Chapter 8 : Tanda dari mimpi

Romance Series 3902

Aku membuka kunci pintu rumah dan masuk kedalam, "assalamualaikum" .. dalam hatiku berkata "oh ibu belum balik". Aku menyimpan dua kasut hitam ku kedalam rak kasut dan duduk di kerusi meja makan di ruang tamu. Apartment tempat tinggal ku ini tidak begitu luas, dapur dan ruang tamu kami berada disatu tempat. Di rumah itu juga hanya mempunyai satu bilik tidur dan satu tandas yang terus bersatu dengan bilik mandi.

Setelah selesai berehat, aku melihat kearah jam dinding dan jam sudah menunjukkan pukul 10 malam . Aku berdiri dan memanaskan nasi yang sudah aku masak pagi tadi lalu mengangkat kain jemuran. "Huh nasib hari ni tak hujan, dah la takde orang kat rumah sehari ni". Setelah selesai dari melakukan tugasan tugasan itu aku segera mandi untuk membersihkan diri.

"Tok tok tok" bunyi pintu depan rumah diketuk. "Assalamualaikum Shiraa.. umi dah balik".

"Yaaa umi Syira tengah mandi ni", balasku kepada umi ku yang akhirnya suda tiba ke rumah. Aku segera mandi dan menukar pakaian. Setelah selesai melakukan segala persiapan diri, aku melihat umi sedang menjamu selera dengan ayam goreng yang aku beli tadi. "Eh umi laparnyaa.." sapa ku kepada umi . "Hah aa sayang ... Tadi tak ramai yang datang kerja jadi umi tepaksa keja dua kali ganda harini .. nak makan malam tadi pun tak sempat sebab nak cover orang lain punya kerja" balas umi yang sedang menikmati hidangan yang tidak seberapa itu.

Malam itu seperti biasa, aku dan umi berbual tentang apa sahaja yang terjadi di hari hari ini. Tetapi aku tidak menceritakan tentang peristiwa yang berlaku kepada ku tadi di mana aku diganggu oleh Nazim dan kawan kawannya di saat aku dalam perjalanan balik kerumah. Ini kerana, aku risau jika ibu mengetahui perkara ini, Dia pasti tidak akan membenarkanku untuk mengambil shift kerja malam lagi. Dan itu akan menyusahkan susun atur harian kami berdua jika kami berdua bersama sama bekerja di shift pagi.

"Ok la Syira.. umi nak mandi.. kamu pergila tidur esok nak kerja",Perbualan kami terhenti disaat umi ingin membersihkan dirinya. "Baik umi.. selamat malam" balas ku kepada umi.

Aku masuk kedalam bilik dan mematikan lampu. Kebiasaan di rumah ini, aku akan tidur didalam bilik dan umi selalunya akan tidur di ruang tamu. Aku sudah selalu meminta umi untuk tidur di dalam bilik, dan aku di ruang tamu, ataupun setidaknya kami berdua bersama sama tidur di dalam bilik. Tetapi umi menolak dan dia faham tentang kenyataan yang remaja memerlukan ruang persendirian untuk mereka melakukan hal hal sendiri di usia remaja.

Aku baring dan bermain telefon seperti kebiasaannya, sehinggalah mata ku dengan perlahan lahan tertutup lalu menghitamkan penglihatanku...

Di saat aku tidur roh dan pemikiran ku di buai mimpi yang sangat aneh.

"Woiiiiiiiiiiiiiiiii" "HAHAHAHAHAHA" "Siapa dia??" "Wehhhhh jangannnn" suara suara bergema sedang bermain dalam mimpi ku. Aku seperti sedar dan berdiri di satu kawasan yang luas tetapi kosong dengan pemandangan yang dihiasi warna warna gelap.

"Shiraaaaa sakitttt" "Hahahahahahahahha" "aku tak nak laaa" suara suara yang bergema itu semakin riuh dan bising! Di setiap penjuru aku merasakan ada suara yang sedang melontarkan kata kata tetapi aku tidak dapat fokus kerana di hujani dengan banyak suara yang bergema.

Sehinggalah badan ku tiba tiba di tolak oleh seseorang yang menyebabkan aku jatuh kedalam satu gaung hitam yang besar!!

"Ahhhhhhhh" aku teriak ketakutan kerana merasakan suasana itu seperti betul betul terjadi . "Shiraaaaaaaa !!! Akuu ........." Aku jatuh membaring dan di saat itu, aku melihat seorang lelaki yang memanggil ku dan dia sepertinya ingin memberikan ku sesuatu. Perasaan ku berkata bahawa itu adalah sehelai kertas, dan tertulis sesuatu perkara yang sangat penting untuk diberikan kepada ku.

Rasa takut dan cemas meraja adrenalin tubuhku! suasananya gelap dan kosong. Tiada apa yang aku boleh lakukan di saat itu, aku kaku dan hanya mampu berserah dan akhirnya aku terhempas ke titik akhir gaung yang luas itu. Di saat itu juga aku terbangun dan sedar dari mimpi aneh itu!

"Huhhhh... Apa yang jadi!" ,Hatiku gelisah. Kegelisahan dasyat yang tidak pernah ku alami.

Aku melihat wajahku ke arah cermin dan dengan tiba tibanya air mataku mengalirr!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience