Chapter 6 : Memori silam

Romance Series 3902

Memori pahit yang memegal hatiku bertalu talu meluncur masuk kedalam fikiran ku. Air mata tiba tiba menitis satu persatu. Pancaran imej kenangan pahit itu kembali lagi datang. Terlintas kembali semua peristiwa di mana titik bermulanya kehidupan yang hancur ini.
Terdetik nama Aci Oca di hatiku dan aku sangat merinduinya. Peristiwa dasyat itu telah memisahkan kami semua.

Di saat Ayahku menikam pakcik ku sendiri di hapadan kami semua,ianya telah menjadi titik mula putusnya tali silaturrahim antara keluarga yang dulunya bahagia ini. Setelah peristiwa itu, Ayahku dipenjara dan di hukum gantung sampai mati. Hutangnya tidak dapat dilunaskan kerana tiada siapa yang dapat melunaskannya. Pak Cik ku iaitu Ayah Misya juga suda pergi bersama atok meninggalkan dunia yang penuh dengan tanda tanya ini. Dan cara untuk melunaskan hutang itu hanya la dengan menjual rumah yang merupakan satu satunya harta peninggalan atok.

Tiada apa apa yang boleh kami lakukan. kami secara berat hati dan terpaksa menjual rumah yang menyimpan seribu satu kenangan demi melunaskan segala hutang yang ayahku timbulkan. Kejadian ini menyebabkan terpisahnya kami semua di mana aku dan ibuku suda tidak ingin dipandang lagi oleh mereka dan hal ini menyebabkan aku dan ibu berpindah jauh dari tempat kelahiran ku sendiri.

Ibu Misya membawa Misya, Adiknya dan Aci Oca kerumah keluarga ibunya yang masih lagi ada. Dan di hari terakhir perpisahan itu aku dapat melihat kesedihan yang teramat dalam diri Aci Oca kerana perlu meninggalkan semua kenangan yang sudah di bina dari dulu. Pada hari terakhir kami bersama, Aci Oca sangat merayu untuk aku dan ibu ku juga turut serta tinggal bersama keluarga nenek Misya. Tetapi nasi sudah menjadi bubur, ibunya sudah menyimpan kebencian yang mendalam terhadap keluargaku .

Aci Oca terpaksa bersama mereka kerana ketika itu Aci Oca masih belajar sambil bekerja. Aku sangat menyayanginya kerana dia seperti ibu kedua ku, tetapi apa kan daya aku hanya mampu menerima kenyataan dan berkata dalam diriku bahawa
Perpisahan memang menyakitkan tetapi ini adalah satu kewajaran sebagai manusia dan yakin akan ada kebaikan dalam semua yang suda di tentukan oleh tuhan.

Di hari terakhir sebelum kami berpisah. Aku, Misya dan Aci Oca berpelukan dalam kesedihan yang menyakitkan . " Shira jaga diri baik baik ya : ') jangan lawan kata umi, dengar apa yang umi katakan selalu, jaga umi , jadi anak yang baik", kata kata terakhir Aci Oca kepada ku sambil memelukku dengan penuh kasih sayang dan kedinginan yang kurasakan dari pelukan itu mampu mengusir segala kesedihan yang menyelimuti jiwa ku.

Aci Shima?.. aku tidak tahu di mana dia berada setelah kejadian itu. Tetapi aku tidak juga mempedulinya kerana masih tersimpan kebencian dalam diriku terhadapnya. Perpisahan ini membuatkan aku terpaksa berjauhan dengan saudara mara ku sendiri. Aku dan ibuku berpindah jauh dari negeri itu demi melupakan segala kenangan kenangan singkat yang memancar dalam memori kami.

Kini aku tinggal di sebuah apartment kecil di tengah tengah kota. Aku terpaksa berhenti sekolah kerana kami tidak mempunyai biaya yang cukup untuk menampung pembelajaran ku. Ibuku juga terpaksa mencari pekerjaan baru dan telah menjadi seorang cleaner kerana sudah tertulis rekod buruk terhadap keluarga kami. Peristiwa itu telah menyukarkan ibu ku untuk mencari pekerjaan yang lebih baik.

Demi menyara kehidupan ini. Aku memutuskan untuk berhenti sekolah dan bekerja untuk menambah lagi pendapatan sara hidup keluarga saat ini. Dan antara sebabnya kenapa aku tidak ingin bergaul atau mendekatkan diri dengan orang lain, ialah kerana aku takut mereka akan mengetahui tentang kisah silamku dan akan berasa tidak selesa mendekatiku.

Jam sudah menunjukkan pukul 9.20 malam. Aku semakin hampir dengan apartment tempat tinggal ku. Jalan untuk masuk kedalam kawasan apartmentku itu seperti biasa gelap gelita kerana lampunya yang sudah rosak dan tidak diperbaiki.

Langkah demi langkah, aku masuk kedalam kawasan apartment dan tiba tiba terdengar nama ku dipanggil dari jauh, dan panggilan itu sangat mengacau jiwa ! Jantungku berdegup kencang dan ianya membuatkan aku berasa tidak selesa! hati ku secara tiba tiba berdebar dengan ketakutan!..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience