Chapter 9 : 2 pagi?

Romance Series 3902

"kenapa mimpi camtu erkk??" Sambil aku mengusap air mata ku. Aku mengambil smartphone ku "eh baru pukul 2 pagi? Hmm takpelah" aku berdiri dan menuju keluar dari bilik.

Aku melihat umi yang sedang tidur di ruang tamu. Suasana sunyi dan hanya terdengar bunyi kipas dan jam dinding berketik dari saat ke saat. Aku lalu memperlahankan langkah ku agar tidak ada bunyi bising yang boleh mengganggu tidur umi. Aku berjalan menuju ke bilik mandi untuk membasuh muka.

Peristiwa dari mimpi itu masih melekat di ingatan ku. Kegelisahan dari situasi disaat aku jatuh kedalam gaung yang luas dan kosong itu membuatkan aku tidak boleh melupakan pengalaman itu. Aku merasakan seperti jasadku benar benar berada di situasi itu.

"Hmm first time mimpi camni...apa maksud semua ni ya??" tanya hatiku sambil melihat diriku kearah cermin bilik mandi. Aku membasuh muka untuk kali terakhir dan di saat aku tunduk untuk menyimbah air kemuka. Tiba tiba!

Pappp!!! "SHIRAAA!!!" AKU MERASAKAN BAHU KU DIPEGANG OLEH SESEORANG DAN DIA TERIAK KETELINGA KIRI KU!

"Aaaahhhhhhhhh!!!!" Aku terkejut dan teriak kerana takut! Jantung ku seperti ingin putus!  "Umi!!!! Umii!!!!" Aku berlari keluar dari bilik mandi. Dan di saat aku membuka pintu bilik mandi itu...

SEMUA KOSONG?!! Apa yang aku lihat semuanya kosong seperti dari mimpi yang aku alami tadi! Gelap! Aku melihat kebawah dan ruangan bilik mandi ini seakan akan terapung di tengah tengah kegelapan itu! Jika aku berjalan keluar dari ruangan bilik mandi itu sudah pasti aku akan jatuh kebawah!

"SHIRAAA!!!" Suara itu sekali lagi memanggil ku dan kini ianya terdengar sangat jelas . Aku memalingkan kepala kebelakangku di mana suara itu memanggil ku.

"Huahhh!!!" Aku sangat terkejut melihat seorang lelaki sedang berdiri di depan ku! Dan yang dasyatnya, lelaki itu tidak berwajah! Seluruh tubuhnya berwarna hitam! Seperti satu bayang bayang lelaki sedang berdiri didepan ku. Aku sekali lagi terpaku! Aku mencuba untuk yakin bahawa perkara ini tidak benar berlaku tetapi semuanya di patahkan oleh kegelisahan ku!

"Maafkan aku Shiraa" lelaki itu terus berlari kearahku dan menolak ku keluar dari ruangan bilik mandi itu! Ya aku pun jatuh ..

Aku sekali dan sekali lagi jatuh dan peristiwa ini sama seperti yang ku alami saat jatuh kedalam gaung yang kosong dan luas di mimpi ku tadi. Tetapi kali ini perasaannya sedikit berbeza. Kehangatan dapat dirasakan dari suasana kosong dan gelap itu! Aku terus jatuh dan kali ini jasad ku sendiri yang merasakan semua kejadian ini.

"Ahhhhhhhhh tolonggg !!!!!!!!" Aku berteriak meminta pertolongan tetapi siapa sahaja yang ada di saat itu? Semuanya kosong dan gelap. Ruangan bilik mandi yang terapung tadi pun suda menghilang dari pemandangan ku. Fikiran ku asyik asyik berkata apa lagi akan terjadi jika tubuhku sampai ke titik akhir dari tempat ini. Mungkin aku akan mati?....

Sehinggalah aku merasakan tubuhku seperti di goncang!
"Shiraaaa!!!!"
"Shiraaa!!"
"Shiraaa bangun sayangg!!!"

Mata ku terbuka dengan terus menerus! Aku melihat umi berada didepan ku!

"Shiraaa kamu ok?!! Kamu mimpi apa sampai teriak teriak camtu???"

"Umiiiiii!!!!!!!", Tiba tiba perasaan gelisah tadi hilang seketika. Aku terus memeluk umi ku dan air mata ku tak henti henti mengalir...

"Umii shiraaa takutt!!" Sambil aku memeluk dengan sepenuh hati..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience