BAB 24

Romance Completed 67032

Setelah 3 hari di hospital, Fatia dibenarkan pulang dan mereka pulang ke rumah ibubapa Fatia. Keadaan Fatia juga semakin baik.

Fatia keluar dari biliknya, dia ingin mencari Ian. Sejak tadi dia tak melihat lelaki itu. Dia turun ke ruang tamu namun bayang suaminya tidak kelihatan. Dia pergi pula ke ruang gazebo hanya umi dan ayahnya sedang duduk bersantai. Di hari minggu begini umi selalu meluangkan masa bersama ayah. Romantik walaupun sudah berkahwin lebih 30 tahun.

" Umi ada nampak abang Ian?" soal Fatia.

" tadi nampak dia borak dengan abang kamu. Lepas tu umi tak perasan la pula." ujar Puan Fatimah.

Fatia melangkah masuk ke dalam rumah semula. Mesti dalam bilik kerja abangnya ni. Dia menghampiri bilik kerja abangnya. Dari luar dia mendengar suara orang berbual. Niat nakalnya muncul.pintu yang sedikit rengang cuba dibuka perlahan. Saat ingin mengejutkan kedua-dua lelaki di dalam itu, dia terdengar seakan namanya di sebut. Terus kaku pergerakkannya dan fokus kepada butir perbualan itu.

" Nasib baik Tia tak tanya aku lebih-lebih" ujar Ian.

" Tu la, selama ni kita jaga dia dari rapat dengan Khairul. Tup-tup dalam diam dia minta tolong si mangkuk tu" balas Fahim pula.

" sebab tu setiap kali aku tengok Tia borak dengan Khairul aku risau Im. Tia tu naif, Khairul pula pandai buat ayat." balas Ian.

" Tulah, selama ni aku malas nak ambik tindakan sebab fikirkan dia sepupu aku. Tak tahu pula penyakit dia makin parah. Nak- nak bila kau kahwin dengan Tia. Paksu aku ada cakap treatment dia selalu pergi. Tapi semenjak korang kahwin dia dah tak pergi jumpa pakar psikologi tu." ujar Fahim.

" aku pun kesian dengan paksu dan maksu. Sedih tengok Khairul dalam penjara. Sebelum ni dia dah cuba rogol Tia tapi aku ingat dia takkan buat lagi lepas kami kahwin. Tapi kita tak boleh buat apa, lepas dia buat Tia macam tu. Terpaksa la melibatkan polis. Aku harap dengan jalani rawatan nanti dia akan kembali pulih" ujar Ian.

" aku harap begitu la. Aku nak minta maaf dengan kau. Sebab aku paksa kau kahwin dengan Tia. Aku rasa bersalah sebab libatkan kau dalam hal family aku. Kau je harapan aku since kau akan ada paling dekat dengan Tia. Aku tahu aku macam mengambil kesempatan terhadap kau"

Tersentak Fatia mendengar kata-kata abangnya. Jadi selama ini Dr Ian kahwin dengannya hanya kerana dipaksa oleh abangnya. Hanya untuk melindungi dia dari abang Khairul? Bukan kerana aturan keluarga mereka?

" Its okay Im, aku cuma nak membantu kau selamatkan Tia.. Lagipun aku pun dah ci..."

" selama ni semua tipu Tia?!!" jerit Fatia. Mengejutkan Ian dan Fahim di dalam bilik itu.
Fatia berada di depan pintu sambil menangis.

" sayang.. Bukan macam tu.."

" abang tipu Tia?!! Abang dah lama tahu tapi abang tak pernah beritahu Tia! Abang dah lama tahu Abang Khai hang pecah masuk rumah Tia, dia juga cuba rogol Tia, tapi abang sorokkan dari Tia!!!" amuk Fatia.

" Tia..."

" abang Im diam!! Abang sanggup tengok adik abang sendiri hampir kena rogol dan abang tak ambik tindakan langsung walaupun abang tahu siapa yang buat!! "

" Tia tak faham... Bukan senang nak tuduh tanpa bukti. abang pon tahu pada hari Tia kena culik. Tak semudah itu Tia" balas Fahim.

Fatia mengalihkan pandangan ke arah Ian.
" abang terpaksa kahwin dengan Tia hanya sebab nak jaga Tia dari abang Khairul? Selama ni abang tipu Tia!! Tia benci abang!!!" jerit Fatia lalu meninggalkan bilik itu. Dia masuk kebiliknya lalu mengunci dari dalam.

Puan Fatimah dan Tuan Faliq terkejut mendengar jeritan Fatia bergegas masuk ke dalam rumah. Di lihat Ian berlari ke tingkat atas.

" kenapa ni Im? " soal Puan Fatimah.

" Tia dah tahu umi.." keluh Fahim.

" Ya Allah..." puan Fatimah terduduk di sofa.

"sayang... Buka pintu ni!" rayu Ian.
Tiada sahutan dari dalam.

" sayang... Abang ikhlas cintakan sayang. Buka pintu please. Jangan buat macam ni. Kita bincang ye" pujuk Ian lagi.

" pergi!! Tia taknak tengok muka abang lagi!!!" jerit Fatia dari dalam.

Ian mengeluh, dia terduduk di depan pintu bilik yang menjadi bilik mereka berdua.
' maafkan abang sayang' Ian merintih dalam hati.

Setelah berjam Fatia berkurung dalam bilik, akhirnya dia keluar. Ian yang baring di sofa ruang menonton tingkat atas laju mendekati isterinya. Dapat dilihat mata Fatia yang sembab. Dia turun ke tingkat bawah diekori oleh Ian.

" Sayang..."

Fatia tidak mengendahkan panggilan Ian.

Dia menghampiri umi, ayah dan Fahim yang sedang duduk berbincang. Mereka terkejut dengan kemunculan Fatia.
Dengan masih berdiri, Fatia mula bersuara.

" Tia nak cerai dengan abang Ian!"

Masing- masingg terkejut mendengar bait kata itu terutama Ian Shah.

" apa Tia cakap ni!?" marah Ian.

" astagfirullahalazim Fatia. Cuba bawa mengucap, kamu sedar tak apa yang kamu cakap ni?" soal Tuan Faliq.

Fatia masih dengan riak kosong.

" Tia sedar. Tia nak cerai dengan Ian!" ujar Fatia lagi.

Ian terduduk. Masih terkejut dengan kata- kata isterinya.

" Fatia!!" marah Puan Fatimah. Namun Fahim laju menenangkan uminya.

" Buat apa lagi kami sebagai suami isteri. Lagipun Ian kahwin dengan Tia pun sebab nak jaga Tia dari abang Khairul dan sekarang di dah masuk penjara! So mission accomplished! Tia taknak diperbodohkan lagi."
Fatia memandang tajam ke arah Ian.

" saya nak awak ceraikan saya! Sediakan surat cerai nanti saya akan tanda tangan" ujar Fatia lalu naik semula ke biliknya.

" Fatia!!!" jeritan puan Fatimah tak dihiraukan olehnya.

Ian sudah menunduk ke lantai.

" Ian, jangan Ian... Jangan ceraikan Tia, dia bercakap dengan emosi yang tak stabil." ujar puan Fatimah.

" tak umi, Ian takkan ceraikan Tia" ujar Ian perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience