Chapter 17 : Terima kasih Dato Fehmeed

Romance Series 3902

6.09 pagi. "Rey bangun .. Kemas barang kamu, kita nak gerak ke airport kejap lagi". Ayah Rey mengejutkan Rey dari tidurnya yang lena.
"erhh.. Baikk.." Balas Rey dengan tidak berdaya.
Rey bangun dan segara mencuci mukanya. Dia tidak mandi kerana cuaca di London pagi itu sangat sejuk, dia hanya mencuci muka dan memberus gigi sahaja. Setelah selesai dari membersihkan diri, dia segera mengemaskan barangan yang perlu dia bawa balik ke Malaysia.

"Morning Danny, can you come pick us here to airport?" Ayah Rey bercakap dengan pemandu peribadinya di telefon untuk menghantar mereka ke lapangan terbang.
"Alright sir, 10 minutes ill arrive". Balas Danny.

"Rey kamu nak makan apa? ayah nak buat breakfast sikit ni" Jerit Ayah Rey yang sedang menuju ke dapur.
"its okay Sir, ill make it myself" balas Rey sambil mengemaskan barangannya. Rey memang seorang anak yang rajin berdikari, dia tidak suka meminta pertolongan dari orang lain kerana terdapat satu sikap negatif yang tidak boleh lari dari dirinya, iaitu tidak percaya dengan orang orang disekitar. Dia hanya peduli dan percaya terhadap perkara yang dia lakukan.

Kebiasaan negatif ini membuatkan dia selalu tidak disenangi oleh kawan kawan seumuran dengannya. Bahkan dia lebih selesa menyendiri di makmal ayahnya berbanding pergi bergaul dengan kawan kawan seumurannya.

10 minit kemudian. "Hello Sir, im already here". Danny menelefon ayah Rey kerana dia suda sampai di depan pintu utama perusahan Ayah Rey.
"Alright Danny". Balas Ayah Rey dan segera memanggil Rey untuk bersama sama turun kebawah.

6.56 pagi . Mereka sampai di lapangan terbang antarabangsa London.
"Thanks Danny , here's some extra tip for your morning awake". Ayah Rey memberikan bayaran kepada Danny sambil membuat sedikit jenaka kepada Danny.
" Haha No problem sir, Have a safe flight ". Balas Danny yang gembira dengan tambahan bayaran yang diberikan.
Sampai sahaja di lapangan terbang, mereka segera menuju ke gerbang pintu untuk masuk kedalam kapal terbang.

Di saat mereka beratur untuk masuk kedalam kapal terbang, tiba tiba ada seseorang lelaki yang tidak dikenali menepuk perlahan bahu kanan Ayah Rey. Ayah Rey yang terkejut segera menoleh kebelakang dan dia melihat seorang Pakcik yang senyum kepadanya.

"Terima kasih Dato Fehmeed" kata pak cik itu sambil senyum ke Ayah Rey. Momen kekok dapat dirasakan. Ayah Rey yang bingung terhadap kejadian yang baru sahaja terjadi itu berkata kepada pakcik itu " Yeah? kenapa Tuan ucap terima kasih dekat saya?".

Pak cik itu senyum dan dengan perlahan membuka sarung tangan kirinya.
"Huh" Ayah Rey tekejut. "Sama sama Tuan, Saya minta maaf jika ada kekurangan daripada teknologi ini dan saya harap sekurang kurangnya ia dapat memudahkan lagi kehidupan Tuan walaupun ianya tidaklah sesempurna tangan yang sebenar" tambah Ayah Rey lagi.

Apa yang terjadi di saat Pak Cik itu membuka sarung tangannya ialah, Pak cik itu kehilangan pergelangan tangan kirinya tetapi Pakcik itu menggantikannya dengan teknologi yang telah dibuat oleh Ayah Rey.
Perlahan lahan pakcik itu menggerakkan pergelangan tangan kirinya dan dia sangat terharu dengan teknologi yang diciptakan itu.

Pak cik itu senyum dan berkata "Kita memang tidak boleh menandingi keindahan ciptaan tuhan dan tidak boleh memperolehi semula jika nikmat yang diberikan itu ditarik balik oleh tuhan. Tetapi sekurang kurangnya ciptaan kamu ini dapat membantu dan memudahkan lagi kehidupan orang orang yang kurang upaya seperti pak cik ini." Pak cik itu membalas ucapan maaf Ayah Rey sambil melihat pergerakan tangan robotik itu.

Di saat itu mereka berdua mula akrab dan bersembang tentang perkara umum. Rey hanya mendengar perbualan mereka sambil mengerjakan sesuatu ditelefon pintarnya. Menjadi satu kebetulan dimana tempat duduk Pak Cik itu dengan Ayah Rey hanya bersebelahan. Mereka lalu menyambung semula perbualan mereka disepanjang perjalanan.

Setelah berbual panjang, akhirnya Ayah Rey mendapat tahu tentang apa yang dilakukan Pakcik itu di London. Rupanya Pakcik itu menjalani perawatan untuk menggantikan pergelangan tangan kirinya di perusahan Ayah Rey selama sebulan.Alhamdulillah, tiga hari lepas Pakcik itu sudah sihat sepenuhnya dan boleh bersedia untuk pulang semula ke Malaysia.

Kesenangan yang dapat dirasakan oleh Pakcik itu merupakan tujuan utama Ayah Rey menciptakan teknologi ini . Walaupun kos untuk menjalani perawatan ini agak mahal, tetapi Ayah Rey sedang sedaya upaya untuk cuba menyelesaikan permasalahan agar dapat menurunkan harga kos perawatan ini. Dia juga percaya yang ini merupakan langkah awal untuk perdaban manusia menuju kearah modenisasi.

Setelah berjam jam perjalanan akhirnya mereka sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience