan akan pulang lewat.
Dia melangkah longlai ke pintu bilik itu. Kata balik lambat, shima ni nak kena dengan aku. Baru je nak lena. Fatia mendengus. Rambutnya yang panjang itu dibiarkan lepas.
Dia membuka kunci lalu menguak daun pintu.

"awalnya kau balik. Tak jadi jalan- jalan ke?" soal Fatia sambil mata terpejam.

Pabila mendengar tiada riak balas dari Shima, dia membuka matanya perlahan.

" kau kenap... Arghhh!!!" laju pintu bilik dihempas!! Turun naik dadanya menahan nafas yang laju. Jelas terbayang wajah Ian Shah yang seakan terkedu melihatnya. Lelaki itu diam tak berkata apa.
'Arghhh!! Kenapa aku tak tengok dekat lubang pintu dulu siapa yang datang! Dengan rambut macam hantu lupa sikat, entah-entah ada air liur basi' laju-laju dia meraba bibirnya. Fuhh nasib baik takde. Dia menggaru kepalanya, Eh! Dia nampak rambut aku!!

" Umiiii!!!!!"
Jerit Fatia stresss.

Ian Shah yang terkaku di depan pintu bilik Fatia dapat mendengar gadis itu menjerit tadi. Dia mengosok belakang lehernya. Tak menyangka Fatia akan membuka pintu dalam keadaan macam tu. Niatnya hanya ingin memberikan makanan kepada Fatia kerana tadi dia terserempak dengan Shima dan gadis itu meminta agar dia menghantar makanan kepada kawannya itu.
Dia mengantung plastik berisi nasi goreng di tombol pintu lalu dia menaip mesej kepada Fatia.

~ makanan ada di tombol pintu. Saya dah tinggalkan di situ.~

Fatia membaca mesej yang diterima. Mukanya membahang kembali. Malunya tuhan saja yang tahu. Dia tak ada hati nak balas mesej tersebut.

Pagi itu dia akan cuba mengelak dari bertemu dengan Ian Shah. Namun nasib tak menyebelahinya apabila saat dia dan Shima ingin bersarapan, miss Maya laju memanggil kami untuk duduk sarapan bersamanya dan tentu la Ian Shah ada bersama.
Shima laju saja duduk di sebelah miss Maya, jadi nak taknak dia kena duduk di sebelah mr Diktator itu. Mataku sudah diharamkan untuk menoleh ke kanan. Malu semalam tak habis lagi!

" Shima cakap semalam awak tak sihat, dah okay ke belum?" tegur miss Maya kepadanya.

" Errr... Dah okay miss," ujar Fatia sambil tersenyum.

" ehem.. So far macam mana dengan seminar ni? You guys dapat any input tak dalam seminar ni?" suara husky itu mula berbicara.

Fatia memandang Shima memberi isyarat agar kawannya itu dapat jawab bagi pihaknya sekali.

" alhamdulillah Dr... Banyak ilmu dan pengetahuan yang kami dapat sepanjang taklimat semalam. Tak rugi kami datang. Terima kasih kepada Dr Ian kerana pilih kami untuk attend seminar ni." jawab Shima.

" what about you Fatia?" soal Ian Shah lagi.

Tangan Fatia yang baru ingin menyuap bihun goreng ke mulut terhenti. Walaupun dia tidak memandang lelaki disebelahnya itu, Dia tahu mata pensyarahnya itu sedang merenungnya.

" so far so good Dr. Like Shima just said, tak rugi kami datang. We gained a lot of knowledge here" balasnya namun mata memandang Shima dan miss Maya silih ganti.

" ermm..." balas Ian Shah. Macam tak puas hati je tu,

Selesai bersarapan, mereka mula masuk ke dewan seminar. Segala pengetahuan yang dikongsi diingati sebaik mungkin oleh mereka. Fatia tidak menyangka dalam seminar sebegini banyak ilmu yang dapat diperolehinya. Selama ni dia menyangka program sebegini membosankan. Patutlah Uminya selalu menyuruh dia menghadiri majlis ilmu sebegini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience