Chapter 14 : Perusahan yang tidak diketahui

Romance Series 3902

"Maaf kak sebab lambat" ucapan maaf ku ke kak Shibah sambil bergegas masuk kedalam ruang penyimpanan barang pekerja. Seperti biasa aku menyiapkan barang barang yang perlu.

Setelah itu, aku keluar berjumpa kak Shiba di lobby restoran.
"Shira, susun enam set fork and spoon di setiap meja bulat dan empat set dekat meja square" kak Shiba meminta ku untuk menguruskan bahagian meja sambil dia menyiapkan dekorasi dinding sesuai dengan apa pelanggan inginkan.

"Baik kak" Aku langsung menyelesaikan tugas ku. Jam menunjukkan pukul 11.17 pagi. Kak Silvya dan salah seorang pekerja lagi iaitu Ziman masuk kedalam dengan terburu buru.

"Silvya!!! Ziman!! alhamdulillah!" Kak Shiba menyapa mereka dengan rasa lega.
"Ziman cepat ambil, n susun kerusi dekat meja meja semua" tambah kak Shiba lagi.
"Baik kakkk maaf saya lewat" Ziman juga terburu buru mempersiapkan dirinya untuk memulakan tugasan.

Kak Shiba dan Kak Silvya tiba tiba pergi dari kawasan lobby dan masuk kedalam bilik kerja kak Shiba. Mungkin ada sesuatu yang hendak mereka bincangkan. Tetapi tidak lama setelah itu Amira dan Bakri akhirnya sampai.

Mereka masuk kedalam restoran dengan terburu buru. Seperti biasa mereka memang tidak akan bercakap dengan ku, dan mereka bertanya ke Ziman dimana kak Shiba berada. Ziman memberitahu mereka dan mereka berdua bergegas mempersiapkan diri untuk memulakan pekerjaan.

Bakri membantu ziman mengangkat kerusi dan menyusunnya di meja. Manakala Amira pula datang ketempatku untuk menanyakan sesuatu dengan wajah yang ketat. "Shira apa lagi yang tak siap?" dia menanya ke aku dengan ekspresi yang suram.

"aaa ... Di saat aku ingin membalas pertanyaannya.. Tiba tiba kak Shiba dan kak Silvya keluar dan mereka menyapa Amira.

"Amiraaa" sapa kak Shiba.
"Ye kakk, maaf saya lambat" balas Amira.
"Eh takpe ..Amira kamu boleh tolong Shira susun Set Fork and spoon n pastu korang bedua ambil troli dengan gelas tau dekat kitchen" kak Shiba memberikan Amira tugasan yang perlu dilakukannya.
"Baik kakk" Balas Amira dan terus melakukan pekerjaan.

Kami berdua bekerja bersama dan seperti biasa tiada kata kata ataupun perbualan yang terjadi diantara kami.
Ya, memang seperti ini. Aku memang tidak pernah berbual dengan sesiapa didalam restoren ini kalau hal itu tidak penting. Aku juga sedar yang mereka kurang selesa berbual dengan ku jadi aku selalu mendiamkan diri.

Selang setelah itu 3 lagi pekerja sampai dan mereka membantu dalam menghidang makanan dan pekerjaan pekerjaan selebihnya yang belum selesai.
Tepat pukul 12 tengah hari. Hampir 98% tugasan kami selesai dan kami sebagai pelayan mengambil posisi masing masing untuk membantu pelancaran majlis ini.

Para para tamu yang menghadiri majlis itu mula datang, sedikit demi sedikit. Sehinggalah pukul 12.30 hari acara mereka dimulakan. Majlis ini merupakan majlis sambutan bagi merayaakan ulang tahun ke 12 perusahaan yang aku tidak tahu itu perusahan apa. Aku melihat orang orang yang ada di situ sepertinya orang orang pintar kerana banyak mat saleh dan beberapa dato dato.

Di awal perjalanan majlis itu disajikan dengan ucapan dari pengusaha perusahan itu. Mereka bercakap tentang sesuatu yang tidak aku fahami , tentang bio tech, human technology, dan banyak lagi berkenaan ilmu ilmu sains.

Hatiku berkata "mungkin mereka ni saintis yang nak celebrate kejayaan diorang buat sesuatu..hmm maybe".
Aku diberikan tugas untuk melayani kumpulan meja dibahagian depan. Iaitu kawasan meja bulat dan aku diberikan tugas untuk melayani meja bernombor 4, 5, dan 6.

"Adik boleh tolong ambilkan saya sudu dan garfu lebih?" Seorang lelaki meminta pertolongan ku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience