Chapter 7 : Rafila

Romance Series 3902

"Shira sayaangggg" "haii comell" "sayangggkuuu nak balik ke? Meh la sini lepak dulu"

Perasaan ku mula tak keharuan. Aku melihat empat orang lelaki sedang melepak di tepi pagar jalan masuk ke tangga apartment. Salah seorang daripada mereka tinggal di kawasan apartment ku juga namanya Nazim. Aku mengetahui namanya kerana Nazim merupakan budak yang sangat terkenal di apartment itu kerana selalu menimbulkan masalah yang besar. Jika ada pihak polis yang datang ke kawasan apartment ini, sudah pasti mereka mencari Nazim. Ibu ku selalu meminta ku untuk menjauhkan diri darinya kerana takut akan terjadi hal yang buruk terhadap diriku.

Aku tidak melayani mereka. Aku mempercepatkan langkah ku sehinggalah satu orang daripada mereka memegang tangan kiri ku! dan berkata , "eleh adik comel meh la lepak dulu..awal lagi ni nak balik". Hatiku berdegup dengan kencang! Aku takut aku akan di apa apakan. Fikiran negatif tentang apa seterusnya akan terjadi terus menerus berpusing dalam fikiran ku dan Ketakutan semakin meraja diri ku .

"WOI APA KORANG BUAT NI!!" "NAZIM!! APA LAGI YANG KAU DAN KAWAN2 KAU NAK BUAT NI!" suara wanita yang selalu ku dengar setiap pagi ketika aku ingin berangkat ke tempat kerja datang menyelamatkan ku. Lelaki yang menarik tangan ku terus melepaskan tangan kiri ku dan mereka dengan lintang pukang lari dari kawasan itu. Aku hanya berdiam melihat mereka dan hatiku perlahan lahan menjadi tenang.

"Shira kamu ok??" Kata mak cik Rafila kepada ku. "Ya saya ok mak cik .. terima kasih sangat sebab dah tolong saya", aku membalasnya dengan penuh terima kasih. "Takpe lah... Yang penting kamu selamat.. Lain kali kalau jadi camtu lagi jangan diam saja .. teriak tau supaya jiran jiran yang lain juga boleh dengar dan bantu kamu" Mak cik Rafila memberi sedikit nasihat kepada ku sambil memegang beg plastik yang di isi dengan barang yang banyak. "Baik Mak Cik.. btw mari saya tolong Mak Cik bawa barang tu sikit", "Eh takpelah Mak Cik boleh ni jum naik atas" Mak Cik Rafila menolak tawaran ku untuk membantunya. Aku dengan rasa bersalah ingin juga membantunya dan aku terus sahaja mengambil dua beg plastik yang di isi dengan barang barang masakan untuk membuat kuih. "eh takpe Mak Cik.. kan Mak Cik dah tolong saya". Mak Cik Rafila senyum kepada ku dan mengucapkan terima kasih . Kami lalu berjalan naik ke tingkat atas dan di sepanjang perjalanan itu, aku dan Mak Cik Rafila berbual dengan mesra dan ini merupakan perbualan mesra pertama yang aku hadapi saat berpindah dari negeri ini.

"Mak cik dari mana tadi?" Aku memulakan pertanyaan ku kepadanya sebagai pemula bicara. "Oh Mak Cik dari Giant tadi beli barang barang untuk jualan kuih esok .. dah habis stock untuk minggu ni" balasnya dengan penuh mesra.

Tiba tiba terdetik di hatiku untuk bertanyakan soalan yang lebih personal kepadanya. "Mak Cik sorang je ke? Mana suami mak cik?". Dia terdiam seketika dan senyum kepada ku " Suami Mak Cik dah lama meninggalkan Mak Cik :)". Aku dengan tiba tiba rasa bersalah dan meminta maaf atas pertanyaan ku tadi. "Eh Shira takpe takpe..kenapa nak minta maaf ni.. kalau dalam situasi macam ni kita just terima apa yang berlaku dan teruskan hidup dengan kehidupan yang lebih bermanfaat :)", balas Mak Cik Rafila dengan penuh mesra bagi mengelakkan rasa kekok antara kami berdua.

"Terima kasih Shira sebab dah tolong Mak Cik angkat barang .." Mak Cik Rafila senyum dan berterima kasih kepada ku saat kami suda tiba di depan pintu rumahnya. "Eh takpe Mak Cik.. Mak Cik pun dah tolong saya so saya nak menghargai pertolongan Mak Cik :) ok la Mak Cik , Saya balik dulu .. Assalamualaikum" .

Aku meneruskan perjalananku ketingkat atas di mana rumahku berada. Hatiku sayu setelah mendengar kenyataan dari Mak Cik Rafila saat dia memberitahu ku bahawa suaminya juga suda pergi meninggalkan dunia ini. Dalam hatiku terketik satu kata bahawa ada juga orang dalam keadaan yang lebih perit tetapi tetap meneruskan perjalanan hidupnya Seperti yang di lalui aku dan ibu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience