BAB 4

Romance Completed 67032

" Assalamualaikum atuk!!"
" apa ni adik duk terjerit-jerit ni. Malu la abang ada adik macam ni!" marah Fahim.
Fatia tersengih mendengar teguran abangnya.

"waalaikumusalam.. Cucu atuk dah sampai rupanya." balas Tok Mat.
Fatia dan Fahim menyalam atuknya itu lalu Fatia memeluk erat tubuh tua itu. Sesungguhnya Fatia cucunya yang paling manja dengannya.

" mana umi dan ayah tuk?" soal Fahim sambil mengeluarkan beg pakaiannya.

" umi dan ayah kamu ke pekan beli barang untuk kenduri nanti. Keluarga Paksu kamu pun baru sampai tu. Pergi la jumpa mereka dekat dalam" ujar Tok Mat.

"hah.. Dah sampai orang KL. Masuk la Im, Tia" tegur Paksu.

Fatia dan Fahim menyalami Paksunya. Tokmat ni ayah belah Uminya. Uminya hanya ada dua beradik iaitu umi dan paksunya sahaja.
Saat melangkah masuk dia dapat melihat sepupunya disitu.
Kartina dan abang Khairul.

Abang khairul mudah 2 tahun dari abang Fahim yang berumur 33 tahun. Manakala Kartina pula tua setahun dari nya. Maknanya Kartina 23tahun manakala Fatia pula 22tahun. Iya, jarak Fatia dan abangnya adalah 11 tahun. Sebab itulah dia sangat manja.

"Tia apa khabar? Lama abang Khai tak dengar berita. Makin cantik anak dara umi long ni" tegur Khairul ramah.
Fatia dapat lihat reaksi menyampah Kartina.

" Tia sihat. Abang Khai pun makin hensem sekarang, dah ada calon ke?" balas Tia berbasi basa.

" hahaha.. Sape la nak kat abang Khai ni Tia," balas Khairul segan.

"abang Khai tu kot jual mahal, abang Khai kerja mana sekarang?" soal Fatia lagi.

" abang kerja area Shah alam. Dekat seksyen 7"

" lahh dekat la dengan kampus Tia, nanti ada masa boleh la kita jumpa" ujar Fatia teruja.

"boleh, nanti Tia bagi nombor telefon. Senang abang nak contact"

" okay!" balas Fatia tersenyum.
Fahim yang baru melangkah masuk terus bersalam dengan Khairul.

"Abang Im apa khabar?" tiba-tiba suara Kartina kedengaran.

"alhamdulillah.. Tina dan Khai apa khabar?" tegur Fahim pula.

" sihat tapi rindu la kat abang Im, lama tak jumpa katakan" terus berubah gedik suara Kartina.

Fatia yang dari tadi didepan dia takde la pulak nak tanya khabar. Fatia mengambil begnya lalu masuk ke bilik tetamu yang sentiasa dia duduki jika balik ke kampung itu. Umi dan paksunya sama-sama kongsi duit untuk ubahsuai rumah atuknya menjadi lebih selesa. Ada 7 bilik kesemuanya 4 diatas 3 dibawah. serta satu ruang solat keluarga.

Fatia melangkah masuk ke biliknya. Tudung dikepala dibuka lalu dia merebahkan badannya ke katil. Telefonnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk

~ Tia, ni no. Abang Khai, jangan lupa save yer :) ~

Fatia tersenyum. Mesti abang sepupunya itu ambil nombornya dari abang Fahim.

~ okay ;) ~

Fatia membalas mesej itu lalu dia memejam matanya untuk tidur sebentar.

Seusai solat magrib berjemaah, mereka makan malam hasil dari masakan umi dan maksu.

" sedapnya lauk maksu masak ni." puji Fatia. Maksunya tersenyum senang.

" tambah lagi Tia jangan malu-malu. Maksu tengok kamu tu makin kurus sekarang ni" tegur Maksu.

"mana tak kurus Su, hari minggu bukan nak balik rumah ibu bapa, duk terperap dekat Shah Alam tu. Puas kita bebel tak didengarnya." suis bebelan Puan Fatimah dah on.

Fatia hanya mampu tersengih je. Kartina membuat muka bosannya.

" abang Im dah ada girlfriend ke? " soalan Kartina membuatkan Fahim tersedak. Fatia menghulurkan air kosong kepada abangnya itu selepas itu dia mengosok perlahan belakang abangnya.

"kamu ni Tina, sampai tersedak si Fahim tu" marah Paksu.
Fahim tersenyum menahan perit di tekaknya.

"Im ni, girlfriend dia tu kerja dia jela. Maklong pun tak tahu dia ni ada makwe ke tak" balas Puan Fatimah.

"Umi..." panggil Fahim segan.
Fatia hanya tersengih nakal. Dia tahu abangnya itu ada teman istimewa. Siapa lagi kalau bukan kak Melisa, rakan sekerja abangnya. Sudah beberapa kali abangnya membawanya berjumpa dengan Melisa cuma dia tak berani lagi untuk membawa kak Melisa berjumpa Umi dan Ayah.

" yang Tia tersengih sengih ni kenapa?" tegur ayahnya.

" hah??" soal Fatia terpingga- pingga.

" ingat kat boyfriend ke?" usik Khairul pula.

" ishh.. Tia mana ada boyfriend la abang Khai!" muncung mulutnya.

Seisi meja ketawa kecuali Kartina. Dia tahu sepupunya itu tak sebulu dengannya. Ah lantak mung la...

Pagi itu Fatia keluar dari rumah mencari abangnya untuk mengajak ke pekan kerana ada barang yang uminya suruh beli. Dari kejauhan dia melihat Fahim dan Khairul sedang berbual di pangkin dengan seseorang. Mungkin kawannya. Yela abangnya lagi lama menetap di kampung berbandingnya so tak hairan la abangnya ada kawan di kampung atuknya.
Fatia menghampiri 3 figura sasa di hujung sana.

" Abang!"
jeritan Fatia membuatkan ketiga-tiga lelaki itu berpaling.
Saat itu dia terpandang ke wajah lelaki ketiga tu dan matanya mula membesar memandang wajah beku lelaki ketiga itu. Mr. Diktator!

"cari abang mana satu Tia?" soal Khairul mengusik.
Fatia terus mengalihkan pandangannya.

"abang Im! Jom pergi pekan.. Umi suruh belikan barang ni" ajak Fatia tanpa menghiraukan mata lelaki ketiga yang merenungnya tajam.

"alah abang nak borak dengan kawan abang ni, adik drive sendiri la. Kunci ada dalam rumah atas meja tu." ujar Fahim.
Ishh dia ni! Memang tak la aku nak drive kereta dia tu! Desis hatinya.

"ala bang... Nanti umi bising la. Jom la, adik banyak kerja lagi ni nak buat" rengek Fatia.

" jom la abang bawa Tia pergi pekan. Im nak borak dengan Ian tu. Lama tak jumpa la katakan" sampuk Khairul.

" takpe, nanti adik bagitau umi rahsia abang! Jom abang Khai!" ujar Fatia lalu pergi ke arah kereta milik Khairul.

"dont you dare Fatia! Abang cut elaun nanti" jerit Fahim.

Fatia berpaling lalu mengangkat tangan simbol 'whatever' kepada abangnya.

Ian Shah hanya memerhati gelagat dua beradik itu. Tak sangka kecil dunia. Dikampungnya pun boleh jumpa cik tiga suku tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience