Chapter 12 : Risau

Romance Series 3978

"Beppp" Tertulis perkataan "Call ended" di paparan skrin telefon ku. Aku cuba menelefon nombor itu sekali lagi dan perkara yang sama berulang.

"Ok dah! tak nak peduli... baik aku bersiap sekarang !"

Aku mematikan telefon ku agar tidak di ganggu kalau kalau nombor itu akan menelefon ku lagi. Aku lalu menggosok pakaian kerja ku dan setelah selasai aku mengambil tuala mandi untuk membersihkan diri.

10.30 pagi. Setelah semua persediaan telah dilakukan, aku berehat sebentar di atas kerusi meja makan sambil menjamah sarapan ringan. Aku mengambil telefon ku lalu menghidupkannya kembali.. Tidak tahu kenapa , perasaan ku gelisah saat menunggu telefon ini untuk hidup. Mungkin disebabkan panggilan yang aneh itu tadi.

"ouh takde" hatiku berbicara dengan perasaan yang suram. Tiada sebarang notifikasi "missed call" yang ku dapat setelah telefon itu hidup. Aku menghidupkan data internet lalu ..

"Tingg!!!" bunyi notifkasi dari WhatsApp. Aku melihat terdapat tujuh pesanan mesej yang dihantarkan kepada ku dan itu daripada Kak Shiba. Aku dapat menghidu bau kecemasan kerana sangat jarang untuk Kak Shiba menghantar sebarang mesej kepada ku lagi lagi diwaktu pagi seperti ini.

Aku membuka isi mesej yang dihantarkan kepada ku dan di saat aku ingin menekan mesej itu. Tiba tiba masuk panggilan telefon dan ianya dari Kak Shiba. "ehh baru je nak baca, emergency sangat ni" , aku lalu mengangkat panggilan kak Shiba.

"Assalamualaikum Shiraaaa.. ya allah dapat pun contact kamu." kak Shiba memulakan pembicaraan.
"Walaikumsalam Kak , maaf telefon saya mati tadi.. ye kenapa tu kak??" balas ku ke kak Shiba.

"oh takpe takpe.. eh Shira boleh tak kamu datang kedai sekarang? sebab hari ni ada tempahan nii..orang buat majlis dekat kedai ...ya allah kakak lupa nak bagitau semua pekerja lain semalam.. kakak ingat jadualnya esok rupanya harini." keluh kak Shiba.

"Oh yekee?? boleh kak .. pukul berapa mula majlis tu??" . tanya ku ke kak Shiba.

kak Shiba membalas dengan kerisauan yang dapat dirasakan " pukul 12 niii .. ya allah , kita ada masa sejam lebih je lagi untuk prepare ni.

"Huh! ok kak boleh... saya gerak sekarang!" . Aku terkejut mendengar pernyataan kak Shiba , kerana sebelum ini jika ada majlis yang akan dibuat di restoran tempat aku bekerja, memang akan diberitahu awal agar kami dapat membuat persiapan sekurang kurangnya tiga jam lebih awal.

Aku segera mengambil peralatan yang diperlukan dan mematikan suis, mengunci pintu lalu bergegas untuk ketempat kerja. "10.57 .. huhh sempat tak niii" kerisauan dalam hatiku sambil berjalan dengan tempoh yang laju.

Langkah demi langkah.. tiba tiba ada kereta Axia hitam berhenti di tepi ku! Tingkap kereta nya terbuka dan
"SHIRAAA!!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience