BAB 3

Romance Completed 67032

" Tia...." panggil satu suara.
Fatia menoleh kearah suara tersebut. Dia mengeluh, apa lagi mamat ni nak dengan aku. Dia mula melangkah kembali.

" Tia wait..." Kimi melajukan larian mengejar Fatia di hadapan.

" Tia.. Jom lunch sekali??" ajak Kimi, rakan sekelasnya. Dia tahu Kimi masih mengharap dia membalas cinta lelaki itu tapi sememangnya dia tak ada perasaan cinta terhadap lelaki itu.

"terima kasih la Kimi, saya dah kenyang. Lagipun saya ada hal nak cepat ni" tolak Fatia.
Tak semena mena Kimi memegang lengannya. Tersentak Fatia lalu dengan laju dia menarik lengannya dari pegangan lelaki itu.

"sorry...." ujar Kimi seakan sedar ketelanjurannya.
"boleh tak awak teman saya makan, kenapa awak macam nak larikan diri dari saya je ni? Awak dah taknak kawan dengan saya ke?" soal Kimi lirih. Fatia mengeluh.

" Kimi, saya tak pernah cakap yang saya taknak kawan dengan awak tapi saya memang betul-betul ada hal ni. Saya nak cepat.. Ok bye" ujar Fatia lalu mula melangkah meninggalkan Kimi disitu, namun tak sempat kaki yang melangkah berpijak ke tanah kembali lengannya dipaut sekali lagi namun pautan semakin kejap. Fatia cuba menarik lengannya tapi tak berjaya.

" Kimi! Lepaskan saya!"
"no! Awak kena teman saya makan!"
" saya taknak la! Awak tak paham bahasa ke?!"
" memang saya tak paham bahasa! Kenapa awak mula jauhkan diri dari saya? Kenapa awak putuskan hubungan kita!!" marah Kimi.
Fatia memerhati sekeliling, aduii time ni la takde sape lalu sini.
" sejak bila pula kita ni ada hubungan?! Hubungan apa yang awak cakap ni Kimi? " soal Fatia sambil cuba untuk melepaskan lengannya. Tak berjaya!
" kita kan bercinta selama ni. Awak kan girlfriend saya?" ujar Kimi yakin.

" sejak bila pula saya ni girlfriend awak? Lepas lah!! " jerit Fatia geram. Dia mohon agar ada sesiapa mendengar suaranya itu.

" no! Awak ikut saya sekarang!" ujar Kimi lalu menarik Fatia mengikutinya ke kereta lelaki itu.

" Fatia Iman!"

Satu suara memanggil namanya membuatkan langkah kakinya dan Kimi terhenti. Laju dia menoleh ke arah punca suara tersebut. Pautan tangan Kimi yang longgar itu memberi peluang untuknya merentap lengannya dan dengan laju dia menghampiri suara yang memanggil namanya tadi.

" what are you guys doing here??" soal Ian Shah dengan wajah serius.

" Sorry Dr, saya nak bawak girlfriend saya pergi lunch. Jom Tia" ujar Kimi sambil matanya tajam memandang Fatia yang sudah berdiri di tepi Ian Shah.

Fatia menggelengkan kepalanya. Lalu dia mengundur kebelakang sedikit atau lebih tepat ke belakang badan sasa pensyarahnya itu.

" im sorry..."

" Kimi, nama saya Kimi Dr.."

" oh, once again im sorry Kimi, i need to discuss something with Fatia. Maybe you guys can have lunch together next time?" ujar Ian Shah serius.

" oo.. Kalau macam tu takpe la Dr lain kali saja kami lunch" balas Kimi tersenyum.

" thanks. Fatia, follow me to the office now!" ujar Ian Shah tegas lalu mula melangkah pergi. Saat melihat Ian Shah mula meninggalkannya, laju Fatia membontoti lelaki itu. Dia langsung tak menoleh ke belakang. Dalam kelam kabut mengejar Ian Shah di depan dia tak sedar bahawa lelaki di depannya itu sudah berhenti melangkah, maka dengan kelajuan arnab mukanya mencium belakang badan lelaki itu.

"adui..." jeritnya perlahan.

" awak ni kenapa Fatia? Kempunan sangat ke nak cium badan saya? Jalan tu tengok depan bukan tengok bawah!" lelaki itu mendengus marah.

Fatia merasa darah naik ke mukanya. Malunya!!

" Maaf Dr...." ujar Fatia menunduk. Matanya sudah bergenang. Rasa takutnya yang belum hilang ditambah dengan sedih dimarah lelaki itu.

Tiba-tiba dia melihat sapu tangan dihulur kepadanya. Dia mendongak memandang kearah tuan tangan yang menghulur itu..

" tegur sikit nak nangis. Dah lap air mata tu. Kan ada yang cakap saya tolak cinta awak pulak" ujar Ian Shah selamba.

Erkkk! Siapa yang jatuh cinta dengan diktator macam dia ni. Fatia mengambil juga sapu tangan itu lalu mengelap air mata yang dah meleleh ke pipinya.

" saya nangis bukan sebab Dr marah saya. I mata ni dah lebih meter amaran banjir. Tu yang dia keluar"

balas Fatia selamba namun tak sedar ada mata tajam Ian Shah tengah merenungnya. Sedih pun semapt buat loyar buruk. Tiga suku betul budak ni. Desis hatinya.

Saat melangkah masuk ke office lelaki itu dia mengarahkan Fatia duduk. Lalu dia menghulurkan sehelai kertas.

" nanti awak fotostat untuk diagihkan dalam kelas nanti. Mesin fotostat dekat luar. Beritahu semua yang saya nak semua faham artikel ni." ujar Ian Shah tegas. Fatia hanya mengangguk tanda faham.

" kalau nak merajuk pun jangan la bergaduh dalam kawasan kampus. Orang lain pun bercinta juga, jaga adab pergaulan ketika dikampus" tegur Ian Shah dengan nada sinis.

Fatia mengangkat wajahnya. Hidungnya yang merah akibat menangis tadi kelihatan comel!

" saya tak bercinta la dengan Kimi tu! Dia yang beria anggap saya ni girlfriend dia. Kami tak bercinta pun! Dia yang paksa saya tadi. Dr sendiri pun boleh tengok dia heret saya tadi!" balas Fatia tadi.

" tak tanya pun!" ujar Ian Shah sambil lalu memfokuskan matanya ke arah laptopnya.

Fatia mendengus, sabar Tia, sabar.... Dia bangun ingin meninggalkan bilik tersebut. Sampai dimuka pintu dia menoleh kebelakangan.

" terima kasih Dr selamatkan saya tadi." ucap Fatia.
" saya tak selamatkan awak, kebetulan saya jumpa awak untuk bagi tugasan sahaja" balas Ian selamba. Matanya masih menatap laptop dihadapannya.

" tapi saya ingin berterima kasih juga sebab Dr datang tepat pada masanya. Assalamualaikum" ujar Fatia lalu meninggalkan bilik itu.

Ian Shah tidak mengendahkan kata- kata Fatia. Matanya hanya fokus kepada kerjanya.

" yer Umi..adik tahu," ujar Fatia.

" jangan nak tahu aje.. Ingat, minggu ni kita balik kampung.. Atuk ada buat kenduri tahlil lagipun isnin depan kan cuti umum kan" ujar Puan Fatimah.

" suruh abang ambil adik yer? Malas nak drive balik rumah la..." ujar Fatia manja.

" sampai bila la Tia takut nak drive ni? Kesian umi tengok Shima tu jadi driver Tia! Kan umi bagi Shima je kereta tu baru tahu!!" marah Puan Fatimah.

" bagi jela umi, adik tak kisah... Adik tak takut la, adik malas je... " ada je alasan dia menjawab bebelan uminya.

" menjawab je kerja kamu yer.. Nanti umi suruh abang kamu ambik nanti. Lepas tu kamu berdua terus balik kampung. Umi dan Ayah balik awal sehari. Kereta tu kamu bagi je Shima guna sementara kita balik kampung. Dahlah Umi nak buat air untuk Ayah ni. Jaga diri elok elok. Jangan nak bercinta pula dekat kampus" bebel puan Fatimah lagi.

" yelah prof Fatimah oi.. Kirim sayang sayang dekat ayah.. Bye assalamualaikum" Fatia menamatkan panggilan selepas ibunya menjawab salamnya. Puan Fatimah memang agak tegas berbanding ayahnya. Namun dia paling manja dengan uminya. Shima pun sudah dianggap sebagai keluarganya juga. Sebab itu uminya memberi kepercayaan kepada Shima untuk menjaga harta bendanya.

" sape call? Umi ke?" tegur Shima yang keluar dari dapur menatang dua cawan nescafe.
" sape lagi kalau puan Fatimah tu. Aku balik kampung atuk aku hujung minggu ini. Nanti, kau bawa balik kereta aku ek. Lusa abang Fahim ambik aku dekat sini and kiteorang terus balik kampung." ujar Fatia lagi.

" nanti kirim salam kat atuk yer.. Ibu ada cakap umi dan ayah ada ajak hari tu tapi aku kena balik perak, sepupu aku tunang" balas Shima.

" takpelah nanti cuti sem kita balik rumah atuk nak? Kita lepak sana seminggu" cadang Fatia.

" okay set!"

" Tia, Kimi ada kacau kau lagi ke lepas kejadian hati tu?" soal Shima.

" takde pulak. Tapi setiap kali dalam kelas mata dia tajam je tengok aku. Seram pulak aku" ujar Fatia pula.

" aku harap dia dah tak kacau kau lagi. Pelik aku. Obses sangat dengan kau"

" tula ima, aku pun naik seram" balas Fatia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience