Dia membetulkan tudung dikepala. Selepas berpuas hati dia mencapai beg sandangnya lalu keluar dari biliknya.
Pap!
“hoi! Mak kau tepuk!! "
Hahaha....
" kau ni kan! Aku ketuk kepala tu makin pendek kau nanti" ujar mangsa tepukannya tadi.
" hahaha... Alah, gurau dipagi hari pun tak boleh." ujar Fatia Iman sambil menyapu nutella ke roti hiris gardenia.
" banyak la kau punya gurau di pagi hari. Nasib aku tak mati tercekik roti tau tak!!" marah Shima, rakan baiknya merangkap housemate kesayangan.
" dah jom gerak, kan lambat tak pasal-pasal kena duduk paling depan dalam kelas" ujar Fatia Iman. Shima membasuh cawan yang digunakan tadi lalu mereka meninggalkan rumah sewa mereka.
Fatia dan Shima merupakan BSM. bestfriend sampai mati. Dahla berjiran, Dari sekolah ke diploma dan sekarang mereka melanjutkan ke peringkat ijazah bersama- sama. Sehingga ibu bapa mereka menggelar mereka belangkas berjalan. Masing-masing memang memerlukan satu sama lain. Segala suka duka dikongsi bersama.
Shima memberhentikan kereta di kotak parking. Dia memberikan kunci Kereta myvi merah itu kepada tuannya iaitu Fatia. Nama je ada kereta tapi penakut yakmat, kesudahannya Shima menjadi driver terhormatnya.
" nak pergi cafe tak? Awal lagi ni." soal Shima.
" jom... Saka Pak Tam dah panggil aku suruh pekena kopi kaw dia tu " balas Fatia Iman selamba.
"amboi.. Dengar dek Pak Tam, mau kau kena kejar dengan air kolah masjid karang. Suka hati je cakap Pak Tam ada saka" marah Shima.
" hahaha...memang la Pak Tam ada saka, tu Sakinah gedik tu" balas Fatia selamba lalu ketawa terbahak-bahak.
"hahaha aah la... Macam mana aku boleh lupa tentang saka sorang tu" balas Shima lalu ketawa bersama.
Saat Fatia menolak pintu cafe, tiba-tiba hasil tolakan yang kuat itu membuatkan orang dari dalam yang nak keluar itu tak dapat bersedia dengan tolakan itu.
"arghhh"
Jeritan dari dalam menyentak Fatia dan Shima. Mata Fatia memandang badan tegap di depannya atau lebih tepat lagi kepada corak abstrak air kopi yang agak besar dikemeja biru lembut lelaki dihadapannya itu.
"maaf-maaf kami tak sengaja" ujar Fatia lalu mencari tisu didalam beg sandangnya. Bunyi lelaki itu mendengus marah.
Fatia menghulurkan tisu kepada lelaki itu namun tiada sambutan. Dia mendongak memandang lelaki tinggi lampai itu. Mata mereka bertentang buat beberapa saat.
Mak aihh! Ni mat saleh mana sesat pulak ni? Heloks nau... Tapi jelingan tajam lelaki itu membuatkan matanya menunduk semula.
" next time use your beautiful eyes to see and read the sign. When it writen PULL, then you have to PULL not PUSH! typical Malaysian!!"
sound lelaki itu lalu meninggalkan gadis berdua itu terpingga- pingga.
"wehh bapak handsome. Siapa tu ek? Tak pernah nampak pun sebelum ni?? Ada pertukaran pelajar ke sekarang? " soal Shima memecahkan kesunyian antara mereka.
Fatia menjungkit bahunya.
"handsome lagi Pablo atuk aku."
cebik Fatia. Handsome tapi perangai tak handsome tak guna jugak. Desis hatinya.
Pablo?? Pablo tu kambing peliharaan atuk Fatia di kampung.
"dahlah, jom pergi kelas. Hilang mood aku nak minum coffe"
ujar Fatia lalu menarik tangan Shima meninggalkan cafe tersebut.
Mereka sampai awal ke dewan kelas. Macam biasa, nama pun student 'baik', tempat yang belakang lagi tercorot itu yang menjadi kegemaran. Fatia dan Shima mengambil tempat mereka. Pagi ini kelas yang paling tidak digemarinya oleh sorang manusia bernama Fatia Iman. Fundamental of economic. Terngiang-ngiang suara prof. Halim yang mendayu-dayu ibarat membuainya tidur. Nasib baik la setiap test dapat dijawab hasil dari ulangkaji bersama Shima.
"weh! Korang nak tau gosip tak?" tegur Misha, rakan sekelas mereka tiba-tiba.
"apa dia?" balas Shima bersungguh. Fatia hanya mendengar sahaja.
" hari ni ada lecturer baru ganti prof Halim. Dengar kata muda and handsome. Ishh tak sabar aku nak tengok 'Dr. Hot and spicy' tu.." ujar Misha.
"Dr. Hot and spicy??" sampuk Fatia tiba-tiba.
"yup! Ramai student panggil dia gelaran tu. Muda-muda dah ada Phd, mau tak hot " balas Misha lagi.
" apasal aku tak pernah dengar pun pasal Dr. Ni pon sebelum ni??" soal Shima. Fatia yang seakan tak berminat untuk mengambil tahu hanya melihat telefonnya.
"sebelum ni dia mengajar dekat kampus Puncak Alam. Bulan ni baru pindah kampus kita." jawab Misha dengan yakinnya.
Tiba-tiba kelas yang agak bising menjadi senyap. Semua mata menfokuskan figura yang berjalan memasuki dewan kuliah tersebut. Fatia memandang sekilas kehadapan lalu menyimpan handphone nya ke dalam beg. Lalu kaca mata kesayangan di gantung dihidung mancungnya. Dah tau rabun duduk belakang. Buku rujukan dikeluarkan dan saat dia menoleh ke arah Shima, kawannya itu seakan menjadi patung cendana. Dia mencuit Shima, dengan menggunakan gerak bibir 'kau kenapa?' yang pasti difahami Shima namun gadis itu hanya menjuih bibirnya untuk Fatia melihat ke hadapan. Saat dia memfokuskan figura di depan yakni pensyarahnya, tak semena-mena dia ingin menyorok bawah kerusi.
"Assalamualaikum and good morning class."
Suara husky itu bergema di dalam dewan kuliah yang menempatkan hampir 50 orang pelajar itu. Tak perlu guna mikrofon ek, suara yang lantang dan serak itu mampu membuatkan semua mendengar.
Fatia menelan air liur yang seakan tersekat di kerongkong. Dia memerhati pada kemeja lelaki tersebut sudah bertukar dari biru lembut yang bercorak kopi pagi tadi ke warna putih beserta tali leher dark blue halus. Dia cuba untuk menyembunyikan badannya dari figura sasa di depan.
"my name is Dr. Ian Shah, you can call me Dr. Ian. I will replace Prof. Halim until end of this semester"
Lelaki itu menunjukkan slide namanya untuk para pelajar menyalin nama tersebut. Masing-masing mencatat nama keramat itu ke nota.
"during my class, i want all of you focus and pay attention. I wil not telling you when i want to make a test or presentation so just always be prepare."
Masing-masing menelan air liur. Gerun mendengar ayat yang keluar dari mulut pensyarah muda itu. Muda ke??
" ingat! Sekali you guys buat perangai, i takkan teragak-agak buat kamu fail dan kita and berjumpa lagi di semester depan. Sekali you absent my class, 5 peratus akan ditolak! Saya amat menitik berat tentang kehadiran so be responsible to your study" tegas Ian Shah lagi.
~you are my sunshine... My only sunshine... You make me happy.... ~
Tangan Ian Shah yang ingin menulis terhenti.
Fatia Iman membongkok kelam kabut mencari telefon. Ishh telefon ni time ni juga nak bunyi.. Salah kau jugak sape suruh lupa silent. Saat dia berjaya mematikan deringan tersebut, dia dapat mendengar suara husky itu menyuruhnya berdiri. Siap menyatakan kedudukan mejanya lagi.
Dengan berat hati, Fatia berdiri sambil matanya melihat lantai. Bala dah sampai.
" i think in this class is all degree's student and all of you should know the rules of attending class! Kalau nak bercinta pun tunggu lepas class. What your name??" soal Ian Shah. Matanya tajam merenung gadis di hujung sana.
"... Fatia Iman.."
" louder please! "
" im sorry Dr, My name is Fatia Iman! " suaranya naik satu oktaf"
" i hate when people talk to me without see me, its term of rudeness!!"
Fatia mengangkat wajahnya dengar mengharap bahawa pensyarahnya tidak mengingati insiden pagi tadi.
Tajam renungan mata seakan ingin menelannya hidup-hidup.
" 5 percent will be deduct from your mark. Sit! " ujar Ian Shah selamba.
Fatia sudah ternganga tidak percaya. Dia menghempas punggungnya ke kerusi dengan hati yang panas. Bukan sengaja pun tak silent handphone! Dengan hati yang panas mengelegak itu setiap patah perkataan yang diucap oleh lelaki di depan tidak didengarinya.
"that all for today, remember to do task that i give. Next week i want the good answer! Class dismiss"
Masing-masing mula mengemas, Fatia laju-laju mengalas begnya. Ingin keluar secepat yang mungkin. Shima pula kelam kabut mengejar kawannya itu.
"Tia... Tunggu la..." jerit Shima perlahan.
"Fatia Iman! Come here.. " panggil satu suara membuatkan kakinya brek mengejut. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah suara itu. Shima seakan terkedu mendengar nama kawannya di sebut.
"err... Aku tunggu kau kat luar ye.."
Cess... Ingat nak back up aku, pandai pula nak ngelat Shima ni. Desis Hati Fatia.
"ye Dr" tegur Fatia.
Lelaki itu tak respon tetapi sibuk mengemas barangnya. Fatia yang berdiri ibarat mendengar lagu negaraku berkumandang sudah mula gelisah. Ian Shah mengangkat wajahnya. Matanya seakan terpaku, mata gadis di depannya seakan kelabu yang cantik. Matanya yang bundar, berkulit putih mulus, bibir yang merah serta dagu yang terbelah sedikit.
" err... Dr Ian??"
"ehem... Ikut saya ke office sekarang!" suara husky itu memberi arahan dengan wajah beku.
"tapi kenapa Dr?"
"tak perlu banyak tanya"
Ian Shah meninggalkan Fatia terkebil- kebil.
Arghh! Dasar diktator!!. Rungut Fatia dalam hati.
Share this novel