Chapter 13 : Kenangan Silvya

Romance Series 3902

"SHIRAAA!!! CEPAT NAIK!" wanita di dalam kereta Axia itu memanggil ku dan menjemput ku untuk menaiki keretanya.

"Ehh? Kak Silvya! okay kak" aku terkejut dan segera masuk kedalam keretanya. Sudah lama aku tidak berjumpa dengan Kak Silvya, rasanya sudah setahun lebih, sejak dia dinaikkan pangkat ke supervisor dan dipindahkan ke cawangan yang lain.

Aku duduk bersebelahannya di kerusi penumpang hadapan. Perasaan kekok mula dapat ku rasakan. Aku berharap bahawa kak Silvya lah yang akan memulakan perbualan kerana aku memang tidak tahu bagaimana hendak memulakan komunikasi dengan orang lain. Di sepanjang perjalanan itu aku hanya berdiam sambil melihat ke arah depan. Sehinggalah...

"Shiraa kamu apa kabar??" kak Silvya akhirnya mematahkan suasana kekok di dalam kereta.
"Baik je kak" balasan ku pendek.

" .... " suasana kembali sunyi. Dalam hatiku berkata, "Kenapaa kak Silvyaa tak pasang radioo diaaa , sekurang kurangnya kalau ada bunyi radio kitorang tak la sunyi cam ni" . Kata hati ku itu tadi membuatkan aku terus bertindak dengan melontarkan kata kata kepada kak Silvya.

"Kakak pulak apa kabar???!" tanya ku dengan secara tiba tiba.
"Ehh hahaha Shiraa, kamu dari dulu tak berubah ^^". Balas kak Silvya dengan nada yang gembira.
"Maksud kakak???" Aku menanyakan lagi soalan kepadanya.
"Takdelahh, kakak ingatkan kamu dah berubah, rupanya masih lagi pemalu hahaha, kakak sebenarnya sengaja je diam dari tadi sebab nak tengok kamu ni dah tak malu malu lagi ke dengan orang hehehe". Kak Silvya membalas dengan tawa kecilnya.
"Btw kakak Baik baik jee, Rindunyaaa dengan korangg tak sabar nak tengok korang semuaa" balasnya lagi dengan telatah yang comel.

"Hahahaha bagus la kalau kakak baik baik je, ye kitorang pun rindu dengan kakak sebab kakak la yang banyak bagi tunjuk ajar dengan kitorang dan sesiapa yang baru masuk kerja dekat MammaCucina ni (nama restoran aku bekerja)."
balasku panjang kepada kak Silvya.

"ehhh hahahaha takdelahhh ,kak Shiba pun banyak tau tolong korang hehehe" balas kak Silvya bersikap rendah hati.

kami mula bercerita dengan asyik kenangan masa lalu bekerja bersama. Kak Silvya mula mengenang kembali tentang kenangan pertama ku ketika memohon untuk bekerja di restoran ini di mana ketika itu aku di suruh untuk tunggu di restoran selama hampir empat jam untuk sesi temu bual dengan supervisor yang menjaga di restoran itu ketika itu.

"Kakak ingat lagi masa first time kakak tengok kamu duduk sorang sorang dekat meja 31 tunggu sesi temu bual kamu dengan Cik Mirhan (Supervisor restoran ketika itu)... kesian kakak tengok kamu, masa tu rasa nak teman jee" kak Silvya mengenang kenangan di saat pertama kali dia melihat ku.

Aku terus memotong percakapannya "Eh kakkk takpe masa tu saya faham situasi tengah sibuk ^^" lagipun haritu memang takde aktiviti lain jugak hehehe" balas ku kepada kak Silvya.

"Hahh aa ..tapi tulah kesian tengok kamu , dah lah comel, sorang sorang pulak tu duduk tunggu lama lama, tapi nasib kamu dapat juga kerja tu kan hehehe" balas kak Silvya.

"eh crita crita dah sampai..hehehe nanti kita sambung balik cerita kalau ada kesempatan" kak Silvya menambah percakapannya sambil memandu perlahan kearah restoran.
"Shiraa kakak drop kamu dekat depan restoran dulu tau sebab kakak nak cari parking.

"oh okey boleh kak" balas ku kepadanya.

Aku keluar dari kenderaan dan segera menuju ke dalam restoran. Di saat aku masuk kedalam, aku melihat kesibukan yang di alami Kak Shiba, dia melakukan pekerjaan di lobby dengan sendirian.

"kak!" aku menegurnya .
"eh Shiraaa... alhamdulillah kamu dah sampaiiii" balas kak Shiba dengan penuh rasa lega.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience