Fatia berdiri di tepi jalan. Selesai majlis reunion tadi di antara yang paling awal keluar. Shima ada mengajak dia balik bersama tapi Fatia menolak kerana abangnya janji untuk datang menjemput.
Tiba-tiba sebuah kereta Mercedes-Benz berhenti di tepinya. Dia cukup kenal pemilik kereta itu.
Ian Shah keluar dari kereta lalu menghampiri Fatia.
" Jom balik" ajak Ian. Fatia melarikan pandangan ke arah lain.
" terima kasih tapi abang saya dah datang jemput saya" balas Fatia.
" Fahim text me to bring you home. Dia tak dapat datang, ada emergency" ujar Ian pula.
Fatia menoleh. Ada riak kurang percaya diwajahnya. Telefonnya berbunyi. Panjang umur abangnya.
" Hello, abang dah sampai ke? Apa?? Hurmm okay lah" Fatia mengeluh.
" so, sekarang percaya?" soal Ian sinis. Fatia menjeling ke arah lelaki itu.
" thanks tapi saya boleh naik grab." balas Fatia.
Ian membuka pintu penumpang di sebelah pemandu.
" masuk Fatia" arah Ian. Fatia tidak mengendahkan arahan Ian.
" I said get in!" tegas Ian lalu mencapai lengan Fatia. Dengan laju Fatia merentap lengannya.
" saya boleh jalan sendiri lah! Dasar diktator!" gumam Fatia perlahan.
Ian menggeleng kepala melihat gelagat Fatia. Sama macam dulu, Tetap degil.
Suasana sunyi di dalam kereta. Fatia lebih selesa berdiam diri. Ian Shah pula menumpukan sepenuh perhatian pada pemanduannya.
Saat melihat jalan yang dituju bukan ke arah rumah ibu bapanya, Fatia menoleh ke arah Ian.
" kita nak kemana ni?" soal Fatia.
" balik" jawab Ian sepatah.
" tapi bukan jalan ke rumah umi ayah tapi ke rumah awak!" balas Fatia bengang.
" tak sangka Tia boleh ingat lagi jalan ni.ingat dah lupa jalan ke rumah kita" balas Ian selamba.
Fatia mendengus.
" saya nak balik rumah ayah!" ujar Fatia geram.
" sorry, malam ni Tia kena balik rumah kita. Ingat sikit, Tia masih isteri abang. Abang rasa cukup kot 2 tahun abang bagi masa dekat Tia" ujar Ian.
Fatia memnmandang ke luar tingkap. Cuba menahan rasa marah di dalam hati.
Ian keluar dari kereta setelah sampai diperkarangan rumahnya. Fatia tetap kaku di tempat duduk. Ian shah membuka pintu untuk Fatia namun isterinya diam. Tanpa ada tanda nak keluar.
" jom la masuk, takkan nak tidur dalam kereta?" ajak Ian. Melihat kedegilan Fatia.
" ke nak abang dukung? Abang okay je.." saat Ian mula menbongkok, laju Fatia melangkah keluar.
'tau takut' desis Ian tersengih nakal.
Ian membuka pintu lalu memberi laluan untuk Fatia masuk. Fatia melihat sekeliling, masih tak berubah. Kenangan manis selama 5 bulan dia tinggal disini menerjah fikirannya. Dia memejam mata seketika untuk mengusir kenangan itu. Bau wangian Ian menerpa di hidungnya. Menunjukkan lelaki itu berada sangat hampir dengannya.
" i miss all our moments together" bisik Ian di telinganya.
Fatia menjarakkan dirinya. Dia takkan mudah tergoda dengan kata-kata lelaki itu lagi. Cukup lah sekali dia diperbodohkan.
Fatia menuju ke bilik tetamu di tingkat bawah tanpa menghiraukan Ian yang memerhatikannya.
Fatia bangun dari pembaringan saat mendengar pintu biliknya diketuk. Dia masih dengan dress labuhnya. Manakala tudungnya sudah dibuka. Dia menyanggul tinggi rambutnya. Lalu membuka pintu dengan bukaan kecil. Ian di depan pintu sudah bertukar baju, rambutnya yang basah itu menunjukkan dia baru siap mandi. Ditangannya dilihat ada tuala dan pakaian.
" abang bawakan baju untuk Tia, ni baju Tia yang ada dalam wardrobe. Pergi la mandi dan tukar baju tu. Takkan nak tidur pakai dress tu" ujar Ian. Fatia membuka pintu dengan lebih luas untuk mengambil pakaian itu. Ian Terkaku melihat Fatia saat itu, kerinduan yang terpendam lama berbunga kembali.
" terima kasih" ujar Fatia lalu menutup pintu bilik itu.
Disebalik pintu Fatia cuba meredakan debaran di dadanya. Renungan itu yang dirinduinya selama 2 tahun. Walaupun mulut mengatakan benci, jauh di sudut hatinya cinta terhadap Ian semakin mendalam. Dia kalah dengan perasaannya. Fatia mengesat air matanya. Tak, dia harus lupakan semua itu. Dia masuk ke bilik air untuk membersihkan dirinya.
Share this novel