Chapter 22 : Sesuatu dari Rey

Romance Series 3902

Pukul 8 malam, Tamat sudah waktu berkerja ku hari ini. Aku mengemaskan semua peralatan yang patut dan bersiap sedia untuk balik.

"Shira kamu dah sedia?" Kak Silvya datang berjumpa ku yang sedang mengemaskan alatan makan di dapur.
"Sikit lagi kak, tinggal ni je lagi" Balas ku kepadanya.
"Ok Shiraa, nanti kalau dah siap jumpa kakak dekat office kak Shiba ya" Balasnya lalu pergi menuju ke office kak Shiba.

Selesai semua tugasan. Aku segera menuju ke office kak Shiba untuk berjumpa dengan kak Silvya.
"Assalamualaikum" Aku mengetuk pintu dan mengucapkan salam.
"Walaikumsalam, masuk masuk" balas orang yang berada didalam office itu.
Aku masuk dan melihat kak Shiba dan kak Silvya sedang bercerita membincangkan sesuatu.

"ye haha okok Shiba..." Sepertinya perbualan mereka sudah selesai. Kak Silvya terus berpaling ke arah ku dan berkata
"Ok shiraa les gooo"
"Thank Youu Shiraaa sebab tolong pagi tadi.. aah yah btw esok kamu offday tau" kak Shiba berterima kasih dan memberitahu ku sesuatu.

Aku pelik dan hanya berdiam menganggukkan kepala ku kearahnya. Aku dan kak Silvya memgucapkan selamat jalan kepada kak Shiba dan kami berdua terus menuju ke tempat letak keretanya. Seperti biasa, rasa malu ku untuk berbual dengan orang lain sentiasa menyelubungi diriku.

"Huarghh penat??" kak Silvya memulakan pembicaraan setelah memasang tali pinggang keledar.
"Hahh aa hehehe ..selalunya hujung minggu je penat sebab ramai orang" balasku kepadanya.

"Huhuhu sian koranggg, btw sorry tau" dengan secara tiba tiba kak Silvya meminta maaf dengan ku. Aku hairan, dan apa yang terlintas di fikiran ku mungkin dia meminta maaf terhadap kejadian dimana dia mendorong ku maju kedepan berjumpa dengan Rey.

"Ermmm kenapa kakak minta maaf..kakak takde salah laa" balasku kepadanya.
"Eh hahaha adalah... tu yang korang semua terpaksa terburu buru pagi tadi.. Hmm btw majlis tadi tu sepatutnya cawangan tempat kakak yang handle tapi tutup then terpaksa push ke tempat korang". Balasnya memberitahu ku hal sebenar.

"Ohh yeke????" aku terkejut disaat kak Silvya memberitahu ku tentang kejadian ini.
"Hahh betulaa.. korang tak tau erkk? hmm maybe sebab kak Shiba tak sempat nak gitau korang and dia pun lupa sebab petang semalam baru kakak inform kat dia". balasnya dengan intonasi suara yang sayu.
"Btw sorry tauuu" tambahnya lagi meminta maaf.

Mendengar permaafan kak Silvya itu membuatkan aku rasa bersalah.. aku terus membalas permaafannya dengan mengakatakan ."Takpe la kakk, ada baiknya juga harini...dapa"
"hahh dapat apa jumpa Rey?? hehehe" Tiba tiba kakak Silvya dengan pantas memotong percakapanku.

"Hahh?? eh kakak nii bukan laaaa". Balasku dengan rasa malu dan canggung.
"Hmm sebab dapat jumpa kakak la baiknya harini" Tambah ku menyambung percakapan ku yang dipotong oleh kak Silvya tadi.

Kami berdua dengan mesra besembang dengan mengimbas kembali kejadian tadi dan pengalaman silam bersama disepanjang perjalanan. Sehinggalah bangunan apartment tempat tinggal ku kelihatan.

"Hahh dah sampai ni.." kata kak Silvya sebaik sahaja sampai didepan pintu pagar apartment itu.
"ha ah .. thank you tau kak sebab" kata kata ku terhenti.

"Eh Shiraa kakak ada sesuatu nak bagi ni.. And hah tadi Rey ada jumpa kakak". Sekali lagi kak Silvya memotong percakapanku tetapi kali ini dia membuatkan aku rasa gementar!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience