Chapter 4 : Hancur 2

Romance Series 3902

Pukul 11 pagi , rumahku didatangi oleh dua orang petugas dan aku tidak tahu mereka dari agensi apa kerana ketika itu kami yang masih dibawah umur tidak dibenarkan berada di situ (tempat mereka berbincang). Tetapi apa yang aku ingat pada ketika itu mereka membincangkan tentang hutang. Setelah selesai mereka berbincang, dua orang petugas itu keluar dan meninggalkan rumah kami. Aku melihat ke arah Ayah Misya, muka berang seperti tidak berpuas hati dengan sesuatu

"Dubbbb!!!!!!!!" "Kau memang bodoh!" Tumbukan yang padu dilepaskan oleh Ayah Misya ke muka Ayahku. Kami semua terkejut dan kehangatan suasananya mula meningkat. "Kau buat apa ni weh Razak!! Bodo la sial orang macam kau ni!" Kata ayah Misya kepada ayahku selepas menumbuknya. Ayahku terduduk tak terkata dan memegang pipi nya yang di tumbuk  ayah Misya. Kami semua menyaksikan semua kejadian itu, aku berasa sangat takut kerana ini pertama kali aku melihat bagaimana orang dewasa bergaduh. Misya , adiknya dan Aci Oca menangis melihat situasi ini dan mereka sambil teresak esak menyuruh Ayahku dan Ayah Misya untuk berhenti bergaduh. Ayah Misya terus membebel dengan kebengisan sementara ayahku melawan kata kata yang dilemparkan dari mulut Ayah Misya. Perbalahan mereka sungguh menyeramkan kerana aku takut mereka akan hilang kawalan.

Dan ketakutan ku tentang (mereka mungkin akan hilang kawalan) ternyata terkabul dan ini merupakan detik di mana semua pahit manis kehidupan yang aku lalui selama ini pergi meninggalkan ku.

Semuanya bermula dengan hanya satu kata..

"Lelaki Bodoh!" Itu la kata yang mengubah kehidupan ku.

Kami melihat kearah Aci Shima yang baru saja melemparkan kata kesat kepada ayahku. " Lelaki Bodoh!" Tanpa berfikir panjang ayahku terus berdiri dan menuju ke arah Aci Shima dan Menendangnya dengan penuh Amarah!!!. " KAULAH BODOH! PELACUR!! PEREMPUAN SAMPAH!!!" Ayahku berang seperti melepaskan semua Amarahnya yang dia tahan saat di bebel oleh abangnya. Situasi itu semakin menyeramkan. Perasaan ku mula berdebar , Ahli keluarga yang lain sudah juga mula hilang kewarasan dan menyalahkan antara satu sama lain. Aci Oca memelukku dan Misya lalu dia menangis. Aci Oca memang mudah menangis kerana hatinya yang lembut dan baik memang tidak dapat melihat sesuatu perkara yang berat seperti ini.

"WOI SYAITAN !TU ADIK PEREMPUAN KAU !!" Ayah Misya menengking ayahku selepas sahaja ayahku menendang dan melemparkan segala caci maki kepada Aci Shima. "KAU PUN BODOH ! TERLALU BELA PEREMPUAN SUNDAL NI KENAPA?!!" Ayah ku membalas tengkingan ayah Misya dan mereka mula bertengkar dengan sangat dasyat. Ibu ku dan Ibu Misya memang tidak dapat berbuat apa apa dan orang dewasa yang lain juga hanya berdiam takut melihat pergaduhan antara Ayahku dan Ayah Misya, risau mereka juga akan di belasah seperti Aci Shima . Pergaduhan semakin panas .. sehingga la Ayah Misya menyentuh hal hutang yang menjadi permasalahan sekarang. Ayahku mula berang dan muak dengan semua ini kerana dia suda acap kali mengakatakan akan mencari jalan sendiri untung melunaskan hutang itu tetapi ayah Misya masih membawa bawa hal ini sehinggalah ayah ku muak dan berang.

"KAU BOLEH STOP CAKAP PASAL BENDA TU TAK SIAL!!!" "DUSHH!! Ayah ku mengambil pasu bunga kecil di atas rak meja dan membaling ke arah Ayah Misya dan pasu bunga itu terkena tepat ke arah kening kiri Ayah Misya. Ayah Misya bengang dan menuju ke arah ayahku dan mereka saling melepaskan tumbukan ke arah masing masing. Pergaduhan itu sangat hangat dan masing masing hilang kewarasan. Barang barang dirumah pecah berterabur. Keributan pergaduhan mereka meningkat di tahap maksima! Ayah Misya membelasah ayahku dengan menumbuk mukanya bertubi tubi. Ayahku terbaring tidak bermaya kerana dibelasah dengan teruk. Mukanya lebam membengkak, mulutnya dan hidungnya di selimuti oleh darah.. "Kau memang tak boleh lawan aku Razak!kau memang tak akan pernah menang! Kau ego!. Ayahku melihat ke arah Ayah Misya dan meludahnya dengan darah yang terkumpul dimulutnya. Ayahku lalu bangun dengan perlahan. kesakitan yang dia rasakan  melambatkan lagi pergerakannya.

"Haha" Ayahku senyum dan melihat Ayah Misya dengan penuh dendam. Wajahnya lebam, darah jatuh melimpah mengotori bajunya. Dia dengan kesakitannya perlahan lahan berjalan menuju kesuatu tempat. Kami semua hanya melihat gerak gerinya .

Sehinggalah...

"Haha Azri :D" ayahku kembali dengan membawa sebila pisau!!!!

"Aaaaaaaaaa" kami semua terkejut dan teriak ketakutan! "Abaaanggggg!!!! Sudahhhh!!!" "Ayahhhhhh !!!!!! Jangnnnnnn!!!"
"Woi Razak !! Ko dah hilang akal ke!!! Woi jangan Razak!!!"

Tanpa berfikir panjang ayahku terus berlari ke arah Ayah Misya dan mencuba menikamnya!!!!

Ayah Misya sempat mengelak dan cuba untuk menjauhkan diri dari ayah tetapi saat Ayah Misya membelakangkan dirinya untuk lari, Ayah sempat menikamnya dari belakang dengan keras dan penuh dendam!!.

"Kau kalah :D" Ayah senyum dan berbisik ke telinga Ayah Misya yang sudah terlantar sambil tangan kanannya menusuk sedalam dalamnya pisau itu kedalam tubuh Ayah Misya.

Hari yang penuh dengan kehancuran... Aku terpaku dengan amarah amarah yang membaham suasana jenjam dan akhirnya diselimuti dengan warna merah darah.

Hancur...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience