Chapter 15 : Pertemuan pertama

Romance Series 3902

"Boleh , Sekejap ye" Balas ku kepada lelaki itu dan segera menuju ke bahagian belakang lobby dimana tersimpannya alatan makanan. Aku mengambil Garfu dan Sudu dan terus kembali ke kawasan meja yang aku ditugaskan untuk jaga.

"SHIRAAAA!!! AWAS! " Amira menjerit kerana aku hampir berlanggar dengannya yang sedang membawa pinggan pinggan yang kotor!.
"Ehh!!!!" Aku dapat mengelak ..tetapi! "Ya allaahhh maaf encikk!!" Di saat aku mengelak tangan kiri ku tertolak gelas yang dipegang oleh seseorang lelaki dan air didalam gelas itu tumpah ke baju nya!.

Amira terus berlalu pergi. Lelaki itu hanya diam sambil menyapu air yang basah dibaju nya.

"Encikk!! saya minta maaff" aku meminta maaf dengan lelaki ituu sambil sambil tangan ku cuba untuk membersihkan bajunya.
"Takpe" dia membalas dengan raut wajah yang tegang seperti sedang menahan marah. Dia lalu mengalihkan tangan ku . Lelaki itu terus berdiri dan keluar dari lobby. Tiga orang lelaki di hapadan ku melihat sahaja perlakuan ku dan mereka cuba untuk menenangkan ku "takpe dik , dia ok je tu .. sambung buat kerja kamu" "pasni jangan terburu buru tau " mereka berkata kepada ku. Lelaki itu sebenarnya duduk di bahagian meja belakang dimana, ini kawasan meja square yang di isi dengan empat orang .

Aku terus bergerak ke arah meja kawasan jagaan ku dan memberikan garfu dan sudu kepada seorang pak cik yang meminta pertolongan ku tadi.
"Maaf encik, saya terlambat" balas ku.
"Takpe" sambil mukanya juga tegang.

Aku berdiri kembali sambil menunggu arahan dari orang orang di kawasan jagaan ku. Hatiku berasa gusar, aku takut kalau kak Shiba mengetahui perkara ini, mungkin aku akan ditengking lagi olehnya lagi pula pelanggan kali ini bukan calang calang orang.

Sehinggalah aku menoleh kearah belakang, aku melihat lelaki yang aku tumpahkan air kebajunya tadi masuk dari pintu belakang lobby dan menuju kearah mejanya.

"Oh itu dia Rey dah sampai... dipersilakan Dr Rey untuk menyampaikan satu dua kata di atas kejayaan yang kita sudah capai" Wanita yang menjadi MC hari ini memanggil seseorang yang bernama Rey.
Aku sangat terkejut kerana Rey adalah lelaki yang aku tumpahkan air kebaju nya tadi!.

Dia berdiri dan berjalan terus kearah depan. Tepukan gemuruh dapat didengari dari setiap penjuru. Sepertinya dia merupakan orang penting dalam perusahan mereka.
Tidak tahu mengapa aku sangat terpegun apabila melihat dia berjalan.

Kulitnya putih, hidungnya mancung, tingginya sekitar 180 -185 cm, rambutnya ikal dan aku mengagak agak umurnya dalam sekitar 23 ke 25 tahun. Aku melihatnya dengan tekun dan di saat dia berjalan menuju kehadapan aku perasan yang wajahnya seperti salah seorang penyanyi Malaysia iaitu Sam Bunkface di waktu dia masih muda.

Dia sampai ke bahagian depan dan mengambil mic untuk memberi ucapan.
" Afternoon... " Dia memulakan ucapannya dengan sapaan selamat tengah hari .
" And aaaa" Dia terdiam dan melihat kearah belakang. Dalam kiraan beberapa detik dia terus melihat kembali kearah depan dan berkata.
"You guys is awesome" dan dia meletakkan kembali mic itu di atas meja.

"Hahhhhh?!! itu je" hati ku berkata. Aku juga melihat orang orang di dalam dewan ini semua blur dan aku melihat kawan kawannya di bahagian belakang di kawasan meja square tadi ketawa kecil melihat gelagat Rey.

ketika Rey ingin memulakan langkah untuk menuju kearah mejanya , seorang pakcik menegurnya
"Rey panjang la sikit ucapan tu" seorang lelaki yang duduk dibahagian depan menegurnya dengan rasa tidak puas. Sepertinya pak cik ini merupakan boss daripada perusahan ini.

"Sorry Sir" Rey mengambil semula mic dan meminta maaf kearah pakcik itu.
" I don't want to stand for long because I'm afraid you guys can see this kotoran on my clothes haha" dia menambah ayatnya dengan sindiran kotoran dibajunya.

"Alamakk!!! mati lahhh" suara hatiku yang panik.

"just got a little accident back theree and aaa" dia menyambung lagi kata katanya sambil melihat sekeliling.
"Ohhhh there she is! hey girl come heree" Dia melihat kearah ku dan memanggilku kearahnya!.

"!!!!!!!!" aku terkejut! raut wajah ku bertukar menjadi merah ketakutan. Aku melihat semua orang didalam ruangan itu melihat kearah ku!
"Ya allahhh apa perlu aku buat ni!" aku berkata lagi didalam hatiku.

"Hey comee" panggilnya lagi dengan senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience