Fatia sibuk menyusun pinggan nasi ke tepi. Sekejap lagi selesai bacaan doa, para tetamu akan dijamu secara makan hidang. Itulah tradisi orang pantai timur jika ada kenduri tahlil. Masih mengekalkan tradisi lama. Walaupun penat namun itu lebih berkat dengan penat lelah kita menjamu tetamu bak kata atuknya. Kartina pula sedang elok duduk di kerusi makan sambil mengipas mukanya. Pakai tudung jarang-jarang sekali la katakan. Tak selesa la tu.
Saat itu ayah dan paksu masuk ke dapur untuk mengangkat hidangan. Diikuti abangnya Fahim, khairul dan saat terpandang Ian Shah, dia terpana. Pertama kali melihat lelaki itu berpakaian selain dari pakaian formal kerjanya. Dia mengenakan baju melayu berwarna maroon berserta kain pelikat rona yang hampir sama. Songkok dikepala melengkapi penampilannya. Kacak jugak pensyarah aku ni! Eh dengan muka mix dia yang sememangnya kacak tu memang takde masa tak kacak dia tu. Fatia! Apa yang kau mengarut ni. Marah hatinya.. Dia menggeleng kepalanya.
" excuse me..."
Fatia mendongak! Eh dia lagi!
" mangkuk nasi please.." ujar lelaki itu.
Fatia laju menghulurkan mangkuk berisi nasi kepadanya. Dia pasti mukanya sudah bertukar warna saat ini. Dari hujung matanya dapat menangkap senyuman sinis lelaki itu.
'arghh mr. Diktator tu gelakkan aku!!' marah hatinya.
Selesai menjamu tetamu makan, Fatia menolong bik Ita, pembantu rumahnya di KL mencuci pinggan. Dia mengelap pinggan yang sudah siap dibilas oleh bik Ita. Uminya pantang jika anaknya berat tangan. So untuk mengelak daripada dibebel puan Fatimah. Baik dia menyibukkan diri.
" Tina, pergi la tolong Tia tu susun pinggan. Dari tadi mama tengok kamu ni asyik dengan handphone je dari tadi" bebel Maksu kepada Kartina.
" ma, Tina ni baru lepas buat manicure tau. Rosak la kuku Tina nanti kena air sabun" balas Kartina.
Fatia mencebik. Sayang sangat kuku macam kuku pontianak tu. Dengan warna merah menyala pulak tu. Kutuk Fatia.
" eh! Ian letak je dekat situ nanti Tia dan bik Ita ambik" terdengar suara uminya. Ian? Ian Shah ke? Fatia bermonolog dalam hatinya.
" nak letak mana ni?" tegur satu suara. Kenapa suara tu dekat sangat ek? Desis Fatia. Berderau darahnya saat menoleh ke kanan. Lelaki itu betul-betul ditepinya. Nasib tak terlepas pinggan ditangannya.
" excuse me??"
"arr... Letak dekat tepi bik Ita tu..." ujarnya tergagap.
Ian Shah beralih ke sebelah kiri lalu meletakkan pinggan kotor di tepi bik Ita.
Mr. Diktator ni memang saja nak hilang seorang pelajarnya ke? Suka buat aku terkejut.
Kartina memandang Ian Shah tidak berkelip. Abang Fahim dah hensem dah. Depan dia ni lagi hensem. Mula la mood mengatalnya ditekan.
"umi long... Tu siapa?" soal Kartina meleret..
Fatia yang mendengar pun nak muntah.
" oh tu Ian, cucu Mak Nab selang 2 rumah dari rumah atuk." balas Uminya.
" tak pernah nampak pun sebelum ni?"
" dia jarang balik sini....semenjak balik malaysia rasanya ni baru kali kedua dia balik kampung sini" tambah uminya lagi.
'ooo cucu nek Nab rupanya..' desis Fatia.
"mana Nek Nab umi? Lama tak nampak dia" tegur Fatia pula.
" Ian cakap nek Nab tak sihat. Tu tak dapat datang" balas uminya lagi. Fatia hanya mengangguk paham.
Dia melabuhkan punggung di buaian besi yang ad kerusi menghadap di depan rumah atuknya itu. Dia mengayun perlahan buaian itu. Matanya ralit berbalas mesej dengan Shima. Lepas dia menceritakan bahawa pensyarah mereka satu kampung dengan atuknya, Shima tak habis-habis dengan terujanya. Fatia tersenyum membaca mesej yang dihantar oleh Shima.
" Tia..." panggil Uminya.
"yer umi..."
Puan Fatimah menghampiri anak daranya sambil tangannya memegang mangkuk tingkat.
" Tia tolong hantar makanan ni ke rumah Nek Nab sekejap."
" Ala... Suruh abang la hantar"
"abang kamu takde, keluar dengan Khairul ke pekan. Pergi la sekejap, semalam Nek Nab tak dapat datang. Umi nak bagi lauk ni. Semalam lupa nak bagi dekat Ian.. "
'Ian??...adui, ni yang lemah ni. Macam mana kalau terjumpa pensyarah itu'
"dah! Pergi cepat. Umi nak masuk ni"
" yelah-yelah.."
Fatia berjalan kaki sahaja kerumah Nek Nab memandangkan rumahnya hanya selang dua rumah sahaja. Saat dia melangkah ke masuk ke laman rumah Nek Nab itu dia terpandang kereta range rover sport HSE silver elok terparking. Cantiknya, ni mesti kereta Mr Diktator tu. Takkan Nek Nab pulak yang drive kereta ni.
"assalamualaikum Nek Nab!"
Fatia mengetuk pintu rumah Nek Nab pula.
"Assalamualaikum Nek..." saat itu pintu rumah besar Nek Nab dibuka dari dalam. Fatia terkedu melihat figura di depannya itu. Laju badannya berpusing membelakangi pintu rumah tersebut.
"nak apa?" suara husky itu menyoal.
Amboi sombongnya! Desis Fatia. Dia menghulur mangkuk tingkat ke arah belakang.
" Umi bagi Nek Nab.." ujar Fatia. Matanya tak mampu untuk menoleh ke arah lelaki tersebut. Ada ke patut jumpa orang luar dengan pakai singlet dan seluar pendek atas lutut! Marah Fatia dalam hati.
Merasa mangkuk tingkat tidak disambut, Fatia merasa pelik.
"Dr ambik la mangkuk tingkat ni!" omel Fatia lagi.
"elok sangat la tu cakap sambil membelakangi orang!" sindir Ian Shah.
Automatik Fatia memusing badannya mengadap lelaki itu namun dia menahan matanya dari turun meneroka badan sasa lelaki itu. Dahla lengan berketul, memang saja nak tunjuk ke apa! Entah- entah perut dia ada six pack tak? Eh ofcourse la kalau lengan dah sado.. Ya Allah, apa yang kau mengarut ni Tia...
" yang Dr tu elok sangat la jumpa dengan orang luar dengan pakai macam ni! " marah Fatia pula.
Ian Shah menjungkit sebelah keningnya tanda tak puas hati.
Eh! Hello ni bukan kampus ek, i'm not your student here, desis hati Fatia.
" apa yang salahnya, i'm not naked! " balas Ian Shah.
" memang la tak naked tapi Dr dah mencemar pandangan mata saya tau tak! Dah ambik ni, kirim salam dekat Nek Nab! Assalamualaikum!!" selepas huluran disambut dia terus melangkah pergi dari rumah besar itu.
Ian Shah hanya memerhati gadis itu meninggalkan rumah neneknya itu.
'baru pakai singlet dah mengelabah! Kalau aku bogel terus pengsan agaknya' desis hati Ian sambil tersenyum sinis.
Share this novel