"aku terima nikahnya Fatia Iman binti Faliq dengan mas kahwin tiga ribu ringgit tunai!"
“sah! "
"sah! "
Dengan sekali lafaz, Fatia sah menjadi isteri kepada Ian Shah. Tangan diangkat menadah doa. Fatia di pelamin mengaminkan doa dengan perasaan yang berkecamuk. Gembirakah dia? Tidak sama sekali namun dia tidak bodoh untuk menjadikan diri sendiri sebagai ahli neraka. Walaupun dia tidak suka Ian Shah, namun lelaki itu sekarang adalah suami yang harus dia hormati, dia tidak mahu mengalas doa isteri derhaka.
" Assalamualaikum wifey..." bisik Ian Shah.
Suara itu menyedarkan Fatia dari lamunannya. Dia mengangkat wajahnya menatap lelaki itu di depannya. Kacak sungguh suaminya dengan berpakaian baju melayu berwarna putih sedodon dengannya. Sampin pula elok terletak menambahkan lagi kekacakkannya. Pertama kali dapat merenung Ian Shah dengan lebih dekat. Lelaki itu memilikki anak mata berwarna hazel. Mata yang bundar, alis tebal, bibir yang agak terbelah membuatkan ia nampak seksi. Berjambang nipis ala-ala lelaki kacak italian. Jawline terlihat menambahkan lagi kesempurnaan wajahnya.
Sentuhan di jarinya membuatkan Fatia tersentak. Ian Shah dilihat sedang menyarungkan cincin perkahwinan ke jari manisnya dan selepas itu uminya menghulurkan bekas cincin kepadanya dan dia menyarungkan cincin ke jari manis lelaki itu. Seusai itu dia menyalami dan mencium tangan lelaki itu. Dan tiba-tiba dagunya dipegang dan Ian Shah melabuhkan bibirnya di dahinya. Kerlipan flash kamera tak berhenti-henti mengangkap momen itu.
Selesai majlis, Fatia terus masuk ke biliknya untuk membersihkan diri. Ian Shah pula masih berada di bawah bersama abang Fahim dan beberapa kawannya. Majlis yang tertutup itu hanya dihadiri oleh keluarga sahaja dan hanya Shima sahaja kawannya yang tahu akan perkahwinannya.
Selesai berpakaian, saat Fatia menyapu losyen di lengannya pintu bilik dibuka dari luar. Ian Shah yang lengkap berbaju melayu masuk ke kamar itu. Tanpa sepatah kata dia mengambil pakaian di dalam bagasi yang dibawa dari rumahnya. Saat itu dia terpandang tuala di atas katil. Pasti Fatia yang meletakkannya, lalu dia mencapai tuala tersebut dan masuk ke bilik air.
Fatia mendengus perlahan. Memang tak la aku nak layan kau macam isteri mithali. Tu kira baik aku sediakan tuala.
15 minit kemudian, Ian Shah keluar dari bilik air siap berbaju cuma tuala masih dipinggangnya. Dia melihat Fatia duduk di meja belajar sambil memegang telefon.
" Fatia, dah solat belum?" soal Ian Shah.
Namun tiada respon dari isterinya.
"Fatia Iman! Awak dah solat belum!?" kali ni suara Ian naik satu oktaf.
Fatia mencebik!
" cuti!" balasnya namun matanya masih melihat telefon di tangannya.
" as i told you before, saya tak suka orang bercakap dengan saya tanpa memandang muka saya!" tegas Ian Shah.
Fatia memusingkan kepalanya lalu dengan laju mendekati Ian. Sangat dekat sehingga nafas lelaki itu dapat dirasa di kepala Fatia.
" Saya cuti! Saya datang bulan! Puas hati!? " ujar Fatia sambil memandang tepat ke dalam mata Ian Shah.
Tak semena-mena Ian Shah mendekatkan dirinya membuatkan hidung mereka hampir bersentuh. Fatia tersedar akan kesilapannya, dia mula mengundur dan Ian Shah mula mendekatinya sehingga Fatia mula terperangkap di almari dan Ian Shah meletak tangannya kiri dan kanan Fatia. Memerangkap Fatia dari lolos. Wajah Fatia berubah pucat.
" dont you dare to provoke me Fatia. I can do anything to you before you can imagine it!" tajam matanya merenung ke arah Fatia sambil tersenyum sinis. Tajam yang menggoda! Fatia menelan air liurnya. Tiba-tiba Ian Shah menjarakkan tubuhnya lalu meninggalkan Fatia yang masih cuba menenangkan debaran di dadanya disitu.
Ian mengambil kain pelikat dari dalam begnya lalu memakainya. Sejadah dihulur kepada Fatia.
"tolong hampar ikut arah kiblat." arah Ian Shah.
Laju Fatia mengambil lalu menghamparkannya. Selesai, dia terus keluar dari bilik itu. Tak betah duduk berdua bersama lelaki yang sudah menjadi suaminya.
Jam menunjukkan tepat 1 pagi, Fatia masih duduk termenung di ruang menonton tingkat atas rumahnya.
' dah tidur belum lelaki tu ek?' desis hatinya. Teringat perbualannya dengan Fahim tadi.
" Ian mana?" soal Fahim.
"dalam bilik, tengah solat" jawab Fatia. Matanya masih menonton rancangan di tv.
" adik marah lagi ke?"
" entah!"
Fahim mengeluh. Dia mendekati adiknya lalu memeluk bahu Fatia.
" abang tahu adik anak yang baik. Abang faham perasaan adik. Tapi abang yakin Ian akan lindungi adik sebaik mungkin. Lepas dua kejadian yang terjadi dekat adik, abang tak sanggup nak biarkan adik sorang-sorang. Abang tak dapat sentiasa di sisi adik. Ian adalah yang selayaknya. Sebab itu umi dan ayah pilih dia jadi suami adik. Abang yakin dia mampu bahagiakan adik. Terima dia dengan hati yang terbuka ye dik? " pujuk Fahim.
Fatia melentokkan kepalanya ke bahu Fahim.
" adik tak tahu. Adik masih tak bersedia untuk menjadi seorang isteri. Adik anggap dia sebagai pensyarah adik, tak lebih dari itu. Berikan adik masa." ujar Fatia. Air mata yang ingin mengalir ditahan agar abangnya tak perasan.
" abang ada jika adik ingin kongsi masalah. Jangan pendam. Abang tahu adik masih trauma. Adik kena kuat, sekuat adik melawan penjahat itu" ujar Fahim.
" adik cuba.." dia mengangkat kepalanya dan membuat muka ceria. Cukup la keluarga risau tentang dia.
"adik taknak tidur lagi ke? Abang dah ngantuk ni. Abang masuk bilik dulu lah" ujar Fahim lalu meninggalkan Fatia di situ.
Dia melangkah ke biliknya yang hanya diterangi lampu katil. Dia melihat susuk Ian Shah yang sedang nyenyak tidur. Dia berjalan perlahan-lahan. Masuk ke bilik air, selesai mengosok gigi dan mencuci muka. Dia naik perlahan-lahan ke katilnya tanpa mahu mengejutkan suaminya itu. Nasib baik dia guna katil king, jadi ada ruang yang luas diantara mereka. Sempat dia meletakkan bantal di tengah-tengah, langkah langkah pencegahan kononnya. Dia merasa lega dapat melabuhkan badannya di tilam yang empuk itu. Terdengar hembusan nafas halus lelaki di sebelahnya. Nyenyak betul tidur. Fatia mula memejam matanya lalu dia melayari bahtera mimpinya.
Ian tersedar saat mendengar suara seakan meracau. Dia mencelik matanya dan saat itu dia terpandang Fatia disebelahnya seakan menjerit dengan tangannya mengawan-awan di udara.
" jangan! Jangan! Tolong lepaskan aku!!" racau Fatia sambil mata terpejam.
Ian bangun lalu ingin mengejutkan Fatia yang sedang mengigau tu.
" jangan sentuh aku!! Lepaskan aku setan!!" jerit Fatia lagi. Nampak dilihat tubir matanya berair.
" Fatia! Wake up!! " Ian mengoncang sedikit tubuh Fatia.
Fatia terus bangun terduduk lalu menangis teresak-esak. Dengan spontan Ian memeluk Fatia dan saat Fatia ingin menolak tubuh itu, dia mengeratkan lagi.
" shhh.. Its me Ian.. You are safe now... Im here for you Tia.. " pujuk Ian. Saat merasa Fatia membalas pelukannya, dia mengosok belakang Fatia perlahan.
"
" dia nak rogol saya... Saya takut.. " ujar Fatia teresak-esak.
" no one can harm you. I'm here will protect you Tia.. Dont worry my wifey" bisik Ian.
Ian membiarkan Fatia menangis didalam pelukannya sehingga gadis itu tertidur. Dia membaringkan Fatia semula. Apabila melihat Fatia tak mahu melepaskan pelukan dia mengeratkan lagi pelukkannya ibarat melindungi gadis itu. Dia menyambung semula tidurnya yang terganggu tadi.
Share this novel