Dia menghampiri kandang kambing atuknya itu. Dari kejauhan dia melihat atuknya sedang memberi kambingnya makan.
"amboi makin besar Tia tengok si Pablo ni. Buat kambing golek sedap ni tuk. " tegur Fatia. Tok Mat tersenyum mendengar kata-kata cucunya itu.
"cuba la kalau nak merasa tanduk si pablo tu." balas tok mat bersahaja
"abang mana tuk? Dari tadi Tia tak nampak. Jangan cakap dia dah balik KL pulak" soal Fatia lagi.
Petang ini merela akan berangkat pulang ke KL. keluarga Paksunya sudah berangkat pagi tadi kerana abang Khairul ada kerja yang hendak diselesaikan.
"entah la, atuk pun tak perasan jugak."
Fatia menghampiri Pablo. Kenapa Pablo? Sebab antara banyak-banyak kambing atuknya, badan Pablo dan tanduk dia jugak paling besar. Pablo tu nama diberikan oleh dia dan abangnya kerana gaya kambing itu ala-ala gangster.
Fatia mengacah-acah Pablo. Dia ketawa mengejek saat pergerakkan Pablo yang terikat dengan tali. Fatia mengacah lagi.
Tanpa Fatia sedar akibat tarikan yang kuat, tali yang mengikat Pablo terungkai. Fatia pelik melihat Pablo semakin menghampirinya. Luas matanya saat melihat hujung tali sudah berada di atas tanah.
" Atuk!!!! Tolong Tia!!!" jerit Fatia sambil berlari. Matanya masih melihat Pablo yang mengejarnya di belakang.
"Tia!! " saat itu dia mendengar suara abangnya dari hadapan.
Bukkk...
"abang.. Tolong Tia bang! Pablo nak tanduk Tia!!!"
Ujar Fatia sambil berlari ke belakang badan abangnya. Dia memeluk erat belakang tubuh abangnya itu. Matanya dipejam erat. Mengeletar tubuhnya membayangkan tanduk Pablo yang besar itu.
"Tia..."
Eh! Kenapa suara abangya seperti jauh?
"Tia oi..."
Aah la, jauh sangat ni. Kan aku tengah peluk dia ni? Apasal dia tengah rancak ketawa pulak tu??
Saat mendengar suara Pablo mengembek makin menjauh. Dia membuka matanya perlahan lahan.
Dia melihat abangnya tengah memegang tali yang mengikat Pablo. Di depannya!! Habis aku peluk siapa? Takkan atuk, badan sado pulak tu?.
"Ehem!!"
Ibarat kejutan eletrik! Fatia melepaskan pelukannya.
Ya Tuhan!!! Aku nak terjum lombong!! Jelas wajah kemerahan Dr Ian Shah a.k.a Mr diktator menahan malu. Ke marah??
Fatia laju berlari ke arah abangnya lalu menyorokkan sikit badannya ke belakang.
" Maaf.. Tak sengaja! Ingat abang Fahim tadi" jerit Fatia dari belakang Fahim.
Abangnya itu menghamburkan tawanya lagi. Fatia mencubit geram belakang abangnya itu.
" Aduii... Sakit la adik!!" marah Fahim sambil menggosok belakang pinggangnya.
" Sorry la Ian, Tia cepat mengelabah. Pablo tak heran pun nak kejar dia. Dia yang over lari. Tu yang terpeluk kau tadi"
Ian Shah hanya tersenyum nipis sambil mengeleng kepala.
" Dah-dah la gelak tu!" bisik Fatia kepada abangnya.
Ian Shah masih dengan riak tak berperasaan dia.
" Dahlah! Nak masuk rumah! Gelak la sampai terkencing!" protes Fatia lalu meninggalkan abangnya yang masih ketawa. Saat lalu di sebelah Ian Shah, dia tak berani mengangkat wajahnya. Takut untuk melihat renungan tajam lelaki itu.
" sorry again" ujar Fatia lalu melajukan langkah kakinya ke pintu dapur.
Ian Shah hanya melihat Fatia yang seakan berlari anak menjauhi dia dan Fahim.
~ kelas petang ni cancel.. replace on another day, will update later~
'Mr. Diktator'
Terasa ingin lompat bintang saat ini. Sejak kejadian 'pelukan' di kampung beberapa hari yang lepas, dia tak rasa boleh berdepan dengan lelaki itu buat masa sekarang. Nasib baik kelas batal. Tak perlu hadap dia untuk seminggu lagi!
Setelah dia memaklumkan kepada semua rakan kelasnya. Dia berura mahu pulang ke rumah. Hari ni dia terpaksa memandu sendiri kerana Shima ada perjumpaan bersama persatuan yang disertainya.
Mesti ramai pelik kan kenapa sebelum ni Fatia tak memandu sendiri? Sebabnya dia pernah kemalangan kecil ketika memandu, disebabkan terkejutkan anjing melintas, dia terbabas melanggar divider. Namun hari ni terpaksa la dia kuatkan semangat jiwa dan raga untuk memandu. Jangan la ada anjing yang melintas hari ini.
Saat ingin undur, telefonnya berbunyi.
" assalamualaikum Tia, abang Khai ni"
"waalaikumusalam.. Ye abang Khai, kenapa ya?"
" Tia dekat mana? Ada kelas ke?"
" tak ada, ni Tia nak balik rumah"
" jom keluar minum. Abang ada dekat area kampus Tia ni"
" yeke? Okay abang Khai bagi location. Tia pergi sana"
Saat Khairul memberi lokasi, dia terus memecut ke situ.
"sorry lambat..."
Ujar Fatia lalu melabuhkan punggung di kerusi depan Khairul.
" its okay. Order la dulu" ujar Khairul lalu memanggil pelayan. Fatia tersenyum.
"abang Khai dari mana ni?" soal Fatia selepas pelayan meninggalkan mereka. Dia memerhati ke sekeliling, ramai juga pelanggan waktu begini.
"abang jumpa klien dekat area sini. Teringat kat Tia, tu yang abang call ajak jumpa. Tak sangka ada rezeki bleh jumpa" ujar Khairul sambil tersenyum.
" tulah. Sepatutnya petang ni ada kelas tapi pensyarah Tia cancel. Tu yang free sekarang ni. Ingat nak balik rumah terus tadi" balas Fatia tersenyum.
"Tia tak dating dengan boyfriend ke? Selalu student ni pantang kelas cancel. Mula la datingg je kerjanya." ujar Khairul lagi.
" Tia mana ada boyfriend abang Khai! Nak kena bebel dengan Umi kalau kantoi ada pakwe. Lagipun..."
"Tia...."
Mereka berdua menoleh ke arah suara tersebut.
" Tia buat apa dekat sini?" soal Kimi sambil matanya sesekali menjeling ke arah Khairul.
" nama pun restoran Kimi, datang makan minum la.." jawab Fatia malas.
" Ni siapa?" soal Kimi sambil melihat ke wajah Khairul.
" Ni abang Khairul. Sepupu saya"
"Khairul.."
"Kimi, boyfriend Tia.."
Mereka bersalaman. Khairul menoleh ke arah Fatia. Raut wajahnya ibarat menginginkan kepastian.
" ni kawan sekelas Tia! Bukan pakwe Tia pun!!" marah Fatia.
Khairul menjeling tajam Kimi di tepinya.
" awak jangan nak kacau adik sepupu saya. Kalau awak menyusahkan Tia, pecah muka saya kerjakan nanti!" Khairul memberi amaran kepada Kimi. Geram dia melihat cara pandangan Kimi terhadap Fatia. Pervert!
Kimi terus meninggalkan mereka berdua selepas melihat renungan tajam Khairul.
" dia selalu kacau Tia ke? " soal Khairul prihatin.
" dulu ada la sekali. Lepas tu takde pulak. Tadi jela dia berani tegur Tia" jawab Fatia malas.
" kalau dia berani kacau Tia lagi beritahu abang. Tahu la abang nak ajar budak hingusan tu macam mana. Berani dia kacau adik abang ni" ujar Khairul.
Fatia tersenyum. Cara Khairul sebijik abang Fahim. Over protective.
Mereka menikmati makanan dan saat Fatia menoleh ke arah sekeliling kedai, matanya terpandang ke arah pasangan yang duduk di meja hujung. Dr Ian Shah! Dilihat lelaki itu memegang tangan seorang wanita yang sedang duduk bertentangan Ian Shah. Lelaki itu seakan tengah memujuk wanita itu. Dia tak dapat melihat dengan jelas wajah wanita itu kerana dia membelakangi Fatia. Sedang dia ralit melihat adegan itu, tak semena-mena Ian Shah menoleh kearahnya. Dia terpana saat mata tajam itu menikam wajahnya. Laju dia mengalihkan pandangannya.
" dah! Jom Tia" tegur Khairul. Fatia terus bangun tanpa menoleh ke arah Ian Shah lagi.
Cehh cancel kelas sebab nak dating rupanya! Desis Fatia.
Share this novel