Chapter 2 : Kehilangan

Romance Series 3978

Aku dan Misya tiba di pintu depan rumah dan kami berdua melihat Aci Oca yang duduk di tangga sambil menangis. Hatiku mula tidak tenang. Keramaian yang tidak biasa  membuatkan aku semakin berdebar dan merasakan ketidak tenangan yang sangat tajam. Aku dan Misya mendekati Aci Oca dengan perasaan yang pudar. Tiba tiba Aci Oca melihat ke arah kami sambil menangis, air matanya sangat jujur seperti baru sahaja kehilangan sesuatu yang berharga. "Ayahhhhh , Aaa a yahhhh" Aci Oca menangis dan memeluk kami berdua. Hatiku terhenti berdebar. Perasaan ku tiba tiba kosong. Tangisan Aci Oca terdengar dekat di telinga ku. Air matanya membasahi bahu kanan ku dan bahu kiri Misya. Tangan kiri ku secara tiba tiba tergerak dan mengusap dengan sayu belakang tubuh Aci Oca. " Ada apa ni? kenapa menangis Aci Oca ", aku bertanya dengan nada yang sayu dan sangat perlahan kepada Aci Oca sambil dia memeluk kami berdua. Dia tidak membalas pertanyaan ku. Dia melepaskan pelukan itu dan terus menuju ke tingkat atas rumah sambil mengusap air matanya. Aku dan Misya semakin takut dan perasaan berdebar itu sekali lagi datang.

Aku dan Misya terus berlari ke ruang utama rumah di mana ruang itu merupakan tempat kami sekeluarga melakukan aktiviti riadah di dalam rumah. "Papp!!" ketukan di hatiku terasa sangat sakit melihat perkara yang terjadi di saat aku dan Misya sampai di ruang utama rumah . Aku terkejut dan tiba tiba titisan air mata jatuh melewati pipiku. Aku terduduk melihat apa yang terjadi. Mata ku tidak berkelip seketika. Hatiku sakit seperti di cengkam melihat situasi yang terjadi di depan ku.

"Atokkkkk!!!!!" Misya menangis dengan sangat kencang dan mendekati atok yang suda terlantar dan dikafankan. Orang orang di sekitar cuba menenangkan Misya. Ketegangan itu justeru meriuhkan lagi suasana di situ. Aci Shima juga berada di situ, matanya merah kerana sedang menangis dalam perlahan. Melihat ketegangan Misya, Aci Shima terus berdiri dan meninggalkan tempat itu. Aku tahu dia juga ingin meluahkan perasaan sedihnya seperti Misya tetapi dia tidak ingin perlihatkannya di depan orang.

Ke mana ayah dan ibu ku? Aku hanya melihat ayah Misya duduk di lingakaran itu sambil memegang Yassin . Ibu Misya berada di hujung penjuru sambil ditemani ibu Jurima (pembantu rumah) dan wanita lain yang aku tidak kenali. Sekali lagi di mana ibu dan ayahku? ?Tidak apalah. Hatiku kosong , aku masih terduduk melihat atok ku yang suda tidak tersenyum melihat kami lagi ,  kepala ku pening dan tiba tiba aku merasa keriuhan di sekeliling ku semakin membisu seperti ingin memfokuskan aku dengan atok ku saja. Mulut ku sedikit terbuka , mata ku tidak terkelip , air mata mengalir satu persatu melintasi pipi ku . Wajahku kosong seperti tidak bernyawa.

Aku bergerak dan mendekatkan diri ku dengan jasad atok. Aku menatap wajah atok sambil air mata ku satu persatu mengalir . Aku tiba tiba merasa hairan , perasan tidak biasa ku rasakan bertubi tubi memukul hati ku . Tiada lagi senyuman atok yang selalu membuatkan aku berasa tenang dan disayangi. Tiba tiba terdengar suara atok di dalam fikiran ku , terkenang kenangan kenangan pahit dan manis bersamanya , terpancar tingkah lakunya yang selalu memanjakan aku dan cucunya yang lain. Aku sangat sedih. Wajahku kosong tetapi hatiku menangis dengan sangat kencang.

Aku menyentuhkan dahi ku dengan dahi atok. "terima kasih atok" suara hatiku berkata. Aku berdiri dan meninggalkan ruang itu. Aku berjalan dengan tidak bermaya , dengan muka yang kosong melangkah satu persatu tangga menuju tingkat atas rumah di mana bilikku berada. Sampai sahaja di atas , hatiku semakin tidak tenang. Aku tidak menuju ke bilikku tetapi aku berjalan menuju kebilik Aci Oca . Aku tidak tahu kenapa , mungkin sebab aku tidak sanggup bersendirian.

Aku membuka pintu bilik Aci Oca dan melihat dia sedang duduk di mejanya sambil membaringkan kepalanya dan memeluknya di atas meja belajarnya. Aku tidak menegurnya. Fikiran ku di kawal oleh perasaan ku dan membawa ku ke penjuru bilik Aci Oca dan aku duduk termenung. Kami berdua berada di dalam bilik itu dengan masing masing mendiamkan diri, tidak menegur antara satu sama lain . Bilik itu senyap . Sehinggalah mata ku tertutup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience