Fatia menjenguk ke luar pintu. Gelap! Mesti dia dah tidur. Dengan berbekalkan lampu telefon dia menuju ke dapur untuk menghilangkan haus. Dia menghidupkan lampu dapur lalu mengambil gelas. Dia menekan butang pada penapis air cuckoo itu, lalu duduk di meja makan. Sambil meneguk air kosong itu dia melihat sekeliling dapur. Masih tak berubah dan saat terpandang sinki. Kenangan dimana Ian Shah membuat pengakuan cintanya pertama kalinya terlayar. Dia tersenyum mengingatinya.
" ehem.." suara husky itu mengejutkan Fatia lalu laju dia menoleh.
Ian berada di pintu dapur sambil merenungnya. Fatia melarikan wajahnya. Dia menghabiskan air di dalam gelasnya saat bangun, dengan selamba Ian mencapai gelas itu lalu mengisi air kosong. Dengan gelas yang sama digunakan Fatia, Dia meneguk air itu. Fatia tidak betah untuk duduk berduaan dengan lelaki itu. Saat dia ingin meninggalkan Ian di dapur, lelaki itu bersuara.
" can we talk?" soal Ian dengan nada yang mengharap.
Fatia lemah dengan renungan itu. Perlahan- lahan dia duduk dimeja makan, bertentangan dengan lelaki itu.
Lama, hanya mata menjalankan kerja. Fatia mula rimas.
" kalau awak taknak cakap pape, saya masuk bilik dulu. " ujar Fatia. Dia berura-ura ingin bangun.
" Tia masih marahkan abang?" soal Ian.
"maafkan abang, tapi malam ini abang nak clear the thing. Tolong bagi peluang untuk abang explain semua" pohon Ian lagi.
"nothing to explain Ian, you had tell me thousands time. Well yes, i already forgive you. Tapi saya tak boleh nak lupa. Masih terngiang-ngiang dalam kepala saya. Saya tak tahu macam mana untuk saya hapuskan semua itu. saya tahu saya dah jadi isteri derhaka selama 2 tahun saya tinggalkan awak. Sebab tu saya mohon lepaskan saya. Awak perlu cari kebahagiaan awak Ian. Cukup la awak bazirkan 2 tahun ini dengan saya." ujar Fatia. Entah kenapa malam ni dia ingin lepaskan semua yang terbuku di hatinya.
" macam mana abang nak bahagia jika Tia la kebahagiaan abang. This is not fair to me sayang. As i said before, abang tak terpaksa kahwin dengan Tia. Abang memang suka dan cintakan Tia tapi Fahim ingat abang terima sebab terpaksa." ujar Ian Shah lagi. Matanya dilihat sudah mula berkaca. Dia amat rindukan Fatia. Jika boleh dia ingin memeluk isterinya dengan erat dan langsung tak mahu melepaskannya.
" mungkin cik Maya kebahagiaan sebenar awak cuma awak yang tak nampak. Saya ni hanya masalah yang awak ingin selesaikan saja. Andai saya menerima awak kembali, saya takut saya tak dapat menjadi isteri yang solehah buat awak. Saya takut Ian, saya takut hati saya tak kuat untuk kali kedua. " balas Fatia. Air mata sudah tak mampu ditahan akhirnya jatuh dipipi.
Ian beralih ke sebelah Fatia.
" please dont cry, its hurt me inside here" tangan Ian dibawa ke dadanya sendiri.
" abang dan Maya takde apa-apa hubungan. Kami Tak lebih dari rakan setugas" jujur Ian.
" sebenarnya abang mula sukakan Tia saat pertama kali kita jumpa. 15 tahun yang lalu, masa tu abang umur 20 tahun dan Tia baru berusia 9 tahun. Tia mungkin tak ingat, abang memang berkawan rapat dengan Fahim sebab kami sebaya. Masa dekat kampung, pertama kali Tia jumpa abang. Tia bagi abang kertas berbentuk love. Masa tu abang tertarik dengan mata Tia yang unik. Abang tanya Tia kenapa bagi abang kertas tu. Then Tia cakap Tia suka abang. Masa tu abang hanya mampu tergelak.bagi abang Tia hanya seorang budak-budak yang lurus" luah Ian.
Fatia hanya diam mendengar butir bicara lelaki itu. Malu juga sebab seusia 9 tahun dia sudah pandai suka orang. Sebab tu Khairul salah faham dengannya apabila dia cakap sayang kepada lelaki itu ketika usianya 10 tahun. Dia terlalu lepas kata, itu yang membawa padah kepadanya.
"selepas itu, kita dah tak berjumpa sejak abang sambung belajar ke UK then kerja dekat sana. Lepas tu sambung PHD di sana juga. Mungkin Tia dah lupakan abang tapi tidak bagi abang, sampai abang rasa pelik kenapa selalu teringatkan Tia tapi abang bukan pedophilia yer." tegas Ian dengan serius membuatkan Fatia tersenyum nipis.
" Dengan Fahim pun abang terputus hubungan. Sampai la 2 tahun lepas kita berjumpa semula. Ketika di pintu cafe. Abang tak kenal pun Tia masa tu sebab dah 13 tahun berlalu, dan Tia pula dah besar tapi saat terpandang mata Tia, abang yakin itu Tia yang abang rindu selama ini dan masa Tia sebut nama penuh Tia dalam kelas abang happy sangat akhirnya abang jumpa semula Tia. "
" mungkin jodoh kita, masa abang balik kampung ketika itu abang jumpa Fahim dan kami kembali berhubung semula namun abang tak pernah beritahu Fahim yang abang sukakan Tia. Abang pendam perasaan abang. Pasal Khairul pun masa itu juga, abang dan Fahim tahu. "
Fatia merenung tepat kemata Ian. Mengharapkan penjelasan dari lelaki itu.
" kelakuan Khairul yang sentiasa resah, tangannya setiasa menggigil dan matanya seakan tak dapat melakukan eye contact itu memusykil kan abang tapi abang hanya perhatikan saja namun bila dengan Tia, segala itu seakan hilang. Lepas itu abang ceritakan dekat Fahim dan dia juga mula perasan. Sebab itu setiap kali Khairul bersama Tia, abang akan muncul. Begitu juga dengan Kimi, sebab abang taknak anything happen to you"
" tapi kenapa awak tak terus beritahu saya tentang mereka.. Sekurang-kurangnya saya akan cuba mengelak?" soal Fatia
" sebab on that time, abang nobody to you. Kalau abang beritahu Tia ketika itu, Tia mesti takkan percayakan abang terutama tentang Khairul. Sebab Khairul pandai mendapat kepercayaan Tia. Kimi pula abang tahu dia takkan buat lebih dengan Tia tapi tidak Khairul. Paksu merayu dengan Fahim dan ayah supaya tak ambil tindakan dan berjanji Khairul akan mendapatkan rawatan dan paksu akan mencari doktor yang bagus untuk merawatnya." Ian berhenti sekejap lalu mencapai tangan Fatia lalu mengenggamnya erat.
" Bila Fahim minta abang kahwin dengan Tia, abang rasa nak sujud syukur, abang happy sangat namun abang kawal riak gembira abang. Fahim cakap abang paling dekat dengan Tia untuk jaga Tia. Nak je abang jerit setuju, Belum abang cakap pape Fahim dah merayu dekat abang. Itu yang dia sangka abang terpaksa bila abang cakap setuju. Fahim tu terlalu sayangkan Tia." ujar Ian.
Fatia diserang rasa serba salah, teringat kata-kata benci terhadap abangnya dulu. Walaupun kini mereka dah berbaik namun Fatia seakan mencipta jurang antara mereka sehingga abangnya bertunang beberapa bulan lepas pun dia tak balik. Dia rasa ralat kerana membuat satu-satunya saudara kandungnya begitu.
" tapi Khairul tak berputus asa, dia tahu kita balik kampung, sebab itu dia pun balik kampung dan gunakan alasan Tina untuk mengaburi niatnya. Sebab itu abang nak balik awal ke Shah Alam. Sebab abang nak bincang dengan Fahim. Lepas kes Tia bunga itu, abang dan Fahim pergi jumpa paksu dan berbincang akhirnya paksu buat keputusan untuk membawa Khairul ke Perlis untuk mendapatkan rawatan. Sebab itu Tia tak diganggu namun segalanya menjadi masalah besar bila Tia menghubungi Khairul semula dan ketika itu la Khairul melarikan diri dari perlis. Kami tak tahu ke mana dia pergi dan Kalau kami tahu dia pergi Shah alam, awal- awal lagi kami akan menghalangnya. Saat dia tahu abang takde dengan Tia itulah dia ambil peluang untuk culik Tia" ujr Ian Panjang.
Fatia sebak mendengar penjelasan panjang Ian. Dia rasa bersalah kerana tak pernah memberi peluang sepenuhnya untuk lelaki itu, sehingga dia menghukum suaminya selama 2 tahun. Ya Allah, ampunkan aku...
" itu yang abang sentiasa nak jelaskan kepada Tia sebelum ni. I'm sorry sayang. Percaya la, abang cintakan Tia sepenuh jiwa raga abang." ujar Ian sambil mengusap pipi isterinya.
Tiba- tiba Fatia memeluk erat lelaki itu membuatkan dia tergamam.
" Maafkan Tia, abang. Tia berdosa dengan abang. Tia tak pernah bagi abang peluang. Tia menghukum abang begitu saja. " ujar Fatia dalam esak. Ian tersenyum bahagia.
" abang tak pernah marahkan sayang. Tia takde dosa dengan abang kerana setiap hari abang sentiasa ampunkan Tia. I love you sayang" ujar Ian lalu mengeratkan pelukan itu.
" i love you too abang" balas Fatia.
Share this novel