" no umi!!!"
"tapi Tia..."
" takde tapi tapi. Mana boleh macam ni Umi, ayah!!" Fatia menggeleng kepala. Ini tak betul, salah ni!!
"ini bukan permintaan kami saja, permintaan Ian sekali. Umi dan ayah dah bincang dengan ibu bapa Ian" ujar ayahnya pula.
" Dr Ian, cakap dengan umi ayah saya yang Dr tak setuju. Saya tahu Dr pun terpaksa kan? Please Dr.." rayu Fatia kepada Ian Shah yang diam dari tadi.
" Tia, ini semua untuk kebaikkan Tia." balas Umi nya pula.
" kebaikkan apa Umi? Semalam Tia hampir kena rompak, hari ni nak suruh Tia kahwin dengan Dr Ian? Umi, Dr Ian ni pensyarah Tia. Takkan la Tia nak kahwin dengan pensyarah Tia sendiri!"
Fatia tahu Tahap kesabarannya dah kian menipis sehingga sangup meninggikan suaranya kepada uminya.
" Tia, sebelum kejadian ni lagi kami dah rancang nak jodohkan Tia dengan Ian. Hal ini tak ada kaitan dengan kejadian semalam. Lagipun tak salah pun kalau student kahwin dengan lecturer sendiri. Takde dalam peraturan universiti pun" Tuan Faliq pula bersuara.
" Tia masih serabut lagi dengan kejadian semalam. Sekarang nak tambah stress Tia dengan perkara ni pula! Keputusan Tia muktamad! Tia taknak kahwin dengan Dr Ian!!" putus Fatia lalu meninggalkan mereka berempat disitu.
" Tia!"
Fatia Iman!!! "
jerit Tuan Faliq membuatkan langkah Fatia terhenti. Tak pernah lagi ayahnya meninggikan suara seperti itu.
" keputusan ayah muktamad! Tia akan kahwin dengan Ian cuti pertengahan semester ini! " tegas Tuan Faliq.
Fatia mendekati ayahnya. Air mata yang jatuh di pipi diseka kasar. Fahim jatuh kasihan melihat adiknya. Maafkan kami Tia, ini semua untuk kebaikan Tia, desis Fahim.
" Baik! Kalau itu yang semua orang nak! Tia akan kahwin! Tapi jangan harap Tia akan menjadi isteri yang baik!" ujarnya sambil menjeling tajam Ian Shah di kerusi.
Dia menghempas pintu biliknya. Tak pernah lagi dia berperangai seperti ini. Jika ada masalah sekalipun, dia tak pernah memberontak dengan ibu bapanya. Air mata gugur buat sekian kali. Hatinya panas saat terbayang wajah Ian Shah yang hanya mendiamkan diri seakan merelakan semua ini terjadi.
' aku benci kau Mr Diktator!!' jerit hatinya.
Sudah seminggu dia sah menjadi tunangan Dr Ian Shah. Pensyarahnya sendiri. Hanya Shima saja yang tahu tentang itu. Dia sendiri memberi syarat bahawa perkahwinan mereka nanti tidak diketahui orang luar.
Dia mengeluh perlahan. Sebolehnya dia cuba mengelak dari berjumpa dengan lelaki itu. Di dalam kelas pula dia akan duduk di tempat yang agak tersorot. Lelaki itu juga seakan tidak mengendahkan dia. Kalau dia tak rela, kenapa diam je saat ibu bapa mereka berbincang tempoh hari! Tapi Mukanya seperti biasa dan Tidak berperasaan. Itu yang menyakitkan lagi hati Fatia.
Sejak kejadian pecah rumah sewanya tempoh hari, dia kini berulang alik dari rumah ibu bapa nya ke kampus. Shima pun kembali tinggal bersama ibu bapanya dan setiap pagi mereka akan pergi ke kampus bersama- sama. Cuma perjalanan dari rumah ke kampus mengambil masa satu jam itu yang memenatkannya.
"Tia,"
Fatia menoleh, Khairul melabuhkan punggung di depannya.
" abang baru dengar berita tentang kes Tia. Tia macam mana?", soal Khairul risau.
" Tia okay la abang Khai" balas Fatia perlahan. Suasana di cafe kampus itu agak lengang.
" dah dapat tangkap ke perompak tu?" soal Khairul lagi.
Fatia mengeleng kepala.
" Belum, takde bukti apa-apa yang ditemui"
" Tia ok ke ni? Macam ada masalah je"
" Tia dah tunang..." ujar Fatia lalu mengeluh.
Khairul berubah riak, lebih kepada terkejut.
" Bila Tia tunang? Tak bagitau abang pun. Sedih abang"
" minggu lepas, buat simple-simple je" balas Fatia.
" orang tunang kena la happy, kenapa Tia muram je ni?" soal Khairul pula.
" Tia taknak tunang dengan dia tu! Tia belum terfikir nak kahwin lagi!" luah Fatia.
Matanya mula bergenang. Biarlah dia mengadu dengan Khairul. Mungkin dia boleh faham perasaannya sekarang. Shima pun seakan berpihak kepada family dia.
" habis kalau taknak tunang macam mana boleh bertunang pulak? Pening la abang. Tia tunang dengan siapa?"
" Dr Ian.."
" Dr Ian? Ian Shah?" soal Khairul terkejut.
Fatia hanya mengangguk kepalanya.
" sabarlah Tia, abang tahu Tia sedih. Abang..."
"Fatia"
Fatia dan Khairul menoleh kearah suara itu. Fatia hanya memandang sekilas sebelum melarikan pandangannya.
" Eh! Ian... Apa khabar? Sorry la aku berborak dengan Tia sekejap" tegur Khairul.
Ian Shah tersenyum lalu menghulurkan tangan untuk bersalam.
" lama dah kau sampai?" tanya Ian Shah lalu duduk di kerusi sebelah Fatia.
" Baru lagi. Tahniah, tak sangka kau bertunang dengan adik sepupu aku ni" ujar Khairul.
Fatia yang mendengar sudah membalikkan mata ke atas. Tanda menyampah.
" terima kasih. Lama tak jumpa kau, busy ke sekarang?" soal Ian Shah pula. Matanya sempat menjeling sekilas ke tepinya.
" Tulah, sekarang banyak kena outstation. Ni pun kebetulan aku lalu sini. Tu yang datang jenguk Tia" balas Khairul.
" oklah, aku kena pergi dulu. Ian, kau jaga Tia elok-elok. Aku dah anggap Tia macam adik aku sendiri. Kahwin jangan lupa jemput nanti. Tia, abang pergi dulu " ujar Khairul sambil berdiri.
" jangan risau. Aku akan sentiasa jaga Tia" balas Ian Shah yakin lalu bersalam dengan Khairul.
Saat kelibat Khairul menghilang. Ian Shah menoleh ke arah Fatia. Riak wajahnya sudah bertukar beku.
" follow me!" arah Ian Shah lalu meninggalkan Fatia di situ.
" eee.. Kalau dah dasar Diktator tu, Diktator la jugak!" kutuk Fatia lalu menghempas kakinya tanda protes.
Ian Shah memberhentikan keretanya. Fatia menjenguk ke luar tingkap.
" Buat apa datang sini? " soal Fatia tanpa memandang lelaki di sebelahnya.
Ian Shah keluar tanpa menjawab pertanyaan Fatia.
Fatia mendengus. ' aku cepuk jugak diktator tua ni' marahnya didalam hati.
" Dr Ian!"
Langkah Ian Shah terhenti. Dia menoleh ke arah Fatia di sebelahnya.
" saya tanya buat apa datang sini?"
" i think you are good enough in reading a words. Tu baca signboard dekat atas tu" jawab Ian Shah sarkastik.
" saya tahu la butik pengantin. Tapi buat apa kita datang sini?" soal Fatia lagi. Dia mendengar Ian Shah mendengus. Marah la tu. Haa memang aku nak bagi kau marah dan menyampah dengan aku. Fatia senyum sinis.
" Haa.. Dah sampai pun. Jom Ian, Tia masuk, buat apa dekat luar ni? " kedengaran suara Puan Fatimah menyapa telinganya.
" Umi buat apa dekat sini?" soal Fatia kehairanan
" lahh kan umi dah pesan hari ni Tia kena fitting baju nikah." balas Puan Fatimah.
" kan lambat lagi... " Fatia mula bosan apabila isu nikah dibangkitkan.
" banyak la kamu punya lambat lagi. Cuti semester kan lagi 2 minggu. Kamu dah lupa ke? Dah-dah, jom masuk! " puan Fatimah menarik Fatia masuk ke butik pengantin itu. Di dalam Puan Sri Aina, ibu kepada Ian Shah sudah menunggu. Fatia menyalam bakal ibu mentuanya. Dia tetap hormatkan wanita itu walaupun tak suka anaknya.
Share this novel