Chapter 16 : Rey

Romance Series 3902

~12 Tahun lalu . 19 December 2018.

( " Areyan Hakimi anak kepada Dato Fehmeed Shah telah mengharumkan nama negara Malaysia dipesada antarabangsa. Anak kelahiran Malaysia itu digelar sebagai "anak paling pintar di dunia" setelah memenangi tempat pertama dalam pertandingan global, "The Intelligent Mental Arithmetic International Competition 2018".
Pertandingan ini telah berlangsung pada akhir Disember 2018 untuk meraikan ulang tahun ke-18 penubuhan Kumpulan "Smart Education" dan menjadikan Turkey sebagai tuan rumah untuk pertandingan antarabangsa tahun ini. ) Penyampai berita iaitu Kamaruddin Mape menyampaikan berita di Buletin Utama.

"Titt" Bunyi tv dimatikan.

"Ok Rey kamu pergi sambung buat kerja sekolah kamu" Kata ayah Rey yang ketika itu bersama sama dengan Rey berada di Makmal perusahan ayahnya.

"Baik Sir" balas Rey dan masuk kedalam satu ruangan khas yang disediakan untuknya. "Rin hidupkan mod ruang belajar" Kata Rey kepada A.I nya sebaik sahaja dia masuk kedalam bilik itu.

Rin merupakan Artificial Intelligence atau lebih dikenali sebagai A.I dan Rin merupakan hasil dari ciptaan Rey. Tugas Rin adalah membantu Rey dalam menyelesaikan tugasan dari segi alam maya.

"Aye aye Sir" balas Rin dan ruangan itu betukar kepada mod belajar. Lampu menjadi lebih terang dikawasan meja Rey malah disekelilingnya menjadi malap, lagu bergenre Lo-fi dipasangkan , suhu kedinginan di tetapkan ke 25 darjah celsius.
"Thank you Rin". Balas Rey yang terus duduk dikerusi meja belajarnya dan memulakan tugasan sekolah.

Sementara itu diluar ~

"Tapi Rey masih 12 tahun Dato...kita tak boleh buat macam ni" ayah Rey sedang bercakap dengan seseorang menerusi panggilan telefon.
"Fehmeed awak tahu yang anak awak tu merupakan aset penting negara dimasa depan. Pihak kerajaan negara harus mengawasi pendidikannya dan kita tak boleh sia sia kan kemampuannya" balas lelaki itu di telefon.

"Baiklah Dato, Saya perlu bincang dahulu pasal benda ni dengan isteri saya dan Rey" . Balas ayahnya
"Baik Fehmeed , awak ambil masa dan saya harap awak faham apa yang terbaik untuk negara kita". Balas lelaki itu dan panggilan telefon pun ditamatkan.

Ayah Rey duduk dan membaca dokumen dokumen yang dihantarkan kepadanya. FAOM "Future Aspirations of Malaysia" tajuk besar dari dokumen yang dihantarkan kepada ayah Rey. Dokumen ini berintikan fokus fokus untuk memajukan negara Malaysia di masa hadapan.

"hmm aku agak ragu laa, macam mana kalau perkara sebaliknya terjadi.. Aku rasa masih terlalu awal untuk menyerahkan Rey kepada pihak kerajaan" Ayah Rey berkata didalam hatinya. "Apa apa pun esok aku dan Rey kena balik kerumah dan berbincang dengan ibunya" tambah ayahnya lagi sambil membaca isi dokumen itu.

Ayah Rey merupakan orang yang penting untuk negara Malaysia. Ayahnya telah banyak menyumbangkan kejayaan dan kebanggaan kepada negara daripada hasil karya ciptaannya. Antara kejayaan terbesar ayahnya ialah , ayahnya telah mencipta satu teknologi yang dinamakan sebagai BRD Tech "Bio Replace Device Tech". Teknologi ini diciptakan untuk membantu orang kurang upaya yang kehilangan anggota badan seperti tangan dan kaki.

Teknologi murni ini telah dipamerkan pada tahun 2015 di United Kingdom , England dan mula beroperasi pada hujung tahun 2015 di mana, negara negara diseluruh dunia telah bersetuju untuk projek ini dijalankan di negara mereka. Daripada perkara ini, Ayah Rey telah banyak mendapat penghargaan dari seluruh negara dengan impak murni daripada teknologi nya itu.

Areyan atau lebih dikenali sebagai Rey merupakan anak kepada Dato Fehmeed Shah. Di usianya yang masih muda iaitu 12 tahun di tahun 2018 ini, dia telah banyak memenangkan pertandingan yang berteraskan kecerdasan fikiran. Ya, Rey memang seorang yang pintar. Di umurnya yang baru berusia 12tahun sahaja dia suda dapat mencipta A.I nya sendiri.

9.37 malam. Setelah selesai membaca isi dokumen itu, Ayah Rey berdiri dan berjalan menuju ke arah ruangan khas di mana Rey sedang mengerjakan tugasan sekolahnya.

"Rey kalau dah siap kerja tu , terus pergi tidur okay? esok pagi kita ada flight balik Malaysia" kata ayahnya yang masuk kedalam ruangan itu.

"Ehh ? ada apa sir?" balas Rey yang bingung kerana tiba tiba sahaja diberitahu satu informasi yang tidak dijangka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience