Chapter 5 : Kehidupan saat ini

Romance Series 3902

"Baik Umi" aku mengangkat baldi yang penuh dengan kain yang sudah di cuci untuk dijemur di luar tingkap rumah. "Umi jalan dulu ya shira jangan lupa matikan suis dan kunci pintu sebelum kamu keluar.. Assalamualaikum", "Walaikumsalam.. baik umi.. hati hati.." balas ku kepada umi yang keluar untuk pergi bekerja. Seperti biasa , setiap pagi aku akan bersendirian di rumah dan akan menyelesaikan tugasan rumah sementara ibuku pergi bekerja.

Ibu ku kini bekerja sebagai cleaner di salah satu pusat beli belah yang juga tidak jauh dari apartment kami. Pekerjaannya itu membuatkannya sukar untuk mengurus pekerjaan rumah kerana perlu berangkat awal ke tempat kerja dan membersihkan segala yang patut sebelum pusat beli belah itu di buka. Oleh itu, aku di tugaskan untuk menyelesaikan segala tugasan rumah sehinggalah masanya aku juga harus berangkat ke tempat kerja.

"Jemur kain dah settle, sapu lantai pun dah settle, masak nasi settle.. apa lagi erkk ..mmm k semua settle.. now mandi!" Aku melihat jam sudah menunjukkan pukul 9.30 pagi dan aku ada masa yang terluang sekitar 2 jam setengah lagi sebelum berangkat ke tempat kerja, di mana kebiasaannya shift yang supervisor ku berikan adalah pada pukul 12 tengah hari sehingga 8 malam. Aku lalu mengambil tuala ku yang di jemur di luar jendela dan bergegas masuk kedalam bilik mandi.

Setelah selesai bersiap untuk berangkat ke tempat kerja, aku menyiapkan sarapan pagi ku dengan mengambil dua roti gardenia dan menyapu susu pekat di permukaan roti sebagai penambah rasa. Aku memasukkan segala peralatan yang biasa ku bawa kedalam beg seperti charger phone, earphone dan buku nota kecil beserta pen biru yang biasa ku gunakan untuk mengambil pesanan. Setelah semua selesai, aku mematikan semua suis elektrik di rumah dan mengunci pintu lalu turun kebawah untuk berangkat ke tempat kerja.

Setibanya aku dibawah dan menuju keluar dari kawasan apartment, "Eh adik Shira , dah nak g keje ke?" Aku di sapa oleh Mak Cik Rafila yang sedang berjualan kuih muih di tepi jalan raya di luar kawasan apartment di mana kebiasaanya dia berjualan kuih muih di situ. " Hah aa :)" aku membalas sapaannya dengan senyuman yang palsu kerana aku memang tidak ingin berhubungan dengan sesiapa sejak berpindah di kawasan apartment itu. Aku meneruskan perjalananku ke tempat kerja dengan berjalan kaki.

Akhirnya aku tiba di restoran di mana tempat aku bekerja. Aku meletakkan beg ku di rak khas yang disediakan. Aku mengambil apron dan memasukkan telefon , buku nota kecil beserta pen biru ku. Tiada sesuatu yang sepesial terjadi saat aku bekerja hari ini , sehinggala jam suda menunjukkan pukul 7.45 petang dan sudah waktunya untuk aku mengemaskan peralatan ku dan bersiap untuk pulang kerumah. Aku melaporkan diri dengan supervisor ku iaitu Kak Shiba, "kak saya dah kemas barang barang di belakang.. saya mohon izin untuk balik" .. "ok hati hati", balas Kak Shiba sambil melakukan pekerjaannya di mesin duit di kaunter.

Aku mengambil beg dan bersedia untuk pulang ke rumah. Aku memakai earphone dan membuka music player di smartphone lalu memasang lagu dari The Adjective - you said everything di mana lagu ini merupakan lagu kegemaran ku di saat aku melakukan perjalanan pulang ke rumah .

Aku berhenti sebentar di gerai makanan yang biasa aku kunjungi sekiranya hari itu tiada makanan yang dihidang dirumah. Hari ini memang tiada siapa yang dapat menghidang makanan kerana ibu ku terpaksa mengambil dua shift kerja disebabkan temannya yang tidak dapat hadir kerana sakit demam panas. Aku membeli dua ketul dada ayam goreng seperti biasa yang beharga RM3.50 seketul. Setelah membayar aku meneruskan perjalananku.

Pemandangan malam itu tiada bezanya, blok demi blok aku lintasi . Suasana ketika itu suda gelap dan cahaya yang menerangi jalanku hanya pancaran dari lampu kedai dan lampu jalan. Suasana malam itu indah untuk ketenangan sehinggalah terdetik di hatiku keluhan tentang penderitaan hidup yang aku terpaksa tempuhi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience