Chapter 23 : 10 PM (Tonight)

Romance Series 3902

"ouh ya?" balas ku kepada kak Silvya dengan nada perlahan. Aku tidak tahu kenapa aku merasakan kecanggungan dan cemas saat membicarakan tentang Rey. Kata hatiku berkata bahawa, mungkin ini hanya respons normal terhadap ketegangan pertemuan sosial yang orang orang juga rasakan saat pertama kali jatuh cinta?

Tapi tapi ! aku jatuh cinta ke ni? No no no! tak boleh camni! Huahhhhhhh kenapaa nii!!! kencang degup jantung ku semakin difikirkan!

"Shira!!!!"
"Hahhh?!!!!!"

"Shira! kamu mengelamun! Seram tau tak huh" balas kak Silvya dengan kerisauan!
"Hah?? kenapa kak" Aku bingung dengan tingkah laku kak Silvya kerana tiba tiba sahaja dia kelihatan cemas.

"Kakak ingat kamu kena rasuk tadi! huhu sebab badan kamu statik pastu mata kamu tak bekedip". Kak Silvya menjelaskan tingkah laku ku.
Aku hanya berdiam melihatnya dengan wajah yang sedang blur.

"Huhuhu sokay, sambung balik... Ok camni tadi Rey ada jumpa kakak, pastu dia tanya kamu dekat mana sebab dia nak bagi sesuatu.. tapi kakak tak tau kamu kat mana n kakak bagitau dia maybe kamu dekat kitchen tengah sediakan something". Kak Silvya menceritakan kejadiannya saat bertemu Rey di Restoran.

"Okey pastu???" Balas ku singkat kepadanya.

"Haa pastu dia cakap, takpe la bole tolong bagi ni dekat dia? terus kakak ambil n dia keluar dari lobby. Kakak rasa dia ada something nak buat sebab dia macam terburu buru". Tambah Kak Silvya lagi.

"...."
Setelah Kak Silvya menceritakan semuanya tiba tiba kami berdua terdiam dan canggung.

" Eh eh kenapa kamu senyap Shira?" Kak Silvya terus memecahkan detik canggung itu.
"Erkk saya tunggu kakak bagi barang tu hehe". Balas ku dengan sengih.

"Hah aaa hahahaha sorry2 .. apelahh sepatutnya kakak bagi dulu barang baru cite kann hehehe sorry". Kak Silvya lalu menghulurkan sesuatu yang dia ambil dari beg tangannya.

Aku mengambil dan ianya merupakan sekeping kad. Aku melihat sambil memutar belek kad itu. Kad itu berwarna putih dan terdapat QR code didepan kad itu.

"Kad apa ni kak???". Aku bertanya ke kak Silvya sambil memutar belek kad itu.
"Hmm tak tau" Kak Silvya lalu menghidupkan flash telefonnya untuk melihat kad itu dengan lebih detail.

"Eh ada tulisan la" terdapat satu tulisan disaat aku melihat belakang kad itu.
"Scan me at 10pm (tonight)". Kak Silvya membacakan tulisan dibelakang kad itu.

"Wow ... kak Shira takut" kata kataku terhenti seketika dan berkata bahawa aku takut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience