Chapter 21 : Gimik

Romance Series 3978

Aku meneruskan semula pekerjaan ku, semua orang yang berada di situ juga meneruskan aktiviti makan makan mereka. Rey meneruskan ucapannya dan setelah selesai aku melihat dia sedang bercakap dengan ayahnya yang berada di kumpulan meja paling hadapan.

"hmmm menang besar nampak? hehe" Tiba tiba kak Silvya mengusik bahu ku sambil menyindir tentang kejadian tadi. Aku melihatnya dan dia mengusik ku lagi dengan berkata "ahh ahh merah dah tu pipi, eleee untung laa" tambah Kak Silvya sambil senyum berbisik ke arah ku.

Aku hanya diam dan berpura pura tidak peduli dengan sindiran yang di lontarkan oleh kak Silvya, Walhal dapat dilihat yang pipi ku sedang memerah kerana cuba menahan sindirannya itu.

Aku dan kak Silvya menyusun gelas gelas di tepi ruangan dan sambil sambil itu kak Silvya menyakan ku sesuatu .
"oh ya , Shira balik nanti kamu jalan kaki?" tanya kak Silvya kepada aku.
"Hah aa kak, Macam biasa" balas ku terus kepadanya.

"Tak nak ikut kakak balik? sebab kakak pun akan stay sini sampai malam sebab dekat cawangan tempat kakak jaga harini tutup" balasnya yang mengajak ku untuk balik bersamanya.
"Eh takpelah kak, saya taknak menyusahkan hehe". Balas ku dengan menolak tawarannya dengan baik.

"Hmm kamu memang tak berubahkann hahaha.. takdelah Shira comelote, kamu tak menyusahkan..lagipun one way je rumah kamu dengan jalan yang kakak lalu" Balasnya yang sedapaya upaya cuba memujuk ku untuk tetap ikut dengannya. Kebaikan yang dia berikan kepadaku bukan sahaja harini bahkan dari pertama kali aku masuk bekerja di restoran ini mengingatkan ku dengan seorang Makcik yang sangat aku sayangi.

Aci Oca ataupun Makcik Rossa, sudah lama tidak bertemu dengannya. Aku juga tidak dapat berhubung dengannya melalui mana mana talian. Sejak kejadian tragis itu, mereka hilang begitu sahaja tanpa ada kabar sehingga hari ini. Hmm atau aku sahaja yang tidak mendedahkan sangat diriku di media social sehingga mereka tidak dapat mencari ku di alam maya.

"Shira?!!"
"Hahh?!!" tiba tiba aku dikejutkan

"Shira kamu menghayal? kamu tiba tiba je blank Hahahah" kak Silvya menyedarkan ku dari halayan.
"Jadi macam mana? kamu nak ikut? eh takde takde, kakak tak yah tanya sebenarnya, sebab kamu mesti jugak ikut hehe". tambah Kak Silvya lagi sambil tawa menetapkan jawapannya sendiri.

"Hahhh? aahh baik baik". aku yang blur terus sahaja mengiyakan kenyataannya.

Kami meneruskan pekerjaan, sehinggalah pukul 5 petang acara mereka selesai. Kami membersihkan segala galanya untuk bersedia dengan pembukaan restoran dengan pelanggan biasa. Aku membersihkan meja meja dibahagian depan, satu persatu aku melihat orang mula keluar dari ruangan ini. Sehinggalah terdetik dihatiku untuk memikirkan tentang situasi dengan Rey tadi.

Pelik, selesai sahaja dari kejadian itu, Rey langsung tidak bercakap atau berjumpa denganku. Sampaikan aku membuat andaian yang kejadian tadi hanyalah gimik yang Rey lakukan untuk memeriahkan lagi majlis mereka. "Takpelah.. memang dah biasa kena main dengan pekerja pekerja dekat sini juga". kata hatiku secara tiba tiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience