Chapter 27 : Hebat!

Romance Series 3978

"Shira, Umi tau kamu dah besar, dan Umi pun tak nak ganggu pilihan hidup kamu, tapi Umi just nak ingatkan kamu yang kalau kamu nak dekat juga dengan Areyan ni, Kamu kena hati hati tau.." Umi menasihati ku.

"Kenapa kena hati hati Umi? sebab Shira tengok dia tu baik je orangnya." balas ku kepada Umi. Aku tertanya tanya kenapa perlu berhati hati, kerana daripada apa yang aku lihat, tiada unsur kejahatan yang ada diwajahnya bahkan tingkah lakunya juga humble.

"Bukan tu maksud Umi, Shira tau kan yang dia tu antara orang paling penting dekat dunia disebabkan kepintarannya. Pastu mesti banyak orang orang yang akan mengancam dia.. Then Umi takut kalau Shira pun akan kena tempias nya sekali." Balas Umi yang memberitahu risiko jika aku mendekati Rey.

Aku masih sedikit blur, Umi asyik berkata yang Rey ni itu la, ini la, orang paling penting di dunia la. Aku masih bingung apa perkara yang dia telah lakukan sehingga dia boleh di anggap orang paling terpenting di dunia. Aku melihat wajah ibu ku dengan raut kebingungan.

"Ok camni la, Shira pergi tidur and sambil nak tidur tu Shira try google tengok apa latar belakang si Areyan ni. Shira kaji semua. Umi nak cerita tapi Umi dah ngantuk . Whoahhh" Balas Ibu memberitahu ku untuk mengkaji latar belakang Rey dengan wajahnya yang kelihatan sangat lelah.

"Okeii baik Umi, Slamat malam." Aku terus berdiri dan berjalan menuju bilik tidur. Sampai aku didalam bilik, Aku mengambil telefon ku yang berada diatas katil.
"Okay takde apa apa yang aneh, just missed called dari kak Silvya." Aku berfikir ingin menghubungi nya kembali atau tidak, kerana sudah lewat dan mungkin dia penat kerana hari ini sangat sibuk di restoran.

Aku mengabaikan saja missed callednya dan baring di atas katil sambil melihat kearah siling. Aku termenung jauh memikirkan tentang apa yang harus aku buat. Hati ku celaru merasakan dua perkara positif dan negatif bercampur aduk membelenggu rasa hati dan fikiran ku.

"Umi dah kata camtu, kak Silvya pulak galakkan aku dengan Rey, Rey pulak? hmm bila tengok cara dia layan aku, nampak yang dia series tapi ntah kenapa aku rasa yang dia hanya nak bermain main saja."

Aku membuka aplikasi google ditelefon dan mengetik latar belakang Rey dan perusahannya. Pandangan pertama memang aku sedikit terkejut melihat banyak artikel artikel yang membahas tentangnya. Aku memilih website yang paling atas dan "Wow"

"Areyan Hakimi and I.H.F Company have successfully sold 100thousand Artificial Intelligence Elect Human world-wide"
Tajuk artikel yang ditulis dari News.com. dan aku terus menyelidik lagi betul atau tidak tentang hal ini dan banyak website terpercaya seperti BBC, NYTimes, ArsTechnica.com bahkan website berita dari Malaysia juga menulisnya.

"Wow rupanya dia ni orang yang femes sangat tu, sebab still muda and dah buat robot robot yang populasinya makin hari makin banyak kat dunia ni.. hmm"
Sedalam dalam aku mengkaji tentang hal ini tiba tiba aku terbaca satu artikel di mana artikel ini di tulis pada 2024.

"Huh! patutla Umi risau kalau aku dekat dengan dia" sangat terkejut bila isi artikel itu tertulis banyak pemberontakan yang di buat oleh orang- orang di seluruh dunia tentang projek robot A.I ni. Bahkan Rey ni digelar manusia paling bahaya di dunia? dan ada sekumpulan pengganas nak bunuh dia? "Damn Rey.. macam mana kau still boleh nampak rilek tadi dekat restoran." kata hatiku.

"Okk Umur dia 24 tahun, Wow latar belakang education dia ni takleh bincang hmm hebat. andd ayah dia pun hebat. jap mak dia siapa erk? wait what?!!! mak dia Datin Azirah?!! wow Rey hebatnya life kauu .. hmm....... arghhh hahaha"

Semua perkara yang terjadi dan latar belakang tentang dirinya semakin membuat aku tidak percaya tentang ketulusan dia untuk mendekati ku. "hahaha mimpi laa Shiraaa dia nak dekat kauu ... hmm....arghhh....huhu Rey serius ke nak dekat dengan aku? argh kenapa dengan aku ni?!" Sekali lagi aku memandang kearah siling dan termenung jauh.

"Huh ok laa cukup la, tunggu esok tengok apa akan jadi.." Aku baring mengiring kesebelah kanan lalu membuka aplikasi Spotify dan mendengar lagu untuk membantu ku tidur dengan lebih tenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience