Ian cuba mendial nombor Fatia tapi masuk ke peti simpanan suara. Dia mencuba lagi. Sejak pagi tadi Fatia tidak mesej mahupun menelefonnya. Dia mencuba lagi namun gagal.
Saat ingin masuk ke dewan seminar, telefonnya berbunyi.
" assalamualaikum Dr Ian, Shima ni"
" Waalaikumusalam ye Shima kenapa?"
" Tia... Tia hilang!" ujar Shima. Terdengar suara esakan Shima.
"Apa!!" jerit Ian.
"kami dah cari Tia merata tapi tak jumpa. Pagi tadi dia pergi kampus sendiri sebab semalam saya kena balik rumah ada kecemasan. Pagi ni Tia tak datang kelas, bila pergi rumah Dr, kereta Tia ada tapi Tia takde dalam rumah. Pintu rumh Dr pun tak berkunci." ujar Shima lagi.
" saya balik sekarang. Tolong inform Fahim! " ujar Ian lalu meninggalkan dewan seminar. Dia harus balik ke Shah alam dengan kadar segera.
Puan Fatimah menangis di samping Shima.
" maafkan ima umi, kalau Ima tak tinggalkan Tia semalam benda ni takkan jadi. " ujar Shima.
" bukan salah Ima, benda dah nak jadi. Kita doakan semoga Tia selamat." ujar Tuan Faliq.
Fahim hanya menunduk. Buntu ke mana hilang adiknya itu. Khairul pula hanya berdiam diri dari tadi.
" macam mana kau tahu rumah Tia, Khai? Soal Fahim.
" sejak kelmarin aku tolong teman Tia dan Shima balik rumah. Sejak Tia kena ganggu, sementara Ian takde ni" ujar Khairul.
" betul tu abang Im, Ima dan Tia minta tolong abang Khai" tambah Shima pula.
" apa kita nk buat ni bang, Mah risau keadaan adik tu" rintih puan Fatimah dalam tangis.
" kita tunggu polis datang. Ian pun dalam perjalanan pulang. Kita doa banyak-banyak Tia selamat" ujar Tuan Faliq.
Fatia sedar dari pengsan. Rasa pening kepalanya, saat itu dia baru sedar tangan dan kakinya di ikat. Matanya ditutup dengan kain hitam.
Dia dekat mana? Dia cuba mengingati kembali pagi tadi semasa ingin ke kampus, saat ingin mengunci pintu rumahnya, hidungnya ditekup dari belakang dengan sehelai kain dan selepas itu dia sudah tak sedarkan diri. Dan sekarang dia berada di tempat asing.
Bunyi derapan kaki membuatkan Fatia kaku. Dia dapat rasakan ada figura berhenti depannya. Tangan kasar lelaki itu membuka balutan di matanya. Dan lelaki bertopeng ski muncul di depannya membuatkan dia terpana.
" apa kau nak dari aku hah?! Lepaskan aku!!" jerit Fatia.
Lelaki itu senyap. Dia mengelilingi Fatia yang duduk di sebuah kerusi. Dia membelai pipi Fatia. Fatia cuba melarikan dirinya.
" kenapa kau kacau aku! Kenapa kau buat aku macam ni!!" soal Fatia lagi.
Lelaki itu berdiri depannya. Tiba-tiba dia ketawa.
Suara tu? Desis Fatia. Tak mungkin dia!
Melihat riak muka Fatia seakan terkejut, dia meninggalkan Fatia di bilik itu.
Ian mundar mandir di ruang tamu rumahnya. Tan Sri Ismail cuba untuk menenangkan anaknya tapi tak berjaya.
" Ian, duduk dulu. Biar polis yang settle kan benda ni" ujar Tan Sri Ismail.
" betul tu Ian, ayah rasa pihak polis pasti dapat jejaki dia" ujar Tuan Faliq pula.
" Im tak sangka ayah sampai macam tu sekali dia buat Tia" ujar Fahim.
" kalau Ian tahu nak jadi macam ni, dari dulu lagi Ian sumbat dia dalam penjara!" Ian bersuara.
" ada sebab kenapa kita tak buat macam tu Ian. Kita doakm banyak- banyak agar dia tak buat kerja gila" ujar Tan Sri Ismail lagi.
'sayang, maafkan abang.. Abang gagal lindungi sayang' rintih hati Ian.
Share this novel