Chapter 11 : Unknown Number

Romance Series 3902

" Siapa lelaki tu ? " itu kata kata yang asyik berpusing pusing difikiran ku. Aku cuba sedaya upaya untuk ingat jika jika aku pernah berjumpa atau mungkin dia adalah salah seorang pelanggan yang pernah ku layani sewaktu bekerja.

"Hmmm" Aku menghembus nafas tanda keluh memikirkan sesuatu yang tidak ada kata jawabnya. Aku berdiri dan meletakkan telefon pintar ku di atas meja makan lalu segera menyelesaikan tugasan rumah yang selebihnya.

9 pagi. " Ok dah settle semua " aku berjalan ke arah bilik ku untuk mengambil pakaian kerja dan disaat aku berada di dalam bilik, telefon ku yang berada di luar tiba tiba berdering. Aku menutup almari dan segera keluar dan melihat ada nombor yang tidak diketahui menelefon ku.Aku dengan penuh tanda tanya mengambil telefon itu dan di saat aku ingin menjawab panggilan itu, tiba tiba sahaja panggilan itu berhenti.

"Siapa nii?? huh pelik, tak pernah pernah orang nak telefon aku selain Umi atau kak Syiba" kata hati ku berkata. Aku membuka telefon ku untuk mencari tahu siapa pemanggil itu. Tetapi di saat aku semak semula. Tiada nombor pemanggil yang menelefon ku itu tadi! . Hatiku mula tidak tenang. Aku menampar pipi ku dan berharap ini bukan mimpi lagi. "Huh ! sakit ... aduhh kenapa niii ..apa yang jadi kat aku sebenarnyaaa" .

Aku meletakkan kembali telefon ku di atas meja makan lalu masuk kembali kedalam bilik untuk menyelesaikan perlakuan ku yang aku tinggalkan tadi. Aku menyediakan pakaian kerja ku dan meletaknya di papan seterika. Tiba tiba telefon ku sekali lagi berdering!. Aku terkejut dan kali ini aku benar benar ingin menjawab panggilan itu!. Aku segera belari ke arah telefon ku yang diletakkan di atas meja makan.

Aku segara mengangkat panggilan itu tetapi malangnya sekali lagi panggilan itu mati. " Siapa doh dia ni! " aku sedikit emosi dan kali ni aku beranggapan bahawa itu hanyalah panggilan main main dari orang lain sahaja.

Aku meneruskan lagi pekerjaan ku untuk menggosok pakaian kerja. Di saat aku mengangkat seterika tiba tiba telefon ku sekali lagi berdering! "Ahhhh sudah!!" . Aku mematikan seterika dan berlari ke arah meja makan dan kali ini aku cuba menghafal nombor yang menghubungi ku itu. Aku mengangkat panggilan itu dan perkara seperti biasa berlaku , panggilan itu mati.

"Ok takpe.. aku dah hafal no fon kau!" . Aku mendail semula nombor itu dengan perasaan gelisah dan rasa ingin tahu. "Ok dah!" Aku menekan simbol call dan Tiba Tiba sahaja terjadi satu peristiwa yang tidak di ingini!

Hai guys maaf lama tak update... saya update sikit cerita ni sebab ada masa luang sikit sekarang. Saya akan mula konsisten untuk update cerita ni setiap hari bermula khamis minggu ni insyaallah kalau takde halangan ^^ stay tune n thank you for the support <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience